Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 19 Jun 2012

Tips Untuk Shopping Di Vietnam

Assalamu'alaikum uolssss,

Ahkak dah balik dah..Actually hari Ahad lagi, Alhamdulillah pukul 8.10 malam touch down Malaysia..Kapal terebang delay sejam tuuuu...Pengalaman 3 hari 2 malam yang super duper best bagi manusia yang suka shopping macam ahkak:P

Memang trip ke Vietnam ni unplanned pon, balik dari Labuan haritu kebetulan ada promo di Air Asia so cepat-cepat booking tiket pada harga RM300+ pergi & balik. Rasa macam dah murah dah tu. Ambil luggage 30kg time balik je, time pergi melenggang kangkung je uolssss..al maklumler..konon nak travel ala-ala backpackers:P

Eh eh..terpanjang pula intronyaa..so ni ahkak nak share few tips yang sementara ahkak masih ingat lagi;-

1) Kat sana pakai matawang Vietnam Dong, sejuta dong = RM150 kita, kalau korang tukar USD100 dapatler dalam 2 juta dong..Masa aku g, ketua kumpulan dah buat exchange rate siap-siap..so takler pening kepala bila memikirkan berapa harga..Asal peniaga sebut je refer kertas, sampai lunyai kertas tu dikerjakan..HAHAHA

2) Kalau tukar duit tu, better bawa dalam USD tapi kena tukar juga dalam VD sikit sebab senang nak bayar teksi masa memula sampai di airport nanti. Bila sampai hotel, check in bolehlah g tukar USD dalam pasar Ben than. Mostly kat sini pakai VD tapi USD diorang laaagi terima & RM pon ada setengah tempat terima..

3) Kalau sampai kat airport, ambil teksi kat luar & make sure diorang guna meter, kalau tak sesaje kena ketuk..Kat sini kalau nak ke mana-mana tunjukkan name card / print alamat hotel & tunjuk kat diorang & nanti diorang hantar..sebabnya, manalah diorang reti cakap BI so kebanyakan komunikasi macam ayam dengan itik:P

4) Oleh kerana ahkak ni travel ikut ketua kumpulan je, ahkak bukan in charge book hotel ke apa, tapi bolehlah review sket-sket hotel kat situ. Kami duduk hotel Than Thu Hotel, sebelah dengan An Tham Hotel, Saigon Pink Hotel. Memang walking distance je dengan Ben Than, pasar malam & kedai makan Hajah Basiroh tu. Tapi ahkak tak rekemen sangat duduk hotel Than Thu sebabnya hotel ni sangatlah crowded kat bawahnya..Ada ke patut dalam lobi ada 2 basikal Harley Davidson yang besar, pastu pekerja diorang semua tidur bawah tu T_____T' tapi..dalam bilik hotel bersih & jangan minum air mineral dalam bilik tu..kang nanti kena charge masa nak check out nanti..huhuhu

5) Kedai makan halal takde masalah kalau korang menginap kat hotel area Ben Than Market, jalan kaki sekitar bandar je leh jumpa beberapa kedai macam Halal Saigon, Vietnam Delights, VN Halal & paling kodi kedai makan Hajah Basiroh tu r..Vietnam Delights tu macam jauh sket tapi yesss kami berjalan sampai lenguh-lenguh kaki tapi memang recommended sebab sedap! Balik tu kami naik teksi sebab masing-masing tak larat dah nak berjalan..HAHAHA Nanti ahkak cerita lagi pasal tempat makan kami yaaa..so jangan risaulah bab makanan halal tu..takyah nak penuhkan beg dengan makanan segera ke hapa nooooo

6) Haaaa part paling best adalah shopping! Vietnam ni toksahlah datang saje nak feeling-feeling bercuti luar negara khan..bukan tempat yang sesuai untuk berbulan madu ke hape, sini adalah tempat shopping! Macam-macam boleh dibeli..mak ngan pak kita je yang tak boleh dibeli..HAHAHA Oklah, secara jujur aku rasa harga di Pasar Ben Than adalah giler mahal & tak masuk akal. Memang kena banyakkan tawar menawar sampai nak bergaduh segala. Harga barang di pasar malam jauh lebih murah & don't be surprise kalau harga dalam kedai tepi-tepi hotel tu pon jauh lebih murah. So tipsnya..survey dulu harga then esoknya baru beli:)

7) Kalau nak pergi menyusuri Sungai Mekong, kena cari Muslim tour, nanti ahkak kongsikan beberapa name kad untuk Muslim tour..Ahkak ambil dengan Hajah Basiroh je. Oleh kerana kami pergi hanya 6 orang, so dikenakan cas USD30 sorang sebabnya satu van kami-kami je, satu bot kami-kami je..so tak payah nak campur dengan group kak jemah yang lain:P Hati-hati juga bila memilih ejen tour sebabnya ada yang bagitahu halal tapi last-last masa makan diorang suruh orang Vietnam (non muslim) yang sediakan makanan. Macam ahkak ni, ejen siap bungkus bawa siap-siap dah makanan so memang dijamin halal gittewwwwww

8) Nanti ahkak kongsikan tempat nak beli telekung murah & berkualiti; semestinya kedai Hajah Basiroh..di sekitar pasar malam & pasar Ben Than banyak je orang jual tapi tak pasti kualitinya sama dengan yang Hajah jual. Beg Deuter pon murah-murah..murah giler sampai ada antara kami yang beli sampai 6 beg sekali beli..hehehe Ahkak beli 1 je buat en suami, senang nanti kalau nak travel ke mana-mana:) Beg sulam Vietnam pon murah juga..tapi beli tak banyak pon sebab bukan niat nak jual..

