Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 28 Februari 2012

JJCM ~ The Chicken Rice Shop

Assalamu'alaikum,

Sorry entry lambat menyusul..weekend kami penuh ngan aktiviti makan-makan so nak update blog pon tak sempat..Ok, macam biasa hari Jumaat tu kami ke Sunway Pyramid (lagi) lepas kerja..Kebetulan ada benda nak dibeli *selalu ada je alasan untuk ke sana* so lepas kerja terus zass ke sana. Alhamdulillah jalan tak jem & parking pon senang dapat:)

Sampai je terus solat Maghrib then kami ke Parkson teruskan misi mencari hadiah (nanti cerita next entry) & cepat-cepat cari kedai makan sebab anak-anak dah kelaparan..Tapi biaserlah, kalau keluar dengan anak-anak, haruslah pilih restoran kegemaran diorang..Kalau tak, membazir je bayar mahal-mahal tapi anak-anak tak nak makan (-____-)"


sebelum tu layan Husna ambil gambar dulu..En suami & Haziq dah jalan jauh ke depan dah..masa ni ada hiasan CNY kat area LG2 (kalau tak silap aku)


siapa nak tengok naga emas bolehlah ke sini:)


hiasan lampu yang menarik (pada mata aku lah kan)

Pusing punya pusing, kami masuk TCRS saje..Gerenti kalau masuk sini anak-anak suka..Haritu dah makan di Secret Recipe's kali ni aku make sure kan HUsna tak nampak Secret Recipe's, kalau tak bohsan ahkak asyik makan kek sajork:P

Ashraf sekarang mana reti duduk diam..pantang letak atas meja konpem nak usik semua benda kat atas tu


cuba teka ada berapa tangan & kaki chumel dalam gambar ni


ok, malam tu kami order 1 set Chicken Rice Meal RM14.99/set ada 1 plate of rice, 2pcs Pai Tee, Single serve roasted chicken, bean sprout, soup of the day & dessert (gambar kat atas)


ini raosted chicken..ayam kurang segar & rasanya agak masin..anak-anak aku bukannya makan sangat ayam ni..percaya tak diorang makan nasi & kuah sup sahaja T__T


makan dengan sambal cili & sambal bawang putih..errr ada sesiapa tahu tak macamana nak buat sambal cili tu??


geram weh tengok budak bebab tuuuuu..rasa nak gigit-gigit je..Teringat haritu masa kat rumah abang ipar aku, Haziq cakap "Amirul tak kekah (gigit)!" spontan perkataan kekah (bahasa Kelantan yang bermaksud gigit) keluar dari mulut dia..Kami gelak sungguh-sungguh sebab orang KeyEl kecek Klate:D


Pai Tee memang sedap!! tapi sayang ada 2 je so anak-anak yang makan..Aku ada terlihat bakul (bekas tu panggil apa ya) ready made Pai Tee yang frozen di Giant tapi tak beli sebab malas nak buat:P


Aku pula ambil Prawn wanton soup (regular) RM5.99 sedap!! rugi tak ambil hak large sebab tak cukup..ngeh ngeh ngeh..


ni bean sprout..sedap juga dimakan..rasa taugeh yang crunchy & bercampur dengan rasa masin soy sauce & bawang goreng!


en suami pula makan gado-gado RM6.99 portion yang banyak tapi rasa tak mengecewakan..aku rasa kalau g ramai-ramai baru boleh order ni sebab banyak sangat..

Nasib baik malam tu spring roll yang en suami order awal-awal diorang tak hantar (aku rasa pelayan tu tak dengar, tak pon dia terkejut sangat kami order banyak so dia buat-buat tak dengar demi mengelakkan kena goreng popia, hahahaha) Memang kenyang sampai ke malam..Alhamdulillah...

Keseluruhan bil habis dalam RM36.05. Bagi aku berbaloi kalau makan di TCRS ni sebab makanan yang disediakan agak sihat (kurang masin jika dibandingkan dengan restoran segera yang lain), ada sayur dalam pilihan menu & menu tambahan juga menarik (cuma jangan order benda yang bersantan sebab tak sedap!)

Oklah..sekian sahaja segemen Jalan-Jalan perabis duit Cari Makan Keluarga Mdae:D

Bye!!

2 ulasan:

mummY daniSha berkata...

danisha suke makan ayam tp bile makan nasi ayam makan sup ngan ayam je hehhee

jane_doe3328 berkata...

my family ade prob sikit kalau nk mkn nasi ayam neh. sbb hubby ku suka malay style, i like chinese style. anak2 takpe - mkn nasi ngan suo ajer. hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^