Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 12 April 2010

Perkara Yang Perlu Difikir Sebelum Membeli Sebuah Rumah

Zaila percaya ramai di antara kita yang menginginkan untuk memiliki kediaman sendiri kan?? Baik yang bujang mahupon telah berkeluarga pasti terdetik dihati mereka untuk memiliki sebuah tempat yang boleh dipanggil "home sweet home". So hari ini, Zaila ingin berkongsi sedikit maklumat yang perlu ditimbangkan sebelum kawan-kawan membeli sesebuah rumah.

Zaila & hubby mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah kerana bila dihitung, dicongak balik, kami telah menghabiskan sebanyak ribuan setahun untuk dibayar kepada Tuan Rumah Sewa kami ni so bayangkan selama 3 tahun kami menyewa, jumlah duit yang telah ditabur sudah boleh dibuat bayaran deposit sebiji rumah;)
Jadi Zaila ingin berkongsi sedikit pengalaman kami semasa melalui proses membeli sebuah rumah. FYI, kami membeli rumah yang telah didiami atau dalam erti kata lain, bukan rumah baru sungguh tak suka bila menyebutnya so mungkin proses pembelian agak berbeza sedikit dengan proses membeli rumah baru.

Berikut adalah perkara penting yang perlu difikir sebelum membeli sebuah rumah;-

1. Faktor Kewangan : Faktor ini sangat penting kerana jika ekonomi keluarga kita tidak kukuh, pihak bank mungkin agak sukar untuk memberikan kita pinjaman so perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan menetapkan budget bayaran bulanan sebuah rumah yang mampu anda bayar kerana harus diingat bahawa kita juga ada bebanan hutang yang lain seperti bayaran kereta, anak-anak & juga credit card atau mana-mana hutang yang perlu dilangsaikan setiap bulan. Macamana untuk mengetahui kiraan bulanan pinjaman bank?? Anda kenalah ke bank yang terdekat dengan membawa salinan surat pembelian (Letter of Purchased), salinan IC, salinan penyata KWSP, borang EA & salinan slip gaji pemohon pinjaman (selalunya suami isteri akan gabungkan sekali slip gaji mereka bagi menguatkan sokongan untuk mendapatkan pinjaman). Kalau nak anggar secara kasar, bolehlah cuba kira di sini.

2. Faktor Lokasi : Bila dah tetapkan budget, bolehlah tetapkan pula lokasi di mana rumah yang kawan-kawan bakal beli. Ada orang suka tinggal di luar bandar, ada orang suka tinggal di rumah yang tinggi, ada pula suka rumah kayu..Macam-macamlah!! Tapi bagi Zaila, apa yang penting ialah biarlah ianya dekat dengan tempat kerja. Sebabnya, banyak benda yang boleh kita jimatkan contohnya masa, duit minyak, tol & paling best tidak perlua keluar awal pagi semata-mata ingin lari dari kesibukan kota;D Kalau rumah besar, luas halamannya tapi kita perlu keluar seawal 6 pagi untuk ke tempat kerja & lewat malam baru sampai ke rumah, Zaila rasa tidak ada gunanya juga kan. Badan penat, nak jumpa anak-anak pon susah & duit minyak kereta & tol mengalir macam air, rasanya itu bukanlah sesuatu pilihan yang bijak (kecuali kalau kita sudah mahu bersara).

3. Faktor Market Value : Rajinkan diri membuat survey dengan melihat harga-harga rumah di sekitar kawasan yang kita berkenan tu. Selalunya kita tidak tahu apa yang ingin developer majukan di tempat tersebut so kenalah rajin bertanya. Harga rumah di sesebuah tempat akan melonjak naik sekiranya kawasan tersebut ada banyak kemudahan seperti pasaraya hypermarket, hospital, sekolah & banyak lagi kemudahan yang kita perlukan. Rumah cantik, murah pon tak ada guna kalau berada di tempat "jin bertendang" sampaikan nak ke pasaraya pun susah!! ^__< Bagi Zaila, ada eloknya membeli rumah yang kecil di bandar kerana harga rumah di bandar akan sentiasa mendadak naik bergantung kepada keadaan ekonomi semasa betul ke?? Lagi satu, kalau boleh carilah rumah yang free hold & bukannya Lease Hold kerana market value bagi rumah yang Free Hold adalah lebih tinggi berbanding dengan Lease Hold.

4. Faktor Persekitaran Taman :Bila dah suka dengan sesebuah rumah tu, kenalah tengok juga kejiranan kat situ. Seeloknya pilihlah kawasan kejiranan yang sekufu dengan kita bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya, orang kaya yang tinggal di kawasan setinggan akan mengalami masalah seperti kecurian (bukan nak tuduh orang setinggan tapi kebanyakan banyak kes yang berlaku), kalau kita orang miskin tinggal di kawasan orang kaya raya pon susah juga sebab terpaksa membayar kos maintenance yang tinggi & juga terdedah kepada risiko disamun / dirompak juga sebab orang ingat kita kaya so tepuk dada, tanya selera;D Kalau boleh, cari kejiranan yang aktif berpesatuan sebab senang nanti bila ada apa-apa aktiviti, bolehlah kita join & berkenal-kenalan di antara satu sama lain kan;)