9) Kalau datang Vietnam ni, make sure masa balik ambil luggage lebih sket..Macam peniaga kecil-kecilan macam ahkak ni, 30kg tak cukup youuuuuuuu...HAHAHA Seb baik datang berkumpulan so bolehlah menumpang berat orang lain T____T Kalau tak, kena bayar USD5 setiap kg..Banyak tuuuuuuu tapi boleh je kalau nak suruh ejen kami di Vietnam poskan cuma lambat r nanti:P

10) Bulan poser ni tiket murah lagi?? Sape nak g shopping baju raya dengan saya?? Emailkan pertanyaan ke zailamohamad@yahoo.com Meh kita g memborong nak?

Owh jangan lupa cuba kopinya..terbaek! Nantikan update seterusnyaaaaaa..bye!

21 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

ambo xsabar nk tgk brg2 haisl shoppingna emo tu. cekak mok buyong deh shopping sakan hehe

Lynn Abd Latib berkata...

Stresss!!!!

Nk g gak shoppping `__`

Iswatie berkata...

aku kawan opis aku pun dok ajak..dia mmg berniaga baju cotton dr vietnam nih

Ami berkata...

kak,ado telekung semaye lebeh dok,berminat nie hehe

CeqGu berkata...

gi tok ajok ....huhuhu.....peniaga kat ben than tu kenal sangat dengan orang mesia.....memang diaorang tahu orang mesia wajib singgah ben than sebab tu harga mahal.....ssitu meme kena tawar sapa tahap bbaloh hihihi....ore kata cadar molek2 jugok denuh

CeqGu berkata...

bestnya kalau bleh join zaila

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

malam ni ambo upload barang hasil tangkapan yaaaa...meme menggiler r shopping di sana:) tapi takdoklah banyak sangat sebab bawak duit pon cukup2 makan sahaja:P

Lynn,

jom, bulan pose ni aku nak g lagi:)

Iswatie,

jomlah g..memang tak puas shopping, selagi ada duit selagi tulah nak habiskan:P

Ami,

ado..ado..

Ceqgu,

tuler, sapa ko set2 dio buleh cakap melayu..meme rama sungguhlah rakyat Malaysia shopping situ..hehehe

A.H.A.D berkata...

wah bestnye! pegi sorang je ke tu?
barang2 sana mcm deuter tu ori ke?
ramai org suka gi vietnam skg ni kan

Unknown berkata...

tinggin nk ikut tp bby tak leh tinggal, camno nk soping sampai 30kg...hahaha

kasihredha berkata...

banyak borong tu ...samapi 30kg
hari tu akak berdua dgn suami ok gak le.

Zaila Mohamad berkata...

gee ryder,

pergi dengan geng pompuan..kami ber enam semuanya! beg deuter tu katanya original, memang murah2..masa g tu bersepah orang Malaysia buat rombongan ke sana:)

bada,

tuler, kalau ada baby susah sket..hehehe 30kg tu sikit je tu kak..shopping punya shopping sampai xperasan dah terlebih 30kg

kasihredha,

saya haritu terlebih 30kg..seb baik check in secara berkumpulan..kalau tak..harus daku tinggalkan kat airport tu je drpd bayar USD5 setiap kilo yg lebih

Misz-ella berkata...

KC aritu gi 3H/2M jugak. asyik sgt bersoppink, tak gi pun mana2 trip. Shoping telekung dan baju kurung kat rumah Hajah Basiroh best, kannnn.

Tanpa Nama berkata...

kopi vietnam tu ada yang tak halal sebab masa di goreng serbuk kopinya guna adunan yang .....

boleh anya orang kat masjid kalu tak caya

Unknown berkata...

Kak beg deuter tu semurah bp eh?

Unknown berkata...

Kak beg deuter tu semurah bp eh?

Tanpa Nama berkata...

Main rugby ke kak? Touchdown, touchdown ni??

Tanpa Nama berkata...

Sy nk tny ni beg deuter dan seangkatan dgnnya tu klu nk beli kt area mana? Klu free boleh emel kn info kt sy sbb mmg nk cari backpck je. (luc.volfskin@gmail.com)

Luc

Tanpa Nama berkata...

Jom join pegi 25jun nie. Dan tmpt mn yg sesuai utk borong (murah&kualiti)

Mazia Husin berkata...

kalau dah beli brg2 banyak tuuu...ms kat airport m'sia tak kena apa2 bayaran ke? risau gak nanti kena bayar beratus ringgit plak.

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Unknown berkata...

Salam beg deuter tu range brape wak?bleh tahu x..pm kat wasap kt plz huhu 0126483621 mona

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^