Lamanya gambar ni terperap dalam draft..Lupa nak share review Hotel Saigon Pink 2 ni..Kali kedua aku ke Vietnam, aku tempah hotel ini melalui Agoda.com. Masa tu aku booking bilik Superior dalam harga RM107.68 (USD33.12) sebab ingat nak pergi berdua dengan kakak aku tapi last-last ada budak office aku nak join juga so masa check in dekat hotel kena tambah USD5 & bilik kami di upgrade ke bilik Deluxe (Tingkat 9)..Dulu masa firts time aku g, aku stay di Than Thu hotel (sebelah je hotel ni) & bilik Deluxe diorang ada 2 katil, toilet ada bath tub segala..Walaupon nampak buruk (dari luar) tapi sekurang-kurangnya lif diorang sampai tingkat 9..Berbeza sangat dengan hotel Saigon Pink 2 ni, indah khabar dari rupa..Kalau sesiapa yang dapat bilik tingkat 9, FYI lif diorang sampai tingkat 8 je & kenalah menapak dengan tangga..Sudahlah kami ni banyak memborong, terkangkang jugalah nak hangkut semua barang tu, seb baiklah ada budak opis aku yang sangat rajin membantu:) Thanks Nini, lepas ni boleh bawa lagi ni:))
By the way, bilik memang nampak cantik..Asalnya hotel ni dah lama sebab kalau tengok kat dalam almari tu macam dah bekulat tapi diorang cat balik luarnya, lantai pon tukar laminated floor, manalah tak nampak moden kan:P
Tapi bolehlah..Salah seorang terpaksa tidur kat bawah..hehehe mak buyong yang offer tidur kat bawah, bangun pagi esoknya sakit kepala sebab bantal kat hotel ni tak selesa..spoil satu hari mood nak shopping!
Belakang tu ada toilet..Honestly toiletnya sangat kecil tapi modern style..Lupa pula nak snap gambar toilet..Masa hari kami pergi tu, hot shower kadang-kadang menjadik kadang-kadang tak menjadik..sejuk menggigil kami mandi malam tu T_____T
TV kecil, peti ais kecik & nak masak air pon susah..Memang ala kadar je hotel ni ghupanya..Ok ni review aku bagi mereka yang nak ke Vietnam & bercadang untuk tinggal di sini :
- Masa aku pergi diorang amat strict sangat tentang check in & check out..Waktu check out adalah pukul 12 tengahari (1 tengahari waktu Malaysia) & dalam pukul 11 pagi diorang dah call ko dah remind supaya check out ON time..Sini takder late check out macam aku buat di hotel Thanh Thu dulu (kena bayar berapa US ntah) Mungkin sebab hotel ni sentiasa fully booked & janganlah datang gamble je nak walk in macam tu, konpem-konpem takde bilik kosong kak oi...So please booking at least seminggu (baik booking awal kot-kot dapat harga murah) sebelum datang yaa anak-anak
- Masa aku datang diorang cakap ada masalah dengan line telepon diorang ke apa so wifi adalah tak dapat digunakan baik di lobi mahupon di dalam bilik pfttttttttt!!!!
- Apa yang bagus adalah receptionist diorang mesra pelanggan gitu..Masa hari kedua lepas je aku check out tapi aku masih nak g membeli barang di dalam pasar so boleh je tinggalkan luggage di bahagian lobi
- Hotel betul-betul depan kedai Hajah Basiroh tu so anytime boleh makan nasi..horreyyyyyy!!!
- Breakfast ada disediakan tapi sah-sahlah tak halal so memang takdenya aku nak g makan..Baik makan karipap di kedai Hajah Basiroh tu lagi best:) tapi harga makanan dia..boleh fengsan tau!
Trip kedua aku ke Vietnam takde dah jalan-jalan, pergi 2 hari 1 malam je pon..Aku ni tukang bawa kakak aku je, dia yang shopping beria..Alhamdulillah, lepas je pergi dengan aku, dah pandai pergi sendiri dah..Haritu baru je balik & dengar cerita bulan 12 ni nak pergi lagi..Amboi..amboi..lawan tokei nampak:P
Pada yang dok email tanya next trip ke Vietnam, Insya Allah tahun depan lepas aku pantang & kalau keadaan mengizinkan bolehlah bawa 2,3 orang untuk trip shopping ke Vietnam..Pada yang dok tinggalkan komen bertanyakan harga barang-barang di Vietnam, sila email terus pada aku ya..Bukan semua aku bleh kongsikan di sini..Al maklumlah ramai yang berniaga ambil barangan di Vietnam so takkanlah kita kalau beli barang nak harga sana kan..kesian diorang..
Ada juga yang dok bertanya macamana aku boleh lepas kastam di LCCT & airport Vietnam..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..Sepanjang 2 kali pergi tak pernah sangkut lagi tapi aku tak nafikan memang berdebar gila masa timbang check in di kaunter sebab tak nak lebih muatan..Mahal gilos nak kena bayar dalam USD pulak tu..Banyak pengalaman yang mematangkan aku..Actually masa di LCCT kami dah kena tahan dengan Kastam tapi tulah..rezeki aku agaknya..tak kena cukai walau sesen pon..
Oklah..itu sahaja review aku..Rindu juga dengan Vietnam tapi takpelah..aktiviti berjalan sudah terbantut dek kerana nak bawa perut pon dah tak larat dah..
Pada sesiapa yang nak mulakan bisnes kain cotton Vietnam, pembelian min adalah 10 helai..Boleh PM aku untuk mengetahui harga yang ditawarkan..
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
5 ulasan:
as salam,
best nye g vietnam.. :)
la zaila, x tau pun awak buat business trip p vietnam, nnt kalau dah ready nk p lg, nk ikut tau, kalau org yg dah biasa pegi ni senang sket, jgn lupa cakap tau :)
kiranya syurga pemborong jgklah kat sana yer. bila ntah nak sampai :p
Tihara,
jomlah pergi..kumpul duit buat shopping:)
Mrs Shaifull,
boleh..boleh
Eliss,
A'a, lebih kurang macam di Indon tapi kat sana lg best rasanya:)
kat hotel tu dorg strict tak berapa org satu bilik?cnthnya bilik deluxe max 2 org tp boleh ke duduk 3 org?
Catat Ulasan