5. Faktor Kemudahan Awam : Macam biasa, kita kena cari rumah yang dekat dengan kedai, bank, sekolah & juga shopping mall..Kalau jauh, agak susah sekiranya berlaku kecemasan. Contohnya, kalau kita nak bersalin & hospital paling dekat pon berpuluh-puluh km, aduish..mahu terberanak dalam perjalanan nanti;D

Agaknya itu sahaja faktor yang perlu ditimbangkan sebelum kita membeli sesebuah rumah. Kalau dah lulus semua faktor tu, rasanya itulah perfect house untuk kita;) Lagi satu, proses pembelian rumah ni bukanlah semudah jual beli ikan di pasar malam so kena buat persediaan yang mantap dari segi kewangan sebab bila nak masuk rumah baru ni bukan seribu dua yang diperlukan. Kalau beli rumah baru lagilah, semua benda kita nak kena sedia, dari grill, kipas lampu, wiring & macam-macam lagilah. Sebab tulah orang beli rumah hanya sekali dalam seumur hidup mereka. Tapi kalau dah kaya raya, apa salahnya beli lebih dari satu sebab rumah ni adalah satu aset juga kan;D

Ops, lupa..bagi mereka yang ingin membeli rumah seperti Zaila (rumah yang telah didiami) make sure owner asal yang ingin menjual rumah itu nyatakan apa barangan yang ingin ditinggalkan sebelum sesebuah perjanjian SNP diteruskan. Bagi Zaila, ada kelebihannya bila membeli rumah yang telah didiami ni sebab;-
- kita tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar kerana kebanyakan dari benda asas seperti grill, kipas, lampu, api & air telah pun tersedia untuk kita.
- Apabila proses jual beli dah selesai, kita bolah terus pindah masuk tanpa menunggu suatu jangka masa yang sangat lama. Selalunya, bagi proses pembelian rumah yang tiada masalah selalunya tempoh masa yang ditetapkan adalah 90 hari waktu bekerja & sebulan extend masa berbanding dengan rumah baru yang selalunya makan masa 2 tahun untuk siap.

Pendek kata, cuba pilih lokasi yang terbaik untuk kita sebab bukannya kita nak duduk setahun dua kat situ kan. So tepuk dada tanya duit & citarasa;)

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg sblm beli kena survey dulu. lokasi, harga dan juga jenis kediaman impian ;)

~Eila Nur Kaseh~ berkata...

good info zaila..tq!

KV berkata...

ha'a, banyak yg difikir sebelum membeli ni kan.

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..satu tips yg berguna..faktur jarak dgn tempat kerja sangat penting bila kita ada anak..kalau dekat bolehlah tenguk anak pergi sekolah n memantau homeworksnya sebab mama balik awal n sampai dirumah awal..ini sangat penting..anak taklah 24 hours dgn bibit kan..

mrs shaifull berkata...

bestkan bila dah ada umah sendiri? :)

Jue @ atanayuiman berkata...

Betul tue.. semua faktor tepat sekali..!

Ami berkata...

good one!nanti2(x tahu bile;p) boleh refer balik.

:: LadyVerde + Mr.Doc :: berkata...

such GOOD ENTRY babeeeeeeee!!!
good job!

Zaila Mohamad berkata...

Has, betul tu!!! kena survey betul-betul kan

Zaila Mohamad berkata...

Eila, you're welcome;)

Zaila Mohamad berkata...

KV, beli rumah bukan macam beli ikan di pasar kan kak..hehehee

Zaila Mohamad berkata...

Untie Mariam, sama-sama..
betul, zaila sekarang kalau hubby OS, habis keje terus zass balik ke rumah, sempat amik anak2 semua & kita balik sampai rumah xderlah lewat malam sgt

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, mestilah best..buruk2 rumah kita dah;)

Zaila Mohamad berkata...

Jue, semua tu berdasarkan pengalaman zaila juga;)

Zaila Mohamad berkata...

Ami, nanti balik Malaysia bolehlah beli rumah ya;)

Zaila Mohamad berkata...

Verde, thanks babe..so surprised to find out that u also read this..hahahaa

Mag berkata...

huhuhu..betul..lokasi n kemampuan paling penting kut..dulu masa dok seri putra nak g kl pon rasa malas sebab jauh..huhu

yatie chomeyl berkata...

tepuk poket, tgk2 bunyi duit skeleng jah ekekeke

Zaila Mohamad berkata...

farah, lokasi main peranan juga kan..heheheheee

Zaila Mohamad berkata...

Yatie, hahahahaaa naka demo;D

N A N I E berkata...

Ai suka entry Zaila ni..sangat membantu untuk orang yang buntu nak buat keputusan..:)Nak beli rumah ni..for me sangat rumit prosesnyer kan hehe..buat la keputusan dengan bijak :)

Ms. Omey berkata...

nice tips kak. even belum kawin pun dah plan2 gak nak beli umah ni..tapi faktor yg penting jugak kalu boleh biarlah dekat ngan opis..kalu 5 minit dah bole sampai opis lg best :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^