Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 1 Januari 2014

Kembara Bumi Hat Yai & Krabi - Perjalanan Ke Krabi Bermula

Assalamualaikum,

Wah! Masih lagi cerita tentang pengembaraan Hat Yai-Krabi. Maklumlah, banyak gambar nak kena resize dan buat watermark, jadi agak terbantut di situ. Entri kali ini mengandungi banyak gambar ya!

Pagi Ahad kami check out awal iaitu dalam pukul 9 pagi. Ada sedikit ketegangan dengan kaunter depan Hotel yang kami duduk kerana mereka tidak mahu pulangkan wang deposit yang kami bayar iaitu sebanyak THB300 (RM30) atas alasan cadar kotor. Biasalah, en suami memang juara kalau bab mengomen, jadinya Alhamdulillah dapat balik duit tersebut. NAsib baik juga ada pelancung Malaysia yang lain yang tolong memberikan sokongan. Akhirnya pihak hotel terpaksa mengalah juga. Iyalah, kalau di Malaysia setakat cadar kotor takde masalahnya kan sebab nanti diorang kan memang nak basuh. Melainkanlah kalau aku ni pergi curi bawa lari cadar hotel tu :P

Kami ke bandar sekejap untuk mencari sarapan. Pusing-pusing terjumpa Restoran Kelantan. Bagus sangatlah tu sebab boleh makan nasi berlauk. Yeay! Restoran ini terletak di hujung jalan dan waktu pagi kena bayar parking. Kadar bayaran adalah THB7 (RM0.70) untuk sejam. Mula-mula tu kami parking betul-betul di tempat kami parking malam tadi tapi bila tuk-tuk lalu sebelah kami semua hon dan tunjuk sebelah kiri jalan. Kemudian datanglah makcik penjaga parking memberitahu yang pada waktu sian tidak dibenarkan parking pada sebelah itu. HAHA Terus en suami menukar tempat parking dan aku membayar wang parking kepada makcik tu:)

Makcik tu memang mesra, walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris tapi aku faham apa yang cuba disampaikannya. Akhir sekali dia macam terkejut bila melihat anak-anak aku, berderet-deret keluar dari kereta. HAHA


Pagi tu macam gerimis sket, tapi anak-anak aku ok je keluar berjalan


Kalau malam hari memang ada jual burger di sini. Jangan risau tentang Halal, tengoklah jenama siapa tu? Ramly tau! Jangan main-main. En suami cakap di Myanmar pun ada kedai burger Ramly. Bagus kan? Kalau boleh lepas ni nak tengok gerai Ramly di New York pula:)


Bagi yang ke Hat Yai, sila lah cari restoran ini. Boleh makan aneka masakan Kelantan. Hihihi Kalau dah namanya oghe Klate, g mano pong nak cari budu jugak!


Ada nasi berlauk lauk ayam berempah, gulai itik, gulai daging dan juga nasi kerabu


Aku makan nasi kerabu, en suami dan anak-anak makan nasi berlauk. Rasanya boleh tahan, nak kata sedap sangat tu tipulah kan.


Anak-anak bertuah ini memang habis sepinggan sorang (kecuali Ashraf) nasi berlauk. Memang cucu Mok Limah bila makan pun nak lauk gulai itik:)

Kami berhabis dalam THB350 (RM35) untuk sarapan di sini. Selepas sarapan, kami terus bertolak ke Krabi dengan berpandukan kepada GPS.


Kami melalui Rattaphum, Phattalung kemudian melencong mengikut jalan wilayah Trang kemudian sampai ke Krabi. Perjalanan memakan masa hampir 4 jam dan kami sempat singgah solat di sebuah masjid sebelum sampai ke Krabi.


Trafik di Hat Yai pada waktu pagi tidaklah sesak sangat


Selamba je diorang ni naik motor tak pakai topi keledar, kadang-kadang tu sampai 3 orang membonceng satu motor. Kalau di Malaysia, jangan tiru ya..Sangat-sangat bahaya. Namun begitu, aku tengok corak pemanduan mereka agak berhati-hati juga walaupun motor bersimpang siur. Lebih kurang macam Vietnam (cuma Vietnam motor lebih banyak lagi). Alhamdulillah, sepanjang kembara kami tidak mengalami masalah bertemu dengan kemalangan ataupun samseng jalanraya seperti yang selalu berjumpa di Malaysia. Ops! *tutup mulut*


Melalui kawasan kampung (mengingatkan kepada Vietnam)


Wayar elektrik sepanjang jalan. Rasanya di Vietnam lebih berselirat lagi :)


Kami singgah berhenti makan di sini apabila bertemu dengan masjid ini. Alhamdulillah ada sebuah kedai makan di sebelah masjid ini. Tapi di sini, rata-rata penduduk tidak fasih bercakap Melayu seperti di Hat Yai. Kami hanya gunakan bahasa tunjuk-tunjuk sahaja untuk makan. Owh! Di kedai ini juga tiada nasi ya, yang ada cumalah mee celup. Memang saling tak tumpah dengan versi Klate!


