Malasnya nak update blog..takde mood..hehe Tapi dek kerana kebosanan sangat, aku belek-belek folder gambar terjumpa gambar-gambar makanan yang terus buat aku lapar..Nak masak macam ni malas sangat-sangat so layan gambar jelah..dengan harapan pasni tetiba perut jadi kenyang:P
Kejadian ni berlaku dah lama dah..Masa ni ada supplier yang belanja kami..Aku kalau orang nak belanja makan, suka je..selamat duit poket
ikan kerapu masak 3 rasa ~ sedap! walaupon dapat makan sedikit sahaja tapi terasa kesedapannya..cewah!
tofu & cendawan ~ my fav food tapi aku rasa kalau tak letak udang pon takpe..
kailan ikan masin ~ tapi aku rasa ini bukan sayur kailan..tapi sedap! aku suka! sayur ni kat pasar tani Kota Kemuning pon ada so boleh buat time teringin melampau
ayam masak lemon ~ pon sedap tapi rasa macam garing sangat..
ini kerapu ke siakap stim eh?? ~ sedap juga..kalau makan dengan famili rasanya aku dah belasah kepala ikan ni tapi dek kerana makan dengan set-set office..malu maaaaaa:P
butter prawn ~ terbaeeeekkkkk!!! aku tak makan udang tapi aku makan kerak dia tu..camne eh diorang buat jadi macam sabut kelapa tu?? pernah try buat tapi tak jadi..
Harga?? sorry tak boleh nak komen sebab bukan aku yang bayar..kata orang belanja...tapi takpe, dek kerana semuanya sedap-sedap belaka..ada besar kemungkinan akan ke sini lagi (tapi tak tahulah bila). Kalau nak makan masa mak ayah, MIL datang pon ok juga ni. sesekali bawa diorang cuba masakan chinese musim kan..
Oklah pada sesiapa yang nak mencuba, silalah ke sini..bye!!
2 ulasan:
semuanya nampak sedap..aku pn suka makan kerak butter prawn tu
ngeri pulak tgk ikan tu mulut nganga heee
Catat Ulasan