Kisah semalam jalan-jalan cari makan selepas solat maghrib di Masjid Negeri Shah Alam. Kebetulan mahu pergi ke bandaraya Anggerik, jadi singgah solat dahulu di masjid negeri. Anak-anak memang suka masuk masjid ni sebab ianya luas dan apa lagi boleh berlari-lari ler dalam masjid. Usai solat, macam biasa lah mencari sesuatu (bak kata Ashraf) untuk dimakan.
Kalau di bandar Shah Alam tu kami tak biasa (tak tahu) nak makan di mana jadi terpaksalah patah balik ke kawasan rumah. Mula-mula ingat nak makan di kedai Siam (sebenarnya kedai ini ada nama tapi aku dan e suami panggil kedai Siam sebab rata-rata pekerja dan tokei kedai berbangsa Siam & makanan mereka jual memang sedap!) tapi Masya Allah, ramainya manusia. Restoran Uncle Bob pun dipenuhi manusia juga. Jadi aku cakap dekat en suami agaknya sudah gaji ya sebab rata-rata yang ada di situ semua keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Sebelah restoran Uncle Bob ada sebuah restoran nasi arab. Memang tak ada orang tapi nampaklah kelibat satu famili memasuki restoran ini. Kami pun teringin juga mencuba nasi arab jadi mohler kita masuk sini :)
Tak banyak menu makanan yang tersedia dan sudah tentulah antara tarikan di sini adalah menu nasi arabnya. Boleh rujuk gambar di bawah ini ya; kami diberi hidangan teh arab secara percuma setiap orang satu cawan kecil. Best juga rasanya seperti rasa teh yang dimasak bersama bunga cengkih (agaknya lah!)
Harga tidak mahal sangat jadi bolehlah bawa keluarga makan besar di sini sesekali ya. Antara menu yang kami order malam tadi adalah ayam masak briyani, D'olive lamb mandy, mee udang D'Olive dan roti arab.
Ini mee udang D'Olive. Rasanya biasa-biasa aje di tekak aku. Mungkin boleh perbaiki dengan menambah lagi kehadiran binatang laut yang lain seperti sotong atau kerang. Ada ketulan daging bakso dalam ni, rasa macam tak sesuai nak gandingkan bersama dengan mee udang. Eh! ke memang selalunya dihidang macam ni?
Ini adalah D'Olive lamb mandy. Aku suka nasinya. Memang sedap (pendek kata pencinta nasi arab seperti keluarga kami memang akan suka makan nasi arab walau di mana-mana pun). Aku cakap kat en suami kalau ada kursus nak belajar nasi arab pun aku sanggup masuk sebab cita-cita nak buka kedai nasi arab / kedai makan juga satu hari nanti (doa-doakanlah ya)
yang ini roti arab dimakan bersama omelet (daging yang dimasak dengan telur), sedaplah juga tapi rasanya aku boleh cuba buat sendiri resepi ni di rumah guna pita wraps :)
Apabila nak bayar, sekali dapat tahu yang pemilik kedai ini satu kejiranan dengan kami. Wah! lagi bagus apabila pemilik juga memberitahu yang mereka ini berasal mengambil tempahan. Jadi, aku kongsikan di sini kad perniagaan D'Olive / Amirul Catering. Eh nama dah macam nama anak sulung aku dah :)
Bagi sesiapa yang mahu mencuba nasi arab D'Olive boleh ke restoran mereka di Jalan Kebun, Shah Alam atau hubungi sahaja pemilik mereka untuk urusan tempahan catering. Sekarang ini sejak bangunan kedai-kedai baru dah naik dis ekitar rumah aku ni, banyak pula restoran-restoran baru buka. Bolehlah sesekali mencubanya kan? Bagi kami yang beranak ramai ni bukan selalu boleh makan besar. Maklumlah anak ramai ni poket pun banyak tiris juga. He he he Jadi bila en suami baru dapat gaji apalagi kita "pau" lah dulu :P
Semalam pun kerajaan dah umumkan kenaikan harga minyak. Herm, bagi aku sebenarnya dah lali dengan berita naik turun ni, yang pasti kos sara hidup memang akan meningkat setiap tahun. Jadi, nak tak nak kena pandai berjimat atau cuba cari pendapatan sampingan selain makan gaji. Cuba buangkan keegoan sedikit yang mengatakan "aku tak reti berniaga". Sebenarnya bukan tak reti tapi lebih kepada malas nak susah-susahkan diri memikirkan masalah. Nah! cuba baca dulu ebook sulung aku iaitu "Surirumah Juga Boleh Berbisnes" dan ketahui cara-cara mudah untuk berniaga yang telah aku praktikkan selama hampir 6 tahun. Berminat? Boleh dapatkannya di sini :
Isi borang di sini : BORANG TEMPAHAN
1 ulasan:
Sedap. Saya biasa makan kat Seksyen 20, Shah Alam tu. Hee
Catat Ulasan