Zaila & hubby mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah kerana bila dihitung, dicongak balik, kami telah menghabiskan sebanyak ribuan setahun untuk dibayar kepada Tuan Rumah Sewa kami ni so bayangkan selama 3 tahun kami menyewa, jumlah duit yang telah ditabur sudah boleh dibuat bayaran deposit sebiji rumah;)
Jadi Zaila ingin berkongsi sedikit pengalaman kami semasa melalui proses membeli sebuah rumah. FYI, kami membeli rumah yang telah didiami atau dalam erti kata lain, bukan rumah baru
Berikut adalah perkara penting yang perlu difikir sebelum membeli sebuah rumah;-
1. Faktor Kewangan : Faktor ini sangat penting kerana jika ekonomi keluarga kita tidak kukuh, pihak bank mungkin agak sukar untuk memberikan kita pinjaman so perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan menetapkan budget bayaran bulanan sebuah rumah yang mampu anda bayar kerana harus diingat bahawa kita juga ada bebanan hutang yang lain seperti bayaran kereta, anak-anak & juga credit card atau mana-mana hutang yang perlu dilangsaikan setiap bulan. Macamana untuk mengetahui kiraan bulanan pinjaman bank?? Anda kenalah ke bank yang terdekat dengan membawa salinan surat pembelian (Letter of Purchased), salinan IC, salinan penyata KWSP, borang EA & salinan slip gaji pemohon pinjaman (selalunya suami isteri akan gabungkan sekali slip gaji mereka bagi menguatkan sokongan untuk mendapatkan pinjaman). Kalau nak anggar secara kasar, bolehlah cuba kira di sini.
2. Faktor Lokasi : Bila dah tetapkan budget, bolehlah tetapkan pula lokasi di mana rumah yang kawan-kawan bakal beli. Ada orang suka tinggal di luar bandar, ada orang suka tinggal di rumah yang tinggi, ada pula suka rumah kayu..Macam-macamlah!! Tapi bagi Zaila, apa yang penting ialah biarlah ianya dekat dengan tempat kerja. Sebabnya, banyak benda yang boleh kita jimatkan contohnya masa, duit minyak, tol & paling best tidak perlua keluar awal pagi semata-mata ingin lari dari kesibukan kota;D Kalau rumah besar, luas halamannya tapi kita perlu keluar seawal 6 pagi untuk ke tempat kerja & lewat malam baru sampai ke rumah, Zaila rasa tidak ada gunanya juga kan. Badan penat, nak jumpa anak-anak pon susah & duit minyak kereta & tol mengalir macam air, rasanya itu bukanlah sesuatu pilihan yang bijak (kecuali kalau kita sudah mahu bersara).
3. Faktor Market Value : Rajinkan diri membuat survey dengan melihat harga-harga rumah di sekitar kawasan yang kita berkenan tu. Selalunya kita tidak tahu apa yang ingin developer majukan di tempat tersebut so kenalah rajin bertanya. Harga rumah di sesebuah tempat akan melonjak naik sekiranya kawasan tersebut ada banyak kemudahan seperti pasaraya hypermarket, hospital, sekolah & banyak lagi kemudahan yang kita perlukan. Rumah cantik, murah pon tak ada guna kalau berada di tempat "jin bertendang" sampaikan nak ke pasaraya pun susah!! ^__< Bagi Zaila, ada eloknya membeli rumah yang kecil di bandar kerana harga rumah di bandar akan sentiasa mendadak naik bergantung kepada keadaan ekonomi semasa
4. Faktor Persekitaran Taman :Bila dah suka dengan sesebuah rumah tu, kenalah tengok juga kejiranan kat situ. Seeloknya pilihlah kawasan kejiranan yang sekufu dengan kita bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya, orang kaya yang tinggal di kawasan setinggan akan mengalami masalah seperti kecurian (bukan nak tuduh orang setinggan tapi kebanyakan banyak kes yang berlaku), kalau kita orang miskin tinggal di kawasan orang kaya raya pon susah juga sebab terpaksa membayar kos maintenance yang tinggi & juga terdedah kepada risiko disamun / dirompak juga
