Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 10 November 2009

Produk Review~~Lampin Pakai Buang PETPET~~

Akak2, makcik2 sekalian mari sini semua Zaila nak bercerita..ewah!! macam iklan Axion pula;P
Kali ni, Zaila ingin memberi sedikit informasi yang Zaila rasa sangat berguna buat suri rumahtangga yang mempunyai anak kecil atau anak yang masih pakai pampers walaupon dah besar..Hari ini, Zaila mahu berkongsi pengalaman tentang produk lampin pakai buang yang Zaila gunakan bagi menadah najis kegunaan anak2 Zaila;)

Actually untuk lampin pakai buang ni, Zaila guna jenama Drypers..Tapi kadang2 tengok kepada harga & promosi juga....sekarang ini PetPet pon tengah buat promosi iaitu percuma satu set bekas makanan kedap udara dengan setiap pembelian 2 pek PetPet M84/L72/XL60..Cantik tuuu bekas dia, rata2 kawan Zaila ingat Zaila beli barangan Tupperware..hahahahahaha..diorang tak tahu yang bekas tu hanyalah barangan percuma hasil pembelian lampin pakai buang aje;P

Anak Zaila sebenarnya tak kisah pon pakai jenama apa, mungkin jenis kulit bontot mereka yang tak ada alahan, so senanglah sket mama dia nak tukar2..hihihihi..~~beli mana yang murah;P Kalau ikutkan harga (read: di Econsave) memanglah sama jika dibandingkan antara Drypers & PetPet tapi disebabkan PetPet ada bagi percuma bekas makanan yang murah jika dibandingkan dengan Tupperware so Zaila pon terus membeli PetPet..bak kata orang dulu2, alah membeli menang memakai;)

Zaila dulu setia dengan jenama Huggies, tapi tak tahulah kenapa sejak dua menjak ni, Zaila dapat rasakan kualiti yang ditawarkan adalah tidak setaraf dengan harga yang diletakkan..Tambah2 bila anak2 Zaila pakai di waktu malam..bocorlah, asal penuh je lampinnya akan jatuh ke bawahlah, susah nak describe tapi bagi pengguna setia Huggies mesti akan perasan (ke Zaila sorang je yang cerewet??) so Zaila berubah ke Drypers..Bagi Zaila Drypers ni pon ok juga cuma tak suka dengan pelekat dia tu, kalau dah lekat susah nak buka (setengah orang kata memanglah bagus macam ni kan??), tapi bagi Zaila agak bermasalah sket..bukan apa..Zaila tak suka bila susah nak tanggalkan pelekat tu tambah2 bila time nak basuh poo poo budak2 ni..dahle nak cepat, susah pula nak buka..harus fengsan dengan bau-bauan yang enak itu;P

Lampin pakai buang jenama PetPet ni pun bagus juga..Ameera sedari kecil lagi sudah menjadi pemakai yang setia cuma bila sudah besar sket baru Zaila tukar2..Pelekat dia pon tidaklah sekuat jenama Drypers & yang paling penting bila malam hanya pakai sekali sahaja..tak perlu untuk bersusah payah bangun demi menukar lampin anak (ada lagi ke orang buat macam tu??)..Harga pun tak mahal sangat so oklah tu dengan poket kami yang tak berapa nak besar ni;P

Owh, tapi Zaila juga pengguna setia pull up pants jenama Huggies..Lampin jenis ini senang dipakai especially bila kita membawa anak2 keluar bersiar2 kerana kita tidak perlu baringkan anak, cuma pakaikan mereka seperti memakai seluar..senang kan?? Selalunya Zaila akan bawa bersama 2 keping masuk ke dalam bag siap2 sebelum keluar ke mana2..Zaila ada dapat sample bagi produk Drypantz tapi rasanya kurang sesuai dengan Haziq dan Ameera memandangkan cuttingnya yang agak besar..Maklumlah anak2 Zaila semua cinonit aje;P

Kalau produk Mummy Poko pon best juga (yang ni toksah ceritalah) cuma harganya yang agak mencekik darah mahal berbanding jenama lain..Dengan keadaan anak Zaila yang suka membuang ni (seriyes tak tipu), Zaila rasa jenama ini tidak mengikut piawaian poket kami;P haahaahaaa..kopak mak!!! Anak sorang boleh lagi, kalau anak dah 2..huhuhuhu..faham2 ajeeeelah kan;)

