Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 6 Mei 2010

Pengajaran Di sebalik Kisah Adamaya

Zaila pasti ramai yang tengok slot Akasia Adamaya di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang kan?? Zaila pun agak ketinggalan sedikit cerita ni sebab dek kesibukan berpindah haritu & sekarang ni pun asyik balik lambat aje;( Tapi semalam Zaila berpeluang balik rumah awal sket so sempatlah Zaila menonton rancangan kesukaan ramai ni.

Nampaknya hubungan Maya & Adam sudah dilanda badai..Aduishh, anak baru seorang tapi api cinta sudah mahu padam. Macamana ni?? Kehadiran Dani yang masih menagih cinta membuatkan Zaila begitu meluat dengan perangai Maya yang tak sedar dek untung ni. Memang sakit hati bila melihat perangai Dani yang tak habis-habis merayu Maya untuk menuntut cerai dari Adam.

Zaila rasa slot Akasia yang terbaik pernah Zaila tonton adalah siri ini. Tahniah buat MIG Production Sdn Bhd kerana menghasilkan siri yang begitu dekat dengan sinario sebenar kehidupan kita seharian. Tak dinafikan ramai di antara rakyat Malaysia yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan kerana kehadiran orang ketiga. So apakata kita mengambil sedikit pengajaran daripada watak-watak siri Adamaya ini;)

Adam - Seorang suami yang teramat baik. Memang susahlah nak cari kat atas muka bumi ni so pada sape-sape yang dapat suami macam Adam ni bukan yang nama Adam silalah bersyukur & jaga elok-elok ya!! Tapi sifat Adam yang terlalu baik kadang-kadang mendatangkan masalah juga sebab lama-lama isterinya akan bosan & mula curang terhadapnya. Dalam hubungan suami isteri kita seharusnya ada sedikit rasa cemburu agar kita sentiasa berhati-hati dengan tindak tanduk pasangan & akan sentiasa menghargai pasangan kita. Betul tak?? Kesibukan Adam dalam membina kerjaya juga membuatkan Maya terasa sedikit terabai. Ditambah lagi dengan kehadiran anak mereka yang comel itu, lagilah perhatian banyak tertumpu kepada anak sahaja so secara tidak langsung Maya terasa dipinggirkan.

Maya - ni lagi sorang, isteri yang tak sedar dek untung. Sepatutnya Maya bersyukur kerana mendapat seorang suami yang begitu baik & penyayang. Bila sudah bersuami, Maya seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu rumahtangga seperti belajar cara-cara memikat hati suami & belajar menguruskan rumahtangga. Memanglah di awal perkahwinan banyak perkara yang Maya tidak tahu tapi sebagai seorang isteri yang baik, dia seharusnya cuba untuk mengubah sikap demi kebahagiaan mereka;) Lagi satu, sebolehnya, kalau sudah berumahtangga, kita seharusnya melupakan terus kenangan cinta kita dengan kekasih lama. Bukan apa, takut jadi macam Maya lah..Memula bahagia dengan perkahwinan dia sebab tulah dia boleh lupakan Dani, tapi bila sudah agak lama mendirikan rumahtangga, mulalah rasa bosan & bertemu pula dengan Dani yang masih cintakan dia..Isy, tak ke bahaya tu?? Syaitan memang akan sentiasa cuba untuk meruntuhkan rumahtangga anak Adam so berhati-hatilah..

Dani - Ni watak yang paling dibenci dalam siri Adamaya ni. Maklumlah dah macam orang gila dah lagaknya. Sebenarnya orang lelaki ni ego, mungkin dia rasa kejantanannya tercabar disebabkan dia tidak dapat memiliki Maya. Oleh itu, sebolehnya dia akan cuba untuk merayu, memujuk serta mengambil hati Maya agar Maya kembali ke pangkuannya. Tapi realitinya, apabila dia sudah memiliki Maya, tiada apa lagi yang boleh dia lakukan dan mahukan dari Maya & mungkin dia akan mengabaikan Maya seperti dia mengabaikan bekas isterinya dahulu. Akhirnya Maya akan menyesal meninggalkan Adam (ni spekulasi Zaila r)

Agaknya pengajaran yang boleh kita ambil dari siri ini adalah dengan menghargai pasangan kita. Tak semua manusia ni ALLAH ciptakan sempurna. Sebab itulah kita kena sentiasa belajar untuk memperbaiki kelemahan diri kita. Satu lagi, jangan cuba untuk curang kerana sebagai manusia biasa, mampukah kita untuk melawan godaan syaitan yang memang sentiasa berusaha untuk meruntuhkan rumahtangga manusia. Adatlah kalau bergaduh dengan pasangan tapi jangan jadikan kelemahan pasangan sebