Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 23 Mac 2010

The Terbakar Draw (GT Bazaar)

Jom kita bercerita tentang bazaar yang akan Zaila join this weekend. Actually hari Sabtu yang lepas, Zaila telah diberi taklimat oleh organizer kami iaitu En. Azahar from Adlin Bakar Berrybunch. So far, semua booth telah pon disewa & Zaila difahamkan ada pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh organizer kami ni.

Di antara aktiviti yang Zaila rasa agak menarik untuk dikongsi bersama adalah "The Terbakar Draw (GT Bazaar)". Kalau nak masuk lucky draw ni senang sahaja, kawan-kawan hanya beli satu barang di booth Zaila atau booth lain & Zaila akan berikan satu draw form, kemudian isi maklumat & Zaila akan stamped form tu sebagai bukti pembelian. Kemudian bolehlah hantar borang tersebut kepada organizer. Mudah saaaajaaaaaa (nyanyi macam lagu Digi tu)

Nak tahu hadiah-hadiah yang bakal dimenangi?? Antaranya adalah:-

1. 10 x RM100 Grocery Coupon by Berrybunch Grocer
2. 3 x Samsung Handphone by Berrybunch Gadget
3. 1 x 3D2N Port Dickson Family (4 pax) by Berrybunch Getaway
4. 1 x 3D2N Langkawi Premier (2 pax) by Berrybunch Grocer

Syok kan?? So apalagi, kawan-kawan hanya perlu membeli minimum satu item sahaja then dah boleh sertai lucky draw ni. Cubalah, mana tahu kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah kawan-kawan dapat menang hadiah;)

Thanks to our lovely organizer yang sanggup menyediakan hadiah yang cukup best!! Selain itu, ada juga penampilan badut (sebanyak 3 kali sehari) & juga belon serta kiddipack. So Zaila rasa teramatlah berbaloi-baloi untuk datang ke GT Bazaar ni!! Kalau dah penat shopping buku, kita cuci-cuci mata pula ke GT Bazaar ni, mana tahu kot-kot ada yang berkenan ke;) Ingat tau, booth Zaila #18 di dalam Bilik Sarawak & booth Zaila ada jual pelbagai pilihan tudung & kerongsang pada harga yang berpatutan. Kenapa?? Tak percaya?? Kalau tak percaya, kenalah datang kat sini & tengok sendiri, lepas ni mesti percaya..hehehehehee


klik gambar untuk paparan lebih jelas

Actually dalam perancangan awal Zaila, Zaila akan berada di Subang Parade sepanjang hari Sabtu (Insya ALLAH dari pukul 11 pagi sampai 9 malam) so kepada Nanie, Haidah & blogger lain yang ingin berjumpa dengan Zaila, amatlah dialu-alukan. Jom datang ke Subang Parade meriahkan suasana. Booth di PWTC pula akan dijaga oleh rakan bisnes (suka perkataan ni, nampak korporat aje) Zaila so jangan malu untuk minta diskaun sebab Zaila dah pesan kalau cakap je kawan Zaila, automatik dia akan bagi diskaun di atas setiap pembelian tu;)

Insya ALLAH hari Ahad nanti Zaila akan berada sepenuhnya di PWTC so pada sape-sape yang nak jumpa in person dengan Zaila pada haritu, amatlah di alu-alukan (cewah, ferasan artislah pula) & booth di Subang Parade akan dijaga sepenuhnya oleh pekerja Zaila..Moga ALLAH permudahkan segalanya. Zaila hanya merancang, ALLAH yang akan menentukannya nanti.

Jangan lupa ya kawan-kawan..Details seperti dibawah:-

Mari Kelih di Pesta Buku Antarabangsa 2010
No. booth : #18 Bilik Sarawak
Masa operasi : 9 pagi - 9 malam
Tarikh : 27 & 28hb Mac 2010

Mari Kelih di Subang Parade (depan Celebrity Fitness)
No. booth : #23 (Sabtu) & #24 (Ahad)
Masa operasi : 11 pagi - 9 malam
Tarikh : 27 & 28hb Mac 2010

See you there!!


4 ulasan:

mrs shaifull berkata...

makin maju je bisnes ni nampaknya :) nnt blh bukak butik sendiri kan zaila?

Unknown berkata...

zaila, weekend je ke ade bazaar ni? weekdays takde? maklumla, kalo weekend org sgt ramai+jam+takde parking+terpaksa kendong muizz lg. kalo weekdays senang sket org nak bershoping kat gerai zaila ni..huhu!

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, biaser-biaser je..Insya ALLAH bak kata orang, nak seribu daya tak ndak seribu alasan kan;)

doakan mg bisnes zaila makin maju ya!!!

Zaila Mohamad berkata...

Chun, weekdays takde Chun & lagipon Zaila pon keje kalau weekdays..hehehehe
Chun datang ke SUbang Parade hari Sabtu nanti, kat sana crowd tak ramai;D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^