Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 20 Disember 2011

Jalan-Jalan Cari Makan~Restoran Wong Solo

Hari ni aku nak cerita pasal tempat makan saje..hehehe..Dah alang-alang gemuk kan *eh* bukan..dah alang-alang siri jalan-jalan cari makan..so biarlah sehari ni blog aku ni penuh ngan gambar makanan aje yaaa..Pada yang tengah diet..sila jangan merembes air liur tau:P

Kali ni aku ke Seksyen 7 Shah Alam semata-mata nak makan ayam penyet Wong Solo..Memang dalam banyak-banyak ayam penyet yang pernah aku rasa, inilah yang terbaik..tangkap leleh hingus kalau makan sambal cili kat sini!! Thanks pada junior aku (Ija) yang bagitahu tempat ni..first time aku ke sini masa mengandungkan Ashraf dulu..ni kiranya kunjungan kedua..Ashraf dah besar dah pon;-)


makin lama Ashraf ni makin hensem ikut muka bapak dia dah *hahaha dah namanya anak Hamdan*



Lokasi restoran ni kat belakang Jakel & restoran ni agak besar juga tapi kalau datang malam especially malam hujung minggu confirm ramai orang..Ada juga disediakan tempat makan bersila bagi mereka yang ingin merasai makan bersimpuh *eceh, macam pengulas restoranlah plak*



Motif ambik gambar Haziq adalah kerana nak tunjuk keadaan restoran yang dipenuhi manusia..hahaha

Oklah, mama kasik can lah muka Haziq masuk blog mama;)



Nilah ghopa ayam penyet pedas melesing tu..sediakan tisu bebanyak tau..Aisey..napelah sedap sangat ayam penyet ni??

Haritu aku ambil set Bandung yang mengandungi nasi untuk 3 orang makan, 2 keping ayam, sayur kangkung & tempe + air mineral 3 botol..Harga untuk set Bandung adalah RM33/set



g tambah lagi dengan sotong celup tepung (lupa harganya) & memang banyak..sedap dimakan cicah ngan sambal cili pedas kebabom itu



yang ni ayam takde cili buat en suami yang tak tahan makan pedas


gambar tempe ngan tauhu pon nak tepek juga ke?? ape daaaaaaaaaa

Gambar kangkung masak belacan aku lupa nak snap sebab sampai lambat sangat & jangan terkejut aku tambah order lele (ikan keli) penyet satu lagi..Hahahaha..Kekonon nak bagi anak makanlah kan *alasan lapok* tapi last-last mak bapak anak yang makan..

Malam tu habis dalam RM50++.. Sesekali bolehlah makan kat sini..Kalau selalu..dah jatuh tahap bini pemalas dah aku ni..asyek nak makan kat luar aje nya:P

By the way, aku pernah try buat ayam penyet masa dalam bulan puasa dulu tapi dia punya sambal bukan macam ni (biasalah resepi ambil dari internet)..Tapi aku rasa aku tahulah macamana nak buat sambal pedas melesing macam ni..Nantilah kalau angin rajin datang nak buat lagi ayam penyet ni;-)

Oklah, sekian siri JJCM pada hari ni..bye!

2 ulasan:

kasihredha berkata...

akak biasanya makan kat BBBangi...suka gado2 dia :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

besh kan ayam penyet cni..lame gak dh tak pergi nih..tgk entry zaila terus rasa teringin jugak..=p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^