Malam tadi kami sekeluarga makan di luar. Kebetulan en suami balik awal dan ingin bawa anak-anak keluar. Biasalah sesekali ingin menghiburkan anak-anak. Kalau duduk terperap di dalam rumah sahaja tidak elok juga. Hihihi Padahal hampir setiap hujung minggu kami keluar berjalan. Setiap minggu ada sahaja rancangan untuk keluar menghabiskan wang..Oh anak, betapa bertuahnya kamu, dilahirkan dalam zaman senang, kalau dulu mama tak boleh keluar jalan-jalan sebab mak ayah mama tiada kereta tapi sekarang mereka mahu pilih-pilih lagi nak naik kereta mana T___T"
Sudah pastinya jawab Ashraf "nak naik teta beshar mama!"
*syukur Alhamdulillah*
Kiranya sudah agak lama juga kami tidak makan di sini. Seperti biasa, en suami pesan kue teow sup untuk dirinya dan aku hanya memesan ayam goreng Uncle Bob dan juga sepinggan nasi lemak untuk Haziq. Kasihkan anak, layankan aje selera makan mereka dengan harapan mahu melihat mereka makan. Padahal sebelum keluar Haziq & Husna sudah makan nasi berlaukkan kuah sayur lemak dan juga ikan goreng. Anak aku sememangnya kuat makan tapi masih tidak dapat dizahirkan melalui rupa fizikal mereka yang kurus keding itu!
Semangkuk kue teow berharga RM6.80 kemudian en suami minta tambahkan kuah, dihulurnya semangkuk kuah yang panas dan diberitahu "RM1 ya". Waaahhhh lama sungguh kami tak makan di sini sampaikan sudah tidak tahu yang tambah kuah juga harus dibayar di sini T_____T"
Nasib baiklah rasanya sedap, kalau tidak harus ada yang cakap lepas ini sudah tidak mahu berkunjung ke Restoran ini lagi. Nama aje Uncle Bob tapi bukanlah waris kami..HAHAHA
Husna si mata bulat!
Ayam goreng Uncle Bob ini didatangkan dalam 2 pilihan iaitu original atau spicy. Rasanya memang sedap. Kalau tak silap sepinggan dalam RM6.50 (betulkan kalau silap). Rupa-rupanya ayam goreng Uncle Bob ini memang ada francaisnya di mana-mana pasar malam atau di pasar tani. Hari tu di pasar pagi Bera pun ada orang yang menjual ayam goreng Uncle Bob ini. Bestnya kalau pandai berniaga, buat francais kemudian lihatlah mana-mana pun ada jenama kita:)
Muka keriangan si abang Haziq yang dapat makan nasi lemak. Macam biasalah anak makan dua tiga suap selebihnya mama & papa yang habiskan.
Sekarang ini percaya atau tidak semua barangan pun dah naik harga tanpa kita sedar. Tengok sahaja iklan dalam TV kononnya didatangkan dengan wajah baru. Iya memang wajah baru tapi harga pun dah tidak sama macam dulu kerana kalau pun harga masih sama tapi kuantiti barang sudah berkurang. Lihat sahaja susu Ashraf, kalau dulu kami selalu beli yang isian semula (refill pack) beratnya 650gm tapi sekarang sudah 550gm.
Memang kita tidak boleh lari dari arus kenaikan harga barang. Di bandar mahupun di desa cumanya kalau kehidupan di bandar semakin lajulah wang mengalir keluar kerana terlalu banyak tempat-tempat yang menghabiskan duit. Jalan-jalan ke pasaraya konon nak jimat dua tiga ringgit tapi keluar bersama keluarga, harus makan dahulu, jalau dah makan sefamili mungkin akan berhabis dalam RM50 lebih, nak pula tempat yang dituju kena bayar parking, tol dan minyak juga. Harus aku cakap hari itu kita akan berhabis paling kurang pun bawah RM500 sekali keluar. Sebab itu sekarang ini aku jarang keluar ke pasaraya, kalau mahu barang beli sahaja di Econsave depan rumah atau kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan rumah. Beza harga cumaah dalam dua tiga puluh sen tapi berjaya menyelamatkan duit dalam poket hingga beratus. Tak percaya? Sila cuba buat?
Malam tadi sebelum tidur memang terfikir mahu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Bukan taraf sebagai surirumah ukuran kita tidak boleh berjaya. Pernah hari itu aku berbicara dengan kak Masayu Ahmad (pengasas Akademi Bekerja Di Rumah & penulis Jana RM Dari Rumah) yang sekarang beliau sedang menjejak jtawan-jutawan suri di luar sana untuk penulisan terbaru beliau. Tengok? Hebat kan kaum suri, sekadar bergolek-golek bersama anak-anak di rumah tapi mampu menjana hingga puluhan dan ratusan mahupun juta setiap bulan. Aku juga memang teruja kerana sejujurnya mahu juga merasa masuk ke dalam akaun duit yang banyak. TAPI semua itu bukan sekadar omong-omong kosong, haruslah besertakan dengan usaha dan yang penting kena sentiasa menggali ilmu. Biar lambat asal nampak jalan.
Bagi kaum suri yang rasa ingin berubah, jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi aku melalui
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
untuk mengetahui caranya. Sudah pastilah dengan menyertai kelas asas blog & fanpage di bawah kelolaan aku. Nak berniaga tapi tak ada barang? Jangan risau kerana kita akan sediakan barangan dari makanan sunnah, produk digital dan sebagainya. Yang penting harus ada niat untuk belajar dan berubah.
Oklah, nak keluar ni, nak bawa si kecil cucuk di Klinik.
Salam kasih sayang buat semua :)
Bagi mereka yang ingin mengiklankan produk atau servis di rangkaian blog kami, baca sini
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
1 ulasan:
Minyak dah naik harga..otomatik barangan lain pon naik jugak...
Catat Ulasan