Weekend yang lepas kami bercuti ke Gold Coast di Morib. Memang last minute punya plan, booking bilik pon on the spot so memang tak dapatlah harga murah. Mula-mula cadang nak booking untuk apartmen 2 bilik sebab ingat nak ajak adik ipar aku sekali tapi sekali takde bilik so booking 1 studio suite pada harga RM290 per night (harga campur tax segala dah tu). Kalau booking time promosi aku rasa mungkin dapat dalam RM180+ (kot). Owh harga yang kami bayar ni termasuk sarapan pagi untuk 2 orang & tiket masuk taman tema untuk 2 juga. Kira oklah tu kan, sudahler biliknya luas & toilet siap ada jakuzi lagi!!
So kawan-kawan, jangan percaya sangat review dalam Tripadvisor tu, rata-rata cakap service tak elok, bilik kotor, bau busuk etc tapi Alhamdulillah bagi kami semuanya ok. What did you expect kalau bayar RM200+ untuk bilik hotel? Takkan nak layanan 5 star kot..for me, everything is perfect & we all really enjoyed our vacation here eventho it was a short stay!
Ok, kami check in awal sebelum ke Pantai Morib lagi. Alhamdulillah sekejap aje & bilik pon dah ready. So pada yang ingin ke sini, kalau datang awal tu check in aje dulu, jangan tunggu pukul 3 petang baru nak check in. Kami dapat bilik yang mengadap taman tema, bilik nombor 3450; aku ingatkan tingkat 3 rupanya susunan tak ikut nombor depan so kami di tingkat 4.
Jom layan gambar dulu;-
iniler taman tema air tu; haritu aku masuk dengan Haziq, Husna & Ashraf je, en suami duduk dalam bilik jaga baby Azzam. Aku bayar untuk Husna je kena dalam RM20, Ashraf tak kena bayar..tapi macam rugi sangat-sangat sebab masuk main air sekejap je Ashraf dah nangis nak balik takutkan air..huhuhu
Actually masa nak masuk dalam taman tema ni dia akan bagi macam gelang kertas gitu so once dah check in boleh je terus masuk dalam water park ni, keesokannya pon boleh masuk lagi as long as masih pakai gelang tu. Tapi anak-anak aku ni jenis takutkan air so rasa macam tak perlu pon bawa masuk mandi dalam tu, duduk dalam bilik berendam dalam jakuzi pon dah ok:)
Ni gambar selepas makan pagi..Muka anak-anak pon baru bangun tidur:P Muka mama diorang toksah citer r, takde nak bermake up langsung!! Macam nilah kalau sudah beranak 4 & semuanya masih kecil lagi, bersiap pon ala kadar aje..nak bermake up bagai takde dah, nanti ada pula yang menjeling sebab tunggu lama sangat..huhu
Sarapan bermula pukul 7 sampai pukul 10 pagi. Tapi kena turun awal sebab makanan habis sebab aku baca review rata-rata cakap makanan yang habis diorang tak top-up dah..Pilihan makanan biasa-biasa aje tapi rasanya boleh tahan juga. Nak masuk tu cuma Haziq je kena bayar dalam RM18, memang rasa tak berbaloi sebab anak-anak aku ni makan sikit. Puas dah bapak diorang gertak suruh makan banyak sebab macam rugi je bayar mahal-mahal tapi anak kau masuk hanya makan koko krunch ngan popia seketul sahaja T___T"
Anak oh anak!
Lepas sarapan, jalan-jalan ke tepi pantai sekejap..Memang cantik pemandangan kat sini tapi sayang tak bawa kamera nak snap gambar. Kalau bawa pon aku rasa takde masa nak snap sebab most of the time dok kendong baby Azzam sahaja:P Kami malas bawa stroller sebab tak muat bonet kereta nanti nak isi barang bbq untuk berkelah tepi pantai. So merasalah gilir-gilir dukung baby Azzam yang seberat 6kg tu, mana tak naik muscle dekat lengan ahkak..HAHAHA
Depan The Pier, ni restoran atas air tapi pagi-pagi tak buka lagi..next time kalau datang lagi Insya Allah nak cuba merasa makan kat sini pula, api tak boleh bawa anak-anak sebab rugi je bayar mahal-mahal tapi diorang tak makan:P Anak-anak aku ni tahu nak melompat sajork, bab makan sampai berperang..tambah-tambah si Haziq tu, kalau suruh makan nasi sampai panjang leher nak telan nasi tu..cuba kalau makan jajan..penuh mulut dia sumbat..HAHAHA
Gambar dalam bilik, actually ni bilik ada 2 katil single tp masa aku masuk tu dah dalam keadaan macam ni..En suami minta baby coat tapi tak dapat, diorang cuma hantarkan tilam bujang yang nipis sajork. Bolehlah kan..bukan nak tidur lama pon..Keadaan bilik aku ni agak bersih juga, toilet bersih cuma jakuzi kami guna tu macam rosak sedikit tapi kami takde report minta tukar bilik pon sebab malas nak berpindah randah..so overall bilik ok, ada kipas, ada aircond, ada flat screen TV, ada water heater, ada hair dryer, ada balkoni, apa lagi eh? Korang google je website diorang tengok sendiri ya:P
Yang hitam macam tingkap tu memang tingkap, kalau buka boleh terus lompat masuk jakuzi..bahaya sungguh tingkap macam ni, nak mandi pon tak senang tau..HAHAHA nanti ada yang skodeng:P
Malam tu malas nak keluar so duduk dalam bilik layan teh sajork..dalam bilik ni ada mini fridge tapi takde isi apa pun dalam tu, Nasib baik tengahari tu dah makan banyak so malam duduk diam-diam dalam bilik jelah..Lagipon anak-anak awal-awal lagi dah terbungkang sebab penat..
Ni gambar masa nak check out dah, waktu check out pukul 12 tengahari..masa ni tak ramai orang so sekejap saje dah siap. Masa check in diorang minta RM50 sebagai deposit so masa check out nanti akan dapat balik duit ni
Ni gambar di balkoni, siap ada kerusi lagi..kat sini disediakan juga tempat sidai tuala, senang nanti lepas mandi manda naik atas sidai kat balkoni. Masa aku baca review dalam TripAdvisor cakap ada bau busuk tapi sepanjang aku stay takdelah pula bau busuk tu..tak tahulah kot-kot bilik lain berbau kan..
Anak-anak memang enjoy stay kat sini so Insya Allah ada rezeki boleh datang lagi. Lagipun dekat aje dengan rumah.
Bulan 5 ni en suami dah booking bilik di Impian Morib pula, saje nak cuba tempat lain..harap-harap bestlah kan! Tak sabar nak bercuti lagi:))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan