Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 31 Januari 2012

JJCM ~ Ikan Bakar Umbai

Assalamualaikum semua..

Masa cuti CNY haritu aku berkesempatan berkunjung ke Melaka..Seumur hidup aku nilah kali pertama aku menjejakkan kaki di Melaka..hehehehe aku tahu jakun kan:P Bukan pe, dulu masa kecik-kecik manalah mak ayah aku mampu nak bawa kami semua jalan-jalan..Jarak Kelantan-Melaka kan jauh..Lepastu pula kalau ada rombongan sekolah, mak ayah aku tak kasi pergi pula so bila dah tua besar dewasa ni..pergi sendiri jelah bawa anak-anak:P

Kami bertolak agak lewat juga so merasalah makan "jem" di PLUS sekejap..Sampai hotel eh silap, aku rasa tak layak pon panggil hotel, rumah tumpangan kot duduk sekejap kami terus ke Umbai..Kalau ke Melaka, tak sah kalau tak ke sini..Tapi ramai kawan-kawan aku bagitahu yang Umbai dah tak sedap, tempat yang baru nama Crystal Bay yang femes sekarang ni..

Memang aku TERjumpa Crystal Bay tapi masa tu gerai-gerai makan masih belum buka so kami ambil keputusan terus ke Umbai saje..Sampai sana terus pilih ikan-ikan & chop meja tepi muara *konon nak makan sambil tengok sunset kan* tapi takde pon..kami balik sebelum matahari tenggelam pon lagi:P


Nasib baik datang awal..bolehlah kami chop duduk tepi muara yang airnya busuk ni



kat depan kedai-kedai ada orang meniaga macam-macam..Seb baik anak-anak aku takde nak merengek untuk beli patung-patung / belon kat sini..hehehe



Aku makan kat sini lah; Ikan Bakar Parameswara since kedai dia je yang sebelah muara..Memang kedai ni pon yang ramai pelanggan jika dibandingkan ngan kedai lain



Ikan-ikan kat sini memang segar-segar..Aku ambil ikan siakap (pilih yang paling kecil) & ikan pari je



bila dah siap pilih ikan & bagitahu cara masakan ikan tu, diorang akan bagi bil & kita pilihlah meja yang kita nak & letaklah bekas bil bernombor tu atas meja..Haziq ingatkan benda alah tu diorang bagi kat kami..hehehe Seb baik Haziq tak bawa balik:P *dia ingat trofi kot*


Husna yang comot..sekali tengok macam boy lah pula T_____T


Haziq yang happy..sambil makan sambil bagi ikan makan *tapi aku tak nampak ikan pon* Habis sotong celup tepung dia nak baling dalam tu..hamboiiiiiii..

Ashraf yang masa ni sakit mata..tapi takderlah teruk mana pon..sebab tu aku ingat dia dah ok..muka belengas je anak ngan pak=P



nilah ikan siakap 3 rasa kami..Aku cukup kecewa sebabnya korang tengoklah..ikan tu digoreng dah bagus cuma kuahnyaaa..Masya Allah..macam dia taburkan timun batang, nenas yang dah dihiris halus & curah sos cili pasar malam aje..Sedap lagi kedai siam kat rumah aku ni masak tau..Definitely not worth it lah makan kat sini;(



Kami ambil kerang rebus..kerangnya segar cuma kecil-kecil..sekejap je makan habissssssssssssssssss



ni katanya kailan ikan masin tapi aku tengok macam sayur sawi goreng je..tapi takperlah..rasanya bolehlah



owh ini butter prawn..herm..aku rasa kalau aku masak lagi sedap kot *eh betullah, en suami yang cakap macam tu* sebabnya dia punya serdak-serdak tu macam biasa je..i mean takdelah macam yang kita makan kat restoran chinese muslim tu..faham tak?? tak faham?? abaikan:P



sotong celup tepung..sotong tu segar sebab takde bau hanyir pon tapi agak liat juga untuk dimakan:P



ikan pari sibakar dengan sambal..pedas giler sambal ni & tak sedap..Ni hidangan paling last sekali & kami masing-masing dah tak larat dah so there you go membazir seekor ikan hasil dari ketamakan seorang manusia yang nak order macam-macam:P

Secara totalnya kami habis dalam RM150+ (lupa berapa sebab bukan aku yang bayar) untuk 3 orang dewasa & 3 kanak-kanak..Air pula kami minum fresh orange, epal, teh O limau & tebu 2 gelas..

Honestly, harga yang dikenakan sangatlah tak sesuai dengan hasil masakan tu..Tapi takperlah..at least aku dah merasa sekali makan ikan bakar di Umbai..Next time nak try makan di Crystal Bay pula;)

Oklah..bye semua!!

12 ulasan:

Hada Masayu berkata...

zai, kat subang ada ikan bakar umbai juga :)

Eliss berkata...

mahalnya kalo RM150 mcm tu. tapi nampak ikan bakar tu mcm sedapp jer ;p kalo hubby eliss suka laa sambal pedas2

kasihredha berkata...

dah lama tak kesini

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

aku pegi kat rest terapong tue zaila .. ok jer .. makan food harga semua ;-)

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

mcm mahal aja...pernah mkn sekali sini dulu. zaman anak dara dulu dulu la...hehehhe

Lynn Abd Latib berkata...

ZAILA

mmg UMBAI cekik darah harga makanan dia..dulu dah terkena sekali..

mummY daniSha berkata...

sy orang melaka...selalu yg femes memang kedai ni..tp 150 mcm mahal je =p

Nurhayati berkata...

aci tak yati tak baca entry ni..
sbb ada pic makanan.. nanti teringin hahaha

J.Syazwana berkata...

yeke kak.
petang ni baru nak gerak ke melaka sebab nak rasa ikan bakar umbai.
huhuhu

Zaila Mohamad berkata...

Ayu,

laa ye ke?? jauhnya aku p cari ikan bakar..sampai ke Melaka sana:P

Eliss,

kalau suka pedas, bulehlah try..aku suka pedas tapi dek kerana perut kenyang aku tak larat dah nak makan

kak kasihredha,

toksah marilah kak:P

Diana,

restoran terapung Shah Alam tu ke?? laaa kedai yang sama juga ke??

Joy,

lama dah tu, cer g lgs ekali bawa anak2..hehehe

Lynn,

tulah kan..agaknya memang orang tuju kat Umbai je so memang harga agak mencekiklah kan

mummy danisha,

dah makan yang dekat Crystal Bay tu?

yati,

mak buyung jangan baca..kang terliur ahkak yang susah:P

J.Syazwana,

hehehe atas pendapat masing-masinglah kan..

Unknown berkata...

Cuba sotong / lala berempah di ikan bakar umbai SUBANG.......

Tanpa Nama berkata...

sedapnya...akak pernah singgah kat sini...a long2 time ago!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^