Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 Oktober 2009

Resepi Ayam Masak Merah Versi Zaila~~Laaalaaalaaaa~~

Khas buat Lady yang suka memasak;) siler cuba ya!!

Bahan2:
*ayam~~garam kunyitkan then goreng & ketepikan
*bawang besar~~dikisar
*bawang putih~~dikisar
*halia~~dikisar
*cili boh / cili kering yang telah dikisar
*sos tiram
*garam & gula~~Zaila suka gantikan gula dengan gula melaka (ore Klate panggil nise)
*bawang besar di mayang
*cili merah sebagai hiasan

Caranya:
*bahan blender tu dimasukkan ke dalam kuali~~jangan letak minyak lagi
*bila nampak macam dah kurang berair, masukkan minyak, cili boh & sos tiram
*masukkan garam, nise secukup rasa
*bila dah pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar & cili merah
*masukkan ayam yang telah digoreng

Senang kan?? ini adalah cara Zaila..simple aje..ade setengah orang suka masukkan susu cair & kacang peas tapi Zaila tak pernah mencubanya..lagipon Zaila rasa mungkin akan cepat basi jika dimasukkan susu cair..iya ke?? ntahlah..firasat kot;P

Kawan2, silerlah cuba..tips kalau nak bagi kuah dia banyak, perbanyakkan bawang besar bukannya cili boh ya...kang jadik pedas pula..lagipon bila ditambah nise, automatik masakan akan jadi seakan gelap..kenapa?? tak percaya??

14 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

tq so much zaila..
lady peminat ayam masak merah..
kalau pi kenduri kawin, lauk ni lah yg lady cari..
makan ngan nasi tomato ke nasi putih ke, sedap sangat...
lady dok ingat masak merah ni org letak santan, rupanya tak payah letak.. lagi mudah kan...
tq again zaila...
:)
nanti kalau dah cuba lady update kat blog ye..
:)

zarin berkata...

harus i cuba resepi ini sbb sudah jemu with my version of ayam masak merah hahaha..

linahilmin berkata...

Arini kita masak AMM!:p

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wah dlm busy2 sempat dapur berasap tue ;-)

Nurhayati berkata...

woweeee menariknye..yg pasti mesti sedapkan..

ME berkata...

waaa.. bole try. Next mth bday my hubby dia nak jemput few office mate dia .. hehehe will be one of the menu

Zaila Mohamad berkata...

Lady, jangan lupa letak ya..Lady masak mesti lagi sedap;)

Zarin, sesekali pelbagaikan cara masakan;)

Lina, cuba jangan tak cuba;)

K.Diana, dah buat lama dah..baru publish jer..rahsialah katakan;)

Hayati, tak sedap mana pon;p

ME, jangan xcua..wah rajin akak masak ya;)

Ernie Khairina berkata...

nyummyy!

mrs shaifull berkata...

heheh sedaplah, nnt nak cubalah, kejap nak copy paste, err blh ke?

Zaila Mohamad berkata...

Ernie, nampak je sedap tu..rase tak tau lagi;p

kak CT, hah silerlah siler..

Tanpa Nama berkata...

has kn cuba ni! my fav. ayam msk merah nih ;)

N A N I E berkata...

sedapnyer! nak try nanti..thanx for sharing :)

Zaila Mohamad berkata...

Has & Nanie, cubelah!! then tepek kat blog ya;)

Tanpa Nama berkata...

ni masak sambal..bkn masak merah..jgn mare..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^