5. Faktor Kemudahan Awam : Macam biasa, kita kena cari rumah yang dekat dengan kedai, bank, sekolah & juga shopping mall..Kalau jauh, agak susah sekiranya berlaku kecemasan. Contohnya, kalau kita nak bersalin & hospital paling dekat pon berpuluh-puluh km, aduish..mahu terberanak dalam perjalanan nanti;D
Agaknya itu sahaja faktor yang perlu ditimbangkan sebelum kita membeli sesebuah rumah. Kalau dah lulus semua faktor tu, rasanya itulah perfect house untuk kita;) Lagi satu, proses pembelian rumah ni bukanlah semudah jual beli ikan di pasar malam so kena buat persediaan yang mantap dari segi kewangan sebab bila nak masuk rumah baru ni bukan seribu dua yang diperlukan. Kalau beli rumah baru lagilah, semua benda kita nak kena sedia, dari grill, kipas lampu, wiring & macam-macam lagilah. Sebab tulah orang beli rumah hanya sekali dalam seumur hidup mereka. Tapi kalau dah kaya raya, apa salahnya beli lebih dari satu sebab rumah ni adalah satu aset juga kan;D
Ops, lupa..bagi mereka yang ingin membeli rumah seperti Zaila (rumah yang telah didiami) make sure owner asal yang ingin menjual rumah itu nyatakan apa barangan yang ingin ditinggalkan sebelum sesebuah perjanjian SNP diteruskan. Bagi Zaila, ada kelebihannya bila membeli rumah yang telah didiami ni sebab;-
- kita tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar kerana kebanyakan dari benda asas seperti grill, kipas, lampu, api & air telah pun tersedia untuk kita.
- Apabila proses jual beli dah selesai, kita bolah terus pindah masuk tanpa menunggu suatu jangka masa yang sangat lama. Selalunya, bagi proses pembelian rumah yang tiada masalah selalunya tempoh masa yang ditetapkan adalah 90 hari waktu bekerja & sebulan extend masa berbanding dengan rumah baru yang selalunya makan masa 2 tahun untuk siap.
Pendek kata, cuba pilih lokasi yang terbaik untuk kita sebab bukannya kita nak duduk setahun dua kat situ kan. So tepuk dada tanya duit & citarasa;)
22 ulasan:
mmg sblm beli kena survey dulu. lokasi, harga dan juga jenis kediaman impian ;)
good info zaila..tq!
ha'a, banyak yg difikir sebelum membeli ni kan.
salam zaila..satu tips yg berguna..faktur jarak dgn tempat kerja sangat penting bila kita ada anak..kalau dekat bolehlah tenguk anak pergi sekolah n memantau homeworksnya sebab mama balik awal n sampai dirumah awal..ini sangat penting..anak taklah 24 hours dgn bibit kan..
bestkan bila dah ada umah sendiri? :)
Betul tue.. semua faktor tepat sekali..!
good one!nanti2(x tahu bile;p) boleh refer balik.
such GOOD ENTRY babeeeeeeee!!!
good job!
Has, betul tu!!! kena survey betul-betul kan
Eila, you're welcome;)
KV, beli rumah bukan macam beli ikan di pasar kan kak..hehehee
Untie Mariam, sama-sama..
betul, zaila sekarang kalau hubby OS, habis keje terus zass balik ke rumah, sempat amik anak2 semua & kita balik sampai rumah xderlah lewat malam sgt
Kak CT, mestilah best..buruk2 rumah kita dah;)
Jue, semua tu berdasarkan pengalaman zaila juga;)
Ami, nanti balik Malaysia bolehlah beli rumah ya;)
Verde, thanks babe..so surprised to find out that u also read this..hahahaa
huhuhu..betul..lokasi n kemampuan paling penting kut..dulu masa dok seri putra nak g kl pon rasa malas sebab jauh..huhu
tepuk poket, tgk2 bunyi duit skeleng jah ekekeke
farah, lokasi main peranan juga kan..heheheheee
Yatie, hahahahaaa naka demo;D
Ai suka entry Zaila ni..sangat membantu untuk orang yang buntu nak buat keputusan..:)Nak beli rumah ni..for me sangat rumit prosesnyer kan hehe..buat la keputusan dengan bijak :)
nice tips kak. even belum kawin pun dah plan2 gak nak beli umah ni..tapi faktor yg penting jugak kalu boleh biarlah dekat ngan opis..kalu 5 minit dah bole sampai opis lg best :)
Catat Ulasan