Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 25 Februari 2013

JJCM~Pak Hailam Kopitiam

 Assalamualaikum semua!

Happy Monday Blues..hehe Mesti hari ni macam lembabs je kan otak nak buat kerja..Ok meh tengok gambar makanan (lagi) supaya boleh melaparkan perut korang semua:D

Actually ni malam Sabtu, setelah balik dari pameran hartanah di PKNS, kami balik berehat sekejap then selepas Maghrib keluar makan. Hajat di hati nak makan dekat Restoran Mohd Chan Kota Kemuning tapi bila dah sampai FULL HOUSElah pula, pusing pula cari Rawang Burger Bakar sebab tak pernah lagi cuba makan burger bakar kat situ, sekali penuh & ramai orang juga..So moral of the story, kalau malam minggu silalah buat panggilan tempahan dulu kalau tak melepaslah nak makan sedap-sedap!

Tapi takpelah, since haritu tekak ni teringin nak makan kuey teow daging, kami ke Carrefour Bukit Rimau (yang kini telah diambil alih oleh Jusco jadi pasaraya Big) untuk ke Pak Hailam Kopitiam. Nasib baiklah kat sini tak ramai orang, sekejap je makanan kami dihantar;)



Kalau sudah beranak 4, jangan haraplah boleh makan dengan tenang! Selagi anak-anak masih kecil bersedialah menghadapi pelbagai situasi seperti sudu garfu jatuhlah, anak-anak bergaduh berebut makanan/minumanlah, anak yang kecil tersepit kepala celah kerusi budak (Ashraflah tu) sebab cubaan nak turun dari kerusi kanak-kanak & lepas tu mama & papa pula makan macam tak payah gigit terus telan sebab sibuk layan anak-anak:D HAHAHA Nak bagitahu ni betapa huru-haranya bila makan bersama dengan mereka *sigh*


Oklah kita cerita pasal menu di Pak Hailam Kopitiam yang sedap..Ini pau manyak sedap, satu inti oyster chicken (RM3.50) & satu lagi inti ayam (RM1.50).


Bila dah ada anak yang pandai bercakap ni, masing-masing dah pandai request nak makan apa. Haziq kelabu mata sekejap bila tengok gambar makanan di menu, kejap nak makan itu kejap nak makan ini tapi last-last aku orderkan spagheti bolognaise (RM12.90) sebab sah-sah itu favourite dia kan..Husna makan bersuap dengan MokRa dia fish & chip (RM15.90) & en suami makan nasi goreng (RM7.90) yang rasanya boleh tahan sedap juga


Tengoklah muka Ashraf tu macam dah tak sabar sangat nak makan..Nasib baik malam tu dia makan banyak juga..Lepas makan pula main kejar-kejar dalam Pak Hailam Kopitiam..Haisyyy budak..apalah yang diorang tahu T____T"


Pengantin lama yang sudah beranak 4..Kalau masa mula-mula kawen dulu duduk rapat-rapat je kan..bila anak dah ramai ni..eh rimaslah duduk dekat-dekat ni..kahkahkah!! Actually ni gambar kandid adik ipar aku ambil tapi inilah realitinya kami berdua kalau keluar makan, masing-masing busy dengan handset je..HAHAHA


Owh ini menu pilihan aku kuey teow daging (RM12.90) tapi rasa yang dekat Restoran Mohd Chan lagi sedap & murah!

Sekejap sahaja kami duduk makan kat situ. Mana taknya, tak larat nak tengok anak-anak duduk berkejaran dalam kedai..huhu Nasib baiklah orang dah tak ramai kat dalam tu..Apa-apa pon really enjoy keluar makan sebab sejak aku dah tak bekerja ni memang dah lama kami tak keluar makan di luar..Asyik-asyik makan masakan aku yang tak sedap tu aje:D So sesekali apa salahnya belanja anak-anak makan makanan kegemaran diorang kan?

Oklah..nantikan resepi roasted chicken pula..tata!!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^