Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 16 Oktober 2009

Macamana Nak Jadi Seorang Blogger??

Salam kawan2 semua..Zaila ada satu request daripada akak2 kat opis Zaila tu, diorang dok sibuk tanya "Zaila, bila ko nak ajar kami buat blog??"~~kenapa?? tak percaya??~~
ok ok Zaila ngaku ayat tu dimodify sedikit agar Zaila ada satu sebab untuk menghasilkan entry ini..konon2 nak jadik cikgulah ni;)

Tapi biaserlah, Zaila pon masih baru dalam dunia blog ni & there are so many things that i have to know & learn..slow slow ok!! but for now, Zaila just nak share ngan kawan2 yang baru berhasrat untuk menjadi seorang blogger..ops, yang Zaila maksudkan di sini ialah dengan menggunakan blogspot sebagai domain dan bukannya menggunakan Wordpress ataupon apa sahaja mak nenek yang Zaila sendirik tak faham & masih tak faham walaupon hampir setahun menjadik blogger~~ada kaitan ke~~hahahahaha;)

First of all, kita mestilah sign up dulu an account ngan google..nak senang, bila kita tengok blog seseorang, cuba tengok di bahagian atas mesti terdapat perkataan "Create Blog dan juga Sign In". So kawan2 silalah klik pada ikon "Create Blog" kerana "Sign In" adalah untuk para bloggers yang sudah mempunyai blog yang tersohor macam saya~ngeee~

sila klik pada Create Blog ya

Pastu dia akan keluar antaramuka (betol ke istilah ni?? belasah ajolah), agar kita mengadakan atau mencipta satu akaun Google..just masukkan segala maklumat & ikut sahaja apa yang dia suruh, kecuali kalau dia suruh masukkan duit dalam akaun Maybank Zaila~~haaa..tang tu jangan dok ikot ya labu~~pastu tekan "Next"..erm..ke "Continue"..alaaaa yang pasti yang seterusnya..jangan tekan butang back pula ya!!

Then bila dah siap, dia akan minta kita sign in..masa ni kita masukkanlah email yang telah kita register tadi..macam Zaila; of courselah zailamohamad@yahoo.com then masukkan password..Amaran keras dari kerajaan Malaysia~~sila jangan dedahkan password internet banking anda kepada orang yang tidak dikenali~~selingan je;p

Haaaa..nanti akan keluar antaramuka yang macam ni menyuruh kita untuk menamakan blog kita tu..tang nilah kalau nak pikir nama blog yang kelas mahupon vadevas mahupon ronggeng yang menepati citarasa hari tua anda..apekehe?? nasihat Zaila; pilihlah nama blog yang mampu menjadi sebuah blog yang outstanding macam blog RedMummy ke~~thiiiiii..blog sendirik malas nak sebut pasal tuan empunya blog pon tak cukup outstanding lagik~~tunggu mak glemer macam Fasha Sandha baru mak nak berlagak hebat nooOOOOoo

Tapi yang pasti Zailabinimdae (Zaila isteri Hamdan) hanya ada seorang di atas muka bumi ini iaitu ai lah^_^
Owh melalut pula ya; yang pasti di ruangan blog title tu adalah merujuk kepada tajuk blog yang ingin kita highlightkan & perkataan inilah yang akan keluar di Dashboard, di atas blog kita atau dimana2 yang orang klik blog kita..Manakala blog address pula merujuk kepada alamat url blog kita..Contohnya Zaila menggunakan www.zailabinimdae.blogspot.com sebagai alamat blog Zaila so bila aje kawan2 nak baca blog Zaila, bolehlah taip alamat penuh url blog Zaila ataupun just taip "Zaila" or "Zailabinimdae" kat mana2 search engines seperti google ataupon yahoo then nanti akan terpamparlah muka bini Hamdan yang mempunyai radius bulatan di muka sebesar bola sepak~~ataupon lebih lagi~~haaaahaaaaaaaahaaaaaaaa apa Zaila ngarutkan ni?? sure Kak Nora pening bila baca ni;p

Pastu bila dah letak alamat blog tu, sila jangan lupa untuk check availibility alamat blog tu..yerlah..jangan ingat kita sorang je yang boleh pakai nama tu kan..haaaa thats whylah Zaila bagitau nama blog kita mesti GAH, lain dari yang lain;) so bila nama yang kita rasa sangat ok ngan kita tu dah dipakai orang, selalunya dia (read:google) akan mencadangkan nama2 lain yang boleh kita gunakan sebagai alamat blog kita~~tapi janganlah lupa pula ya alamat yang kita pilih ni nanti~~

Then klik "Continue"


Tahniah!!! Blog anda telah dibina (bina ke??) apa2 jelah..maksudnya korang dah bolehlah berlagak ngan kawan2 korang yang lain bahawa korang sudahpon menjadi seorang blogger walaupon tidak setegar blogger tersohor yang ntahapaahapaaaaaaantah..sorry ya kawan2, Zaila merasakan yang entry kali ni sangat penuh dengan rapu2an dari Zaila..sorry ya..moga anda yang membaca jangan memangkah window ini;)

Then kawan2 semua bolehlah klik pada "Start Blogging"..ayuh, regangkan jari jemari mu ittew;)

Last sekali kita boleh memilih Template sebagai hiasan rumah (read:blog) kita..owh yang ini hanyalah yang biasa2 sahaja..kalau nak yang luar biaser, kenalah search sendiri (nanti Zaila ajarkan ya) tapi Zaila rasa setakat ini dahulu tutorial daripada cikgu Zaila yang failed banyak kali exam KPLI tapi masih berharap untuk menjadik cikgu juga~~

Diharap akak2 opis Solar bolehlah memulakan kerjaya sampingan sebagai blogger tegar selain dari menjadi petani setia di dalam farmville ittew..tapi awas!!! anda tanggunglah sendiri sekiranya Dato' menangkap anda sedang berbalas komen dengan blogger lain~~theeee~~

P/s : ni jer yang Zaila mampu ajar..kalau tak faham, jangan malu interkom Zaila ya;)

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baik cikgu... hehhee

Zaila Mohamad berkata...

alaaaa..has lagik terror;p

cysev3n berkata...

bikin tutorial bergambar adalah satu kelemahan saya yg paling ketara :D

linahilmin berkata...

gigih dia bg tutorial! rajin!!!

arynn berkata...

nk tny leh x
cmne nk wat link kpd blog org len

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhhhh cikgu blog mengajar anak2 murid yer ;-)

Zaila Mohamad berkata...

Cik Yan, alaaaa u lagi terer;)

Lina, hihihihi takdo kojo!!

arynn, errr..nanti saya cuba ajar

Diana, cikgu terjun ajo ni;p

Unknown berkata...

htu ada jiran suruh ajar..tp saya bg link tutorial bergambar..follow jek semua..klu nak makeup2 nanti saya buatkan..takde skill la nak ngajor..

zulailah berkata...

cmner ek nak tukar template blog yg lebih canggih manggih..?

Zaila Mohamad berkata...

Zulailah, ermm..susah nak eksplain nak kena tunjuk cara juga..hermm..kalo Zaila ada masa Zaila buat tutorial ya;)

suzzsuzie berkata...

nak buat blog dah lepas...cuma nak link x tahu lg..nnti cam blog syok sendiri pulak

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^