Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 4 Mei 2010

Ada Yang Rindu Ke??

Salam semua..Nak tanya, ada ke yang merindui entry dari Zaila?? Hehehehe..Agak lama juga Zaila menyepikan diri dari dunia blog ni..Plaing kelakar bila ramai yang buat andaian yang Zaila dah mengandung so tak boleh nak update blog sebab mabuk..Hehehehe..Owh tidak, Zaila masih suci lagi;D

Actually bulan ni secara rasminya Zaila & famili dah berpindah ke rumah kami sendiri. Setelah menunggu hampir setahun, akhirnya penantian ini berakhir juga. Memang tak dinafikan proses berpindah ni memenatkan. Agaknya sebab tulah orang hanya beli rumah sekali dua je kan, kalau tiap-tiap bulan atau tahun tukar rumah, nampak gaya boleh pengsan nak mengemas barang-barang. Zaila yang barang tak berapa nak ada barang ni pon hampir sebulan hidup tak terurus. Sampaikan nak update blog pon tak dan. Busy sungguh. Maklumlah, di saat-saat nak berpindahlah husband out station, pastu anak-anak tak sihat & macam-macam lagilah. Lepas satu, satu dugaan yang mendatang & Alhamdulillah akhirnya kami selamat berpindah juga. Terima kasih kepada mereka-mereka (you know who you are) yang datang menolong kami mengangkat barangan yang penuh berhabuk itu;D

Sampai hari ni pun Zaila masih tak habis-habis mengemas. Satu badan rasa sakit. Best je kalau dapat urut..Pada kawan-kawan, jemputlah bertandang ke rumah;) Air masak dengan biskut tawar adalah!! Hehehee..

Semangat nak update blog tapi tak tahu nak bercerita pasal apa so bye bye!! Zaila nak singgah blog kawan-kawan dulu;D

10 ulasan:

N A N I E berkata...

Saya merindui mek Zailaaa...sungguh! Tak Tipu!!! hehe
selamat berkemas yer Zaila..:)

Lady of Leisure berkata...

welcome back zaila! nanti update yer rumah baru... teringin nak tengok..
:)

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, terasa diriku begitu berharga;D

Thanks Nanie, tak tahulah bila nak siap kemas tu, huhuhuhu

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhh selamat kembali ... dah pindah rumah baruuuuuuuuuuuuuuuuuu nanti updates k ;-)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, insya ALLAH..right now kamera entah ke mana dah..kalo ada masa Zaila update ya;)

Zaila Mohamad berkata...

Di, thanks!!
insya ALLAH..ada masa zaila story mory

Jue @ atanayuiman berkata...

oh... i miss u dear..

Zaila Mohamad berkata...

Jue, thanks!! tak sangka ada juga orang rindu kat zaila ni;)

yatie chomeyl berkata...

jgn lupo update gmbr rumoh baru nanti ;)

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..patutlah sunyi sepi rupanya sibuk pindah rumah..memang ianya memenatkan..tapi buat slow2 ..kalau tak boleh sakit zaila nanti..ambillah gambar nak tenguk hehe..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^