Zaila beli di Econsave harga RM33.90. Pasaraya lain tak tahulah pula!! Kawan2 selalu beli kat mana ya??

kan dah kata ada percuma, so kawan2 apa lagi..cepatlah merembatnya;)

Entry kali ini hanyalah pandangan peribadi Zaila semata2 ya..bukan didorongi oleh perasaan untuk mempromosikan jualan jenama PetPet ya!! Zaila tak dapat untung satu sen pon dari entry ini..haahaahaaa^_^

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

has masih tegar guna huggies. sbb dia punya magic tape tuh..senang nk on/off. harga pun lebih kurang aja. rm33.90 L68 tp jgn beli kt jusco rm44.90!

Norhayati berkata...

Aku pun penah pakaikan naurah petpet..mmg ok. Tp aku ni jenis x suka diapers ada corak(haha, org lain biasanya suka). So skrg aku beli fitti(sama jer ngn petpet cuma xder corak..colour putih suci gitu..aku suka! Kdg2 pakai cloth diaper. Pun ok, tp xleh nak fully lagi psl x cukup stok. Mak tgh beli skit2 tiap2 bln.

Lady of Leisure berkata...

hehe.. tak pandai lady nak komen sbb arri n molly tak pakai pampers hihi..
:D

Zaila Mohamad berkata...

Has, Zaila pon suka Huggies pasal dia ada magic tape tu..kalaulah PetPet buat macam tu juga..kan senang!! Has beli kat ne pampers tu??

Zaila Mohamad berkata...

Yatica, amboi sudah berCD ya..mak tak koser nak berCD youuuu;P

Zaila Mohamad berkata...

Lady, takpaa..boleh cilok pengalaman lu;P

jane_doe3328 berkata...

zaila, biasanya saya beli petpet kat tesco cuma RM29.90 ajer or sometimes RM27.90

cubalah pakai cloth diaper. its good for our environment :)

Zaila Mohamad berkata...

Jane, haahaahaaa..nanti saya usahakan;)
Zaila dah jarang shopping kat Tesco, malas nak kuar jauh2 tp kalo skali skala boleh juga, nanti Zaila beli banyak2 terus

KV berkata...

ingat kan iklan nanang. Hihi. Akka juga pengguna tegar pet2. Untuk anak2 la. Haha

Nurhayati berkata...

wah kalau free memang laju je kan hihih.. takat ni zara pakai mamypoko.. dah try huggies ngan drypers.. tak sesuai naik rashes huhuh

Zaila Mohamad berkata...

KV, tulah..bila Nanang nk buat pertandingan sal produk ni..hihihihi;)

Yati, kulit anak pompuan sensitif sket kan..

N A N I E berkata...

Zaila..Thanx for sharing..:)
senang kalau tak de alahan..ape ape pun boleh pakai :)

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, betol tu;)

Musshima, Putrajaya, Malaysia berkata...

Zaila mana rupa bekasnya... saya memang pengguna petpet he he he kalau kat carrefour sekarang offer 26 hinggit jer

Zaila Mohamad berkata...

Musshima, kat luar plastik tu kan ada rupanya..takpe nanti Zaila snap gambar ya;)
iya?? murah tuuuuu

Mag berkata...

hahaha..takpe tak untung pon..panduan masa hadapan para pembaca. petpet ni masa zaman adik-adik saya guna dulu mak saya guna..

Zaila Mohamad berkata...

puan.farah, betol tu..sebagai panduan ya;p

mrs shaifull berkata...

zaila, rifqy mmg pengguna setia mamypoko dr lahir sampailah sekarang, sbb tgk mcm x de masalah je kulit dia ngan mamypoko itu :) heheheh..

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, dengar cerita pon mommypoko memang bagus cuma harga jelah boleh tahan bagus kan;)

geletek berkata...

lampin petpet ni paling tak guna penah saya guna. tak grip, leak dan amat tak sesuai utk pakai pada baby masa tido. totally 1/5 bintang

Unknown berkata...

nak tanya la ada tak bantuan untuk bayi kembar yang petpet nak membantu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^