Well, takpelah..Zaila cuba untuk menjadi seorang isteri yang memahami. Nak tak nak, kita kena hadapinya juga kan..Lagipon, hubby pergi mencari rezeki buat kami anak beranak juga kan
Oklah, hari ni Zaila nak share beberapa tips yang berguna sekiranya kita ditinggalkan
1. Pastikan keselamatan kita & anak-anak : selalunya Zaila akan terus kunci pagar rumah sebaik sahaja keluar daripada kereta. Satu tips yang berguna Zaila dapat dari bahagian Safety Office Zaila adalah dengan meletakkan alarm kunci kereta kita di sebelah bantal / katil kita so kalau ada apa-apa perkara yang tidak elok berlaku seperti kecurian ke, bolehlah kita tekan alarm kereta tu, nanti bunyi bising alarm kereta kita mesti mencuri perhatian jiran-jiran ataupun pihak pengawal keselamatan kejiranan kita tu..hehehee..logik tak??
2. Pastikan makanan mencukupi : haahaahaa..macamlah nak kena tinggal lama kan?? Tapi bagi Zaila yang malas nak keluar acapkali ke pasaraya sebab dah boleh membayangkan Haziq & Ameera akan berlari berkejaran mengambil semua gula-gula kat kaunter pembayaran tu..mimpi ngeri ok!! So ada baiknya bila sampai je kat rumah, Zaila akan terus ke dapur menyediakan makanan yang ringkas-ringkas buat anak-anak. Selalunya Zaila akan goreng nugget, ayam ataupun keropok sahaja. Takpun beli bihun sup siap-siap!! Kan senang tu, kita pun takderlah penat sangat kan..Tambah-tambah bila hubby takde ni, selera makan pon takde sangat
3. Pastikan suami meninggalkan duit secukupnya : Haaaaa..yang ni penting & selalunya benda ni sering terjadi ke atas Zaila. Maklumlah, hubby kan selalu
4. Sentiasa berhubung : Tak kisahlah berhubung dengan suami ke, dengan ipar duai ke, dengan mak bapak kita ke..Yang penting, mereka tahu yang sekarang ni kita sedang ditinggalkan sementara oleh si dia. So, kalau berlaku apa-apa, mereka tahu & faham akan keadaan kita. Pastikan handset kita sentiasa ada credit & kita simpan no. telefon ahli-ahli keluarga atau mereka yang penting dalam kehidupan kita. Janganlah bila dah berlaku kecemasan baru dok kalut nak cari nombor, masa ni no. 999 pon silap haribulan boleh lupa!!!
5. Percayakan pasangan anda : Seperti yang kita tahu, dalam hubungan jarak jauh, kepercayaan adalah kunci utama kebahagiaan so jangan fikir yang bukan-bukan ya. Ingatlah si dia keluar mencari rezeki & sebagai seorang isteri yang solehah, kita seharusnya menjaga amanah suami iaitu menjaga anak-anak & harta suami dengan sebaik-baiknya. Bila si dia dah balik, bolehlah "pau" si dia sepuas hati. "B, mama tak kira, mama nak handbag baru juga" haahaahaa!!!
Sebenarnya bila difikir-fikirkan, Zaila cukup bersyukur sebab diuji dengan perpisahan "sementara" seperti ini. Cuba bayangkan kalau terpaksa berpisah selama-lamanya?? Ya ALLAH, minta dijauhkan..Perpisahan "sementara" ini membuatkan kami makin menghargai kasih sayang yang telah kami semai bersama..Barulah rasa rindu rinduan sket. Bak kata pepatah "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan"
Hopefully lepas ni, hubby makin sayanglah kat Zaila ya;)
Lastly, we miss you b!!!
