Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 26 Jun 2012

Vietnam Day 1 : Shopping Lagi & Makanan Tempatan Vietnam

Assalamu'alaikum,

Masih lagi hari pertama, ok ok aku janji ini penutup untuk hari pertama:)

Selepas je memborong beg & tukar duit, kami balik hotel solat Asar..kemudian turun jalan-jalan lagi..hehehe


Pemandangan biasa di kaki jalan sepanjang jalan nak ke Pasar Ben Thanh..Macam-macam seafood ada, pilih je..Apa yang uniknya adalah kerusi & meja makan mereka yang kecil..Kalau orang Malaysia, konpem-konpem takleh nak duduk:P *akulah tewwww*


Sesetengah hotel 2 bintang di sini diubahsuai supaya ada tempat makan di dalamnya..tapi ko tak geli tekak ke nak telan weh?? Halal ke tak?? terpulang atas individu:P


Tengok kerusi abang ni..kecik cinonet aje, baik duduk bersila aje atas jalan tu bang oi!


pelbagai jenis pulut..sedapnyaaaa..tetiba teringat ketupat daun palas inti kacang!


tengoklah durian merekaaa...kalah Musang King:P hehehehe Aku pernah je rasa durian diorang ni..rasa durian jelah..hehehe

ni pemandangan dalam Ben Thanh Market..tengoklah kasut-kasut tu..owh! korang boleh tempah & pilih corak & diorang akan siapkan hari tu jugak..hebatkan?


bila dah senja, baru reti nak cari jalan pulang..hehehe tapi balik untuk makan malam & hantar barang hasil shoppingan aje:P


tapi sempat lagi menyinggah survey-survey harga barang:P

pilih jangantak pilih..geramnyaaa tengok!


singgah di kedai beli beg Deuter..aku pon teeerrbeli satu hak 9 Liter..kakak ipar aku borong sampai 5 ke 6 beg..al maklumler anak ramai..hehehe

Lama juga duduk memlilih beg di sini..Sampai naik lenguh dah menunggu ahli kumpulan yang lain


pasar malam dah start daaaaaahhhhhhhhh
tapi kami balik makan dulu isi minyak tenaga nak shopping lagik:P
makan kue teow daging Vietnam di kedai Basiroh tu

memang terbaik!!! sampai hari ni dok teringat-ingat..haiiii nak kena g Vietnam lagi ni:P


kena makan dengan daun ape dah namanya ni..sedap!


tambah cili & perahan limau & sos lada hitam..memang terangkat!


dah ada tenaga, sambunglah shopping lagi..tapi ada di antara kami yang tak larat dah..korang tekalah siapa?? hehehe geng anak dara surrender awal-awal lagi..nak balik bilik tidur katanya..Aper daaaaa..
so geng mak orang & sorang mak buyong lupa daratan pon meneruskan pencarian di pasar malam sekitar Ben Thanh


ramai orang Malaysia juga..hehehe

baju raya semua cantik-cantik & yang penting murah dek non..mohler kita ke sana memborong baju raya nak?

beg pon lawa-lawa..buat isi telekung solat raya nanti..hehehe

Habis memborong malam tu, masing-masing balik ke bilik sambil-sambil tunjuk hasil tangkapan..memang syok ah memborong di sini..Puas hati dengan harga & kualitinya..Pastu terus packing barang dalam beg baru & mandi, solat pastu terus ke lalala land sebab esoknya nak ke Sungai Mekong pula..

Paginya cuba teka siapa yang bangun awal?? Of courselah aku!

oklah sambung esok..bye!

10 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

mesti mok buyong bgn awal sbb xsbr2 nk smbung shopping lagi hahaha

mrs.spicy berkata...

hahaha..bangun awa nk g shopping le teww..daun makan ngan mee daging tu mcm daun selasih jer..ke dop..beh nye napok..seafood tu set dio make gane? rebus2 jah ko?

Eliss Mie berkata...

boleh rambang mata ni.mau tak cukup duit kalau eliss :)

kasihredha berkata...

akak sure x muat kerusi kecik tu..hahaha
dimana2 jumpa org msia je kan :)

CeqGu berkata...

alahai rasa nak gi lagi je bila tengok gambar2 ni....baju kurung pun kalau tempah bleh dalam sehari jgk....hebatkan....tak terkejut ke tgk betapa banyaknye motor n berseliratnya wayar letrik diaorang?

Nurhayati berkata...

bestnyerrrrrrrr!!! mmg heaven kalau soping kat sana kan.
i pernah pegi tp lama giler dah la. tahun 2002 hihi lama sangat. gi sana soping kain, pastu siap tempah baju lagi buat baju kebangsaan dorang ape nama tu oyai ke tak silap. :-)

maya amir berkata...

bile masa ko gi vietnam ni nokks? nmpk sgt aku dah lama tak bukak blog..huhu..aaa lawa2, geram2 aku tgk sume mende nak beli kalau aku gi sana..hehehe

zailamohamad berkata...

Yatie,

panda demo teka..hahaha marah set2 lains ebab aku dok sibuk gerok bangun mandi..HAHAHA

mrs spicy,

hom daun selasih..panda farah teka:)

Eliss,

aku memula bayar paka Dong, pahtu USD pahtu guna RM pulak..last2 duit habis duduk diam2..hehehe

kasihredha,

samalah ngan saya, mana muat nak makan kat situ..hehehe Alhamdulillah ramai sungguh orang Malaysia:)

Ceqgu,

itulah Vietnam..hehehe ni ambo nak g pulak ni..hehehe

Nurhayati,

memang bestlah g sana..pas pantang jomlah g lagi:)

Maya,

ko busy kan nyah..takpe...aku dah balik dahpon:P

Tanpa Nama berkata...

kak..bpe arge beg deuter tu,nk pg weekend ni,,nk gak tau rate arge,

zailamohamad berkata...

cik Anom,

email akak untuk pertanyaan yaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^