My Lovely Followers

Cari Sesuatu Di Blog Ini? Taipkan Di sini

Loading...

Tuesday, March 16, 2010

Bagaimana Meniaga Online Cara Zaila

Salam semua, hari ni Zaila teringin untuk berkongsi sedikit rahsia bukanlah rahsia sangat pon!! tentang bagaimana Zaila memulakan perniagaan melalui online atau dalam erti kata lain melalui internet.
First of all, kawan-kawan haruslah mempunyai produk untuk dijual. Zaila pernah bercerita tentang bagaimana memulakan perniagaan online di entri ini, so harap kawan-kawan baca dulu apa yang perlu ada untuk memulakan bisnes online ni k..Macam Zaila, produk yang Zaila jual adalah barangan muslimah seperti pelbagai jenis tudung, kain ela & aksesori wanita. Dekat internet ni macam-macam boleh kita niagakan seperti kain baju, tepung kek, cupcakes, ikan pekasam, sos cili, macam-macamlah..Naseb baik mak ngan ayah je takde lagi orang jual kat internet ni..hehehehee

Pastu kita kenalah ada medium untuk memaparkan barangan kita tu. Ada orang pilih blog sebagai kedai alam maya mereka, ada juga yang suka kalau ada laman web sendiri (supaya nampak gah di mata pelanggan), ada juga yang suka meniaga di forum-forum dan tak lupa juga di laman Mudah.my, facebook & juga Tweeter. Walau macamana pun cara kita memaparkan produk kita, perkara penting yang harus diingat adalah kita kenalah pastikan barang yang kita jual tu adalah asli (kalau barang imitation janganlah dikatakan 100% genuine pula) & barang tu wujud (jangan letak gambar lain tapi bila hantar lain) atau dalam erti kata lain kita tidak menipu pelanggan tak baik tauuuu menipuuuuu

Bila dah ada medium untuk menjual barangan, kawan-kawan kenalah sediakan maklumat yang mencukupi seperti letakkan kod item, penerangan tentang barangan tersebut, nombor akaun bank & paling penting adalah harga barangan yang dijual (kalau boleh highlight besar-besar) & nanti letaklah borang pesanan, alamat email & contact nombor supaya senang pelanggan menghubungi kawan-kawan nanti;)

Selain daripada itu, pastikan peralatan adalah mencukupi. Di antaranya adalah pita pelekat, kertas minyak, plastik & benda yang kawan-kawan rasa perlu diletakkan bersama barangan yang telah dibeli. Sebagai contoh, Zaila akan lipat tudung yang telah diorder cantik-cantik & letak ke dalam plastik & sealed dengan pita pelekat macam gambar kat bawah ni;-

tudung yang telah diorder akan dibungkus di dalam plastik

kemudian Zaila akan letakkan resit pembelian

kemudian dibalut dengan kertas minyak & ditulis nama & alamat siap-siap sebelum dipos

Bila dah siap semuanya, bolehlah kawan-kawan pos semua parcel tersebut. Mudah bukan??

Ops, lagi satu make sure kita ada online internet banking seperti Maybank2u atau CIMB clicks supaya apabila pelanggan membuat pembayaran, kita boleh melihat transaksi pada hari tersebut tanpa perlu bergegas ke bank semata-mata untuk melihat baki akaun bank kita;) Tapi kita juga harus berhati-hati dengan setiap urusan internet banking kita seperti jangan sesekali memberitahu password internet banking kita kepada orang yang kita tidak kenali & mendedahkan akaun kita kepada umum.

Akhir sekali adalah promosi, ya..promosi juga tersangatlah penting. Kalau nak tahu macamana Zaila promote barangan jualan Zaila, kenalah tunggu di next entry pula ya;)

Semua cara-cara yang Zaila cerita di atas adalah melalui pengalaman Zaila sendiri yang berniaga hampir setahun di alam maya ini. Kalau kawan-kawan ada cara yang lagi bagus, sudikanlah untuk berkongsi ilmu agar kita semua dapat memantapkan lagi bisnes kita yang ada ni skemanya ayatku ni

16 comments:

mrs adam said...

bagus zaila tulis pasal ni..nak tambah kalau nak berniaga online jugak kena sentiasa bg feedback kat customer melalui email,sms or chatting,so customer akan suka dengan service kita so diorang tak lari..btw tak tahan tgk blog baru 'glamarous zaila'..chantek!!

N A N I E said...

Zaila memang rajin..elok je bungkusan tuh dihantar..semoga Zaila sentiasa sukses dengan bisnes neh :) InsyaAlllah..

lily azliyana @ mama zara said...

Thanx Zaila for sharing the tips..act kakak sy tgh bercadang nak biz online jugak nih..die housewife so sesuai sgtla nk mula kan..so bolehla share tips ni ngan die nanti..=D

Lady of Leisure said...

zaila memang businesswoman yang bersemangat... bagus cara zaila ni... semoga zaila success..

zailamohamad said...

Mrs Adam, agree with you!! Zaila ada juga customer yang dari tahun lepas lagi dok beli tudung ngan Zaila. Alhamdulillah dia puas hati ngan servis Zaila;)

zailamohamad said...

Nanie, nak kena bungkus lawa-lawa, nanti customer complaint!!
thanks Nanie;)

zailamohamad said...

Mama Zara, baguslah..jangan lupa promote habis2san;)

zailamohamad said...

Lady, harap-harap semangat Zaila tak luntur ya;)

Tihara said...

Bagus zaila ni, berkongsi idea yang bernas..semuga berjaya Insya-Allah.. :)

zailamohamad said...

Tihara, sharing is caring kan;)

fatin azlan said...

salam .. maaf ye ..nak tanya sikit ..
agak II berapa modal nak berniaga di alam maya nie ??
macam mana pula dengan sumber produk ??dapat kat mana ??
jawab dengan segera ye ?? terdesak ..hee

al-kisah said...

saya pn baru nak start niaga online.hope semua ok

Anonymous said...

Sy de meniaga di fb..tp xtau npe xdpt sambutan..sy meniaga kain..cm ne ye?blh bantu?

famzila syafiqah said...

jom singgah http://lovelynurzarra.blogspot.com/

Siti Soleram said...

TQ bangat2 dgnn idea..n pnerangan zaila.. ni lah namanya..x kedekut ilmu. TQ zaila

Anonymous said...

ada sesiapa berminat untuk menjual Smart Watch x?boleh wasap/wechat/sms sy utk detail2 Smart Watch tersebut... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^