Setiapkali nak bercuti ke mana-mana, aku memang suka google & baca pengalaman orang mengenai hotel / tempat yang menarik sekitar tempat yang nak pergi tu. Kali ni nak kongsi pengalaman sendiri menginap di Impian Morib, Banting. En suami booking hotel ni setelah kami balik dari bercuti dari Gold Coast Morib lagi (lebih kurang sebulan dari tarikh nak pergi) melalui Agoda.com. Harga yang kami bayar cuma RM200+ boleh dapat diskaun dalam RM40. Kalau ikutkan harga sebenar bilik adalah RM250 semalaman.
Ada 2 jenis bilik di hotel ini iaitu Deluxe & Chalet. Setiap bilik memang besar & kalau dalam Agoda stated boleh muat 3 orang dewasa, tapi kami haritu pergi 3 dewasa (kami bawa adik ipar merangkap bibik jaga anak aku, HAHAHA) & 4 kanak-kanak pun muat tidur dalam bilik Deluxe yang kami booking ni. Nasib baik juga tak tempah chalet sebab chalet terletak di bahagian belakang (mengadap pantai) so agak jauh dari parking, tak koser mak nak berangkut segala barang:P Bilik yang kami dapat ni mengadap taman (boleh nampak kolam renang) & paling best parking kereta betul-betul depan bilik..HAHA Dasar di pemalassssss:P
Ni gambar pintu pagar hotel (imej dari google)
One of the reason kami pilih bercuti di sini adalah kerana tak jauh dari rumah. Shah Alam ke Banting ambil masa dalam 40 minit (pemanduan berhemah dengan kanak-kanak di dalam kereta) & kami ikut jalan dalam (tak ikut highway) iaitu akan melalui Pekan Teluk Panglima Garang, Banting & terus ke Morib.
Sampai je kami terus singgah makan tengahari di Dataran Pantai Morib, kat sini berhampiran pantai so kalau tengahari tu memang panas membahangler jawab dia..Nasib baik makanan ada banyak pilihan & tambah pula haritu kami order orange juice sejag..slurpp slurpp..puas hati minum ais tengah-tengah panas:))
Peta nak ke Impian Morin (imej dari Google)
Jom tengok bilik;-
Biaserlah harus ada model budak-budak cilik bersama henbeg di atas katil dulu:P
kat sini area menonton; ada TV & set kerusi kayu bersama meja kopi
Toilet memang luas & bersih
kami pindahkan TV kasi mengadap katil..hehe senang nak tengok TV sambil baring..abaikan gambar en suami kat belakang tengah solat tu:P
Malam tu kami keluar nak mencari seafood tapi dek kerana malas nak pergi jauh-jauh (Bagan Lalang dalam 30km lagi) so kami pergi lagi ke Dataran Pantai Morib. Kat sini memang ada juga kedai yang jual ikan bakar (nanti aku cerita dalam next entri). Ramai juga orang yang datang makan kat situ, penuh meja dengan famili-famili. Lepas makan bersiar-siar kejap kat area situ.
Esoknya breakfast kat hotel semua percuma. Kalau di Gold Coast Morib, Haziq dikenakan bayaran RM18 tapi kat sini percuma sajork. Sukalah aku:P Tapi pilihan makanan takdelah sebanyak di Gold Coast Morib tapi ok lah kan..janji kenyang:) Ada nasi lemak, mee goreng, bubur nasi, pulut ikan masin, tosei,omelet, kuih-kuih & buah.
Lepas makan pagi, anak-anak p terjun kolam..Lama juga diorang mandi & pukul 12 tengahari kami check out. Balik tu singgah di Pekan Banting ke kilang kerepek. Memang muah-murah kerepek kat sini. Ada macam-macam jenis pula tu:) Raya nanti bolehlah datang memborong kat sini..hihihi
Balik dari Morib terus ke Kelab Shah Alam ke majlis perkahwinan bekas member office aku dulu..Nanti lah share next entri. Balik dari majlis kahwin ke Kajang pula hantar adik ipar aku. Balik rumah terus tidur kepenatan. HAHAHA
Oklah, tata!
3 ulasan:
bestnye jalan2....mas setaun sekali je kot hehee..budget x de hehe
assalam.nak tnya mmg ada carpet ke dlm bilik tu
Anom,
karpet kecil tu aje yang ada. selebihnya hanya tiles besar tu sahaja
Catat Ulasan