Semalam cuti sempena Deepavali ke mana semua?? Aku pagi-pagi tu duduk rumah je seperti biasa menjalankan tugas aku yang tak pernah habis tu:P
Petang tu hujan punyalah lebat di Shah Alam ni sampaikan air naik memenuhi kawasan depan rumah kami. Risau juga kalau-kalau banjir kilat berlaku kan tapi Alhamdulillah dalam pukul 3 petang hujan dah reda. Actually petang tu kami nak ke Jeram, Kuala Selangor untuk makan-makan bersama adik beradik en suami yang lain.
Mehler layan gambar-gambar makanan yang ada..Ini merupakan kali kedua kami makan di sini; kali pertama 4 tahun yang lepas..Kenangan terindah bila masa tu Husna yang masih kecil tumpahkan sejag air tembikai di atas meja makan..Mungkinkah tragedi yang sama akan berlaku lagi tahun ini??
Inilah kedai yang kami pergi tu, dulu 4 tahun yang lepas masih belum ada lagi kedai ni..Kedai yang luas & banyak tempat duduk samaada terbuka atau di dalam dewan memang cukup selesa. Walaupon ramai orang tapi masih selesa untuk menikmati makanan. Di tambah pula cuaca yang malam yang nyaman..Memang selesa!
Dewan di sini boleh juga disewa untuk sebarang majlis perkahwinan..Husna si flower
Kami pergi 5 keluarga semuanya, Abang Zu dari Kajnag, Abang Sir dari Kuala Selangor, Abang Yie dari Puchong, kami dari Shah ALam & Mat Nor dari Kelantan (cuti-cuti Malaysia)..Ditambah pula dengan anak-anak, memang meja kami yang terpanjang malam itu:P Kalau semua adik beradik en suami berkumpul, harus penuh satu dewan tersebut:P
Boleh agak aku di mana? Sibuk melayan Ashraf yang tak reti duduk diam..Lepas tu tumpahkan air atas meja sampak kena Mak Ngah dia T_____T
Nampak gaya tragedi menumpahkan air memang diwarisi oleh ahli keluarga kami:P LOL
Oklah, mari kita tengok apa yang kami makan;
menu pertama yang sampai adalah tomyam seafood & kailan ikan masin..Tom yam itu dari segi rupa sangat menghampakan tapi dari segi rasa aku tak dapat nak komen sebab tak sempat nak makan..hihi Kailan ikan masin pula sedap, sayur kailan segar & kuah sayurnya tidak terlalu masin sangat:)
Menu kedua adalah sotong celup tepung. Sotongnya segar & memang sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama dengan cili sos. Anak-anak pon sukakan menu ini
Menu ketiga adalah ikan pari bakar..Isi ikan pari yang segar tapi nampak gaya menu ini tidak mendapat sambutan di kalangan kami..hehehe
Menu keempat adalah butter prawn. Aku hanya makan serdak itu sahaja, bukan takut tak cukup tapi tidak berminat..Rasanya butter prawn di Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning lagi sedap!
Menu terakhir adalah ikan kerapu 3 rasa..Ini yang terbaik..Isi ikan yang rangup disaluti dengan kuah 3 rasa yang sangat sedap; ada rasa masam, manis, pedas & rasa serai sikit-sikit..kami order 2 ekor sampai licin dibaham oleh kami:P
Owh ada lagi menu ikan bawal emas masak sweet sour..tak ada pula gambarnya..rasa rugi sangat sebab kuah sweet sour tu tak kena dengan ikan bawal emas yang lazat tu..Kalau masak 3 rasa macam ikan kerapu tu konpem sedap!
Akhir sekali, ambil gambar keluarga bersama-sama..Sedih tengok gambar ni, orang lain semua bersama pasangan masing-masing, aku & en suami terpisah. En suami sibuk dok pegang Ashraf yang memang melasak malam tu:P Apo-apo jolah!
Lebih kurang pukul 11 malam baru kami siap makan..Air toksah cerita lah berjag-jag habis..Total spending malam tadi adalah RM559.00
Jika nak dibandingkan dengan 25 orang makan (termasuk kanak-kanak) tu, aku rasa harga sudah berbaloi..Ada juga yang tak habis tapi kami bungkuskan bawa balik..Aku pon makan untuk 2 orang malam tu..HAHAHA
Pada yang ingin mencuba, bolehlah ke Jeram, Kuala Selangor..Lokasi kedai adalah : dari jalan utama Meru-Kuala Selangor tu, bila sampai di Jeram, akan nampak traffic light (belah kiri ada masjid) terus masuk kiri & terus je sampai jumpa Aroma Ikan Bakar..Memang berbaloi bawa keluarga makan di sini. Ikan memang segar & masakan pon bleh tahan juga sedap. Bagi tekak aku lah kan, sedap lagi dari ikan bakar yang aku makan di Umbai, Melaka tempoh hari..
Selamat mencuba:)
Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solution
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solution
4 ulasan:
bestnyer mkn ngan keluarga ramai2.. sgt meriahhh
aku scroll laju2 ni sebab tgh lapo..serious menggugat perut ku heheheh
perghhh sedapnya tgk menu ikan tu...aku kalo baca bab2 makan mst terliur..haha
Nurhayati,
memang best sampai tak terlayan!
Maya,
HAHAHA aku tak bertanggungjawab:P
Lilly,
eh samalah ngan haku:)
Catat Ulasan