Tengoklah sayur kangkung selambak. Ada isi ayam, kacang tumbuk dan boleh letak sambal cili


Lepas tu minum air cendol yang diletakkan santan dan air gula melaka. Boleh minta macam-macam isi dalam tu seperti buah kabung, biji selasih, bebola kanji (ke apa namanya tu yang dok bubuh dalam cool blog) & macam-macam lah! Aku main tunjuk-tunjuk aje, tengoklah Husna & Ashraf siap berebut lagi :)


Bila perut kenyang, masuk kawasan masjid untuk menunaikan solat. En suami yang solat di dalam masjid, aku hanya tunggu di luar bersama anak-anak. Sebelah masjid ada macam kawasan untuk anak-anak orang kampung belajar al-Quran dan bahasa arab.


Ini bukan anak orang Siam ya, ini anak orang Melayu kacuke Klate-Siam. HAHA LOL! Anak-anak aku cukup sempoi aje pemakaiannya, maklumlah kita kena bersederhana kan? Eceh!


Tiba-tiba jatuh hati dengan skuter pink ni, nak rembat bawa balik Malaya boleh? :P


Kat sini ada disediakan peti derma bagi yang ingin menderma. Alhamdulillah, kembara bumi Hat Yai-Krabi ini menemukan kami dengan saudara seagama tetapi berlainan bangsa dan budaya tetapi tetap patuh hanya pada yang SATU. Ramai yang bertanya kepada aku, "Selamat ke nak pergi sana bawa anak-anak kecil ni, maklumlah Thailand kan selalu bergolak" Jawapan aku senang aje, ajal akan datang tidak mengira masa dan tempat. Bukan nak bercakap besar, cuma kita doalah pada Allah supaya memudahkan perjalanan kita, mengembara bukan untuk suka-suka tetapi untuk melihat kebesaran bumi ciptaan NYA. Dalam pada itu boleh membantu menaikkan taraf ekonomi masyarakat Islam di sana juga. Eh!


Ok lepak-lepas sambil baca suratkhabarnya. Mak aih, berita pasal pembunuhan aje (macamlah faham kan?)

Selepas itu kami meneruskan perjalanan seperti biasa dan dalam masa 40 minit kami tiba di hotel penginapan kami iaitu Srisuktant Resort di Ao Nang. Jika mahu ke sini, ada pelbagai pilihan hotel, resort dan homestay yang ada. Kalau pilih tinggal di Krabi suasana agak sunyi tetapi jika di Ao Nang ni, macam "happening" sket. Tapi sudah tentulah dipenuhi dengan mat-mat salleh di mana-mana. Jakun sekejap anak-anak aku. HAHA


Ini bahagian lobi hotel, kecil aje. Staf di sini fasih berbahasa Inggeris dan yang pakai baju biru belah kanan tu cakap anak perempuan dia pun nama Husna (tak tahulah nama Husna ke atau Usna ke). Antarabangsa juga ya nama anak aku ni :P HAHAHA


Bila sampai aje terus disediakan minuman. Mula-mula tu cuak juga nak minum. Siap tanya lagi air apa. Kemudian staf tu beritahu air epal, terus minum dengan gelojohnya! (Sebab dahaga kan)

Masa daftar tu kami dikenakan cas tambahan lagi dalam THB800 (RM80) kerana masa tempah bilik di dalam Agoda.com hanya untuk 2 orang sahaja. Lepas tu kena bayar lagi deposit THB500 (RM50) sebagai cagaran sekiranya berlaku apa-apa kepada bilik mereka. Banyak songeh betul! Nasib baik masa tu ada duit tunai dalam tangan, kalau tidak haruslah guna kad kredit. Huhuhu


Ini bilik kami. Dapat tingkat dua (sudahlah tiada lif). Biliknya luas cuma kalau malam tu kena cepat-cepat tutup sliding door sebab masuk nyamuk. Maklumlah kami mengadap macam paya gitu. Tapi ada disediakan jaring nyamuk di pintu sliding tu cuma kalau tak tutup memang penuhlah bilik dengan binatang yang terbang tu.


Memang semua disediakan, payung dan selipar jepun pun ada. Senang nanti kalau nak pakai pergi pantai :)


Tandas bersih cuma sebelah "tempat menabung" ini ada tempat mandi yang agak bertakung airnya bila kita mandi.

Petang itu kami keluar jalan kaki ke pinggir Pantai Ao Nang. Sebelum sampai hotel memang dah nampak gerai-gerai jualan di tepi jalan. Memang aku dah set dalam kepala harus cari "pancake" yang selalu disebut-sebut dalam blog mereka yang pernah ke Krabi ni. Iyalah, pengaruh blog memang kuat dalam diri aku. HAHA Sampaikan buat reminder dalam kepala ni haaaaaa :P


Anak-anak aku bab berjalan kaki memang tiada masalah. Mereka ini takde banyak merungut pun. Happy je manjang! Tengoklah Ashraf tu, bila suruh lompat, lompat! Bila suruh makan, makan:)


Alhamdulillah di atas rezeki tahun 2013. Insya Allah tahun ini kita rancang lagi percutian ke Phuket:)


Anak sapolah sememeh sangat ni? Minta maaflah ya, kami orang kampung (sila nyanyi ikut rentak lagu Aku Orang Kampung)


Euuuwwww sempat nak ko melombong kat sana :P

Jalan kaki tak sampai 10 minit kami pun sampailah di gerai-gerai jualan tu. Memang ada banyak makanan bergoreng dan makanan panas dijual di sini.


Kebanyakan penjaja adalah Muslim. Bagus juga sebab boleh makan tanpa was-was:)


Boleh main tunjuk-tunjuk dan order untuk masakan panas. Harga bermula dari THB50 (RM5) hingga THB150 (RM15).

Ada kerabu betik (sum tam), air kelapa dan macam-macam lagi


Jangan disoalkan tentang kebersihan kedai ini. Memang dah tahu yang kebersihan tu agak kurang tapi kami pejam mata ajelah! Bukan apa, malas nak keluar cari kedai makan yang elok. Kalau di Malaysia ni memang en suami tak akan bawa kami makan di gerai tepi jalan macam ni atas faktor kebersihan, tapi bila di tempat orang haruslah merasa kan? Yang pasti memangs epanjang berada di Krabi perut kami laki bini sentiasa membuangkan hasil :P Aku rasa perut kami tidak serasi dengan makanan di sana yang kebanyakannya agak masam.


Telur dadar di sana ada tomato, daun bawang dan berminyak. Rasa agak tawar sedikit. Iya masakan di Krabi takderlah sedap mana, bolehlah diterima tekak kami ni.


Berebut nak minum air kelapa. En suami yang rajin melayan anak-anak. Sebelah meja kami ada pasangan mat salleh yang baru balik mandi di pantai kot, sebab habis kerusi tu basah sebab air dari bajunya menitik-nitik. Mesti diorang cakap dalam hati "Ramainya anak pasangan ni" HAHAHA Ok andaian aku sahaja padahal mat salleh tu selamba je makan takde nak kisah pasal orang sebelah ko pon!


Suka tengok muka Ashraf yang bersungguh bab makan. Siap berebut! Memang meja kami yang bising sekali tapi AAK? (Ada Aku Kesah)


Sambil-sambil tu usha awek salleh yang baru balik dari pantai. Oh! Sungguh sopan pemakaian mereka tapi mujurlah Haziq tak banyak tanya kenapa mereka berpakaian macam tu, paling tidak pon Haziq dan Husna akan memalingkan muka malu-malu :P (satu pengalaman baru bagi mereka)


Ini rupa nasi goreng seafood. Nasinya lembik dan tawar. Huhuhu (kalau nak sedap masaklah sendiri kan?)


Aku makan nasi putih dengan ayam sweet sour (kalau tak silap sebab dah lupa) dan en suami tambah satu lagi nasi putih dengan kari ayam hijau (tiada dalam gambar). Bolehlah alas perut kami sampai ke malam. Petang itu kami berhabis dalam THB380 (RM38) untuk makan malam.


Tapi sebelum balik ke hotel sempat lagi menyinggah di gerai Yaminlah untuk bungkus banana pancakes!


Mula-mula tu aku macam nak speaking Londong dengan makcik ni sekali dia cakap Melayu koooo, terus akak speaking Gomo Klate gomo :P

Haisy, mana-mana pegi pon ramai dah yang reti cakap Melayu, kalau di Vietnam pun sama, Indonesia toksah ceritalah. Alhamdulillah, ini membuktikan yang Bahasa Malaysia memang senang dibelajar dan menunjukkan orang kita yang suka mengembara juga :) Kalau takde rakyat Malaysia di Krabi ni takkanlah makcik Yaminlah ni saje-saje nak belajar cakap Melayu kan? kan?

Ok, bersambung esok lagi. Selagi tak habis semua gambar aku tepek kat sini, korang kena hadap dengan  cerita Krabi ni sampai muntah! HAHA

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang Akademi Bekerja Di Rumah dengan lebih lanjut, boleh kunjungi blog rasmi aku iaitu di sini : http://zailamohamad.blogspot.com/

Sehingga bertemu lagi :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^