26 ulasan:
alahai siannya.me paling jauh pun hubby o.station ke johor jer.dah setahun lebih tak kena tinggal :P
tabahkan hati dan kuatkan semangat :)
betul le zaila...u kena tinggal ribu2 batu..kita kena tinggal tak smpi ratus batu pun dah stress hahahaah..over kan..??
i pun cam u tau...akan sntiasa pastikan semua bnda yg camtu sebelah kita..kunci kete..kunci umah..tak de le letak kunci umah kat gantung tepi pintu dah..klu hubby tak de :(
yup TRUST tu adalah kunci segalanya kan...klu tak mmg nk duduk pun ak senang kan :(
nway...take care n jgn sedih2..pkr positif ek :D
dia cari rezeki tuk zaila n anak2 :D
alahai sedih plk baca luahan hati zaila nieh .. be srong k .. kagum zaila dpt handle mcm2 ;-)
sabar aje lah ye zaila...i paham sebab i pun selalu kena tinggal ni :-)
pernah dulu my husband outstation n we all totally lost contact sbb phone n internet problem..memang macam haper je i risau kat dia tapi kita as isteri kena lah sentiasa doakan yang terbaik utk suami..ya la..penat dia cari rezeki utk kita :-)
Kesiannya Zaila..Ini semua dugaan dan cabaran..ai tau u seorang yang kuat dan tabah :)
Tips yang first tuh amat la berguna sekali..dulu ai praktikkan letak panic button utk house alarm je kat side table..now leh letak alarm kereta sekali..hehe
hubby akak gi kl pun akak dah down giler, ni hubby zaila gi negara yg akak tak pernah dengar pun.
Memang begitu lah hati seorang isteri. Cuba memahami tapi tak dapat elak untuk bersedih.
Moga zaila tabah k!
Jaga diri dan anak2 baik2 tau.
zaila, yg bab berpisah sementara tu aku agree, mmg betul, kita akan lbh sayang menyayangi dan rindu2an...
sabar zaila... suami zaila ke sana atas tuntutan kerja.. kerja tu ibadah... bila zaila n anak2 bersabar n berkorban, zaila juga insyaAllah akan dapat keredhaan dari ALlah... :)
salam zaila..satu info n tips yg sangat berguna..terima kasih kerana kongsi..inilah dikatakan sayangkan isteri tinggal2kan..barulah rindu rinduan..
elissmie, tulah..kalau hubby zaila ke johor, sure zaila dah ikot sekali..hehehehee;)
insya allah, zaila akan tabah!!!
sisdee, thanks!!
memang, awal2 lagi zaila akan pastikan semua gate & pintu dah kunci, malas nak kuar lewat2 malam semata2 nak g kunci pintu;D
Di, zaila rasa kalau Diana di tempat zaila pon, Diana mesti dapat buat punya!!
Zarin, betul tu..zaila pon sekarang ni susah nak contact hubby sebab kos yg mahal sgt, pastu malam2 pula nak ber ym zaila dah ngantuk..hehehehe
Nanie, demi anak-anak zaila kena tabah juga!!!
Kak KV, betol tu..bukan kito yang nak bersedih tapi perasaan tu hok datang sediri kan
Akak CT, bila rindu rinduan rase macam pengantin baru pula;)
Lady, hopefully..moga bertambahlah rezeki kami anak beranak nanti;)
wsalam untie, sharing is caring kan;)
huhuhu...betul..kadang2 kene berpisah..kalau selau depan mata rindu tak datang=p
take care k.ila,byk2 bersabar deh,at least ade anak2 buat k.ila busy,nanti tak sedar hubby dah nak balik cewaah.bab tinggal card ATM tue mmg setuju!;p kalu rase susah ci ingat ami hok kade dok jauh sapa 3 bln dari hubby nie huhu lagi kesian dok?;p
Farah, kalu ada depan mata sokmo jadik puah kan farah kan;D
Ami, hehehehe sian Ami..tapi takpo, dok lama lagi nak jumpa hubby Ami balik dah kam..mesti terubat segala rindu dendam ni;)
sonok kawen.. heuheu
kalau duk jauh, rindu/syg makin kuat..hihihi
klik2 digi tu zaila
mr. invi idle, memang seronok;)
Ariffda, betul tu..makin jauh makin sayang;)
thanks for klik2
Catat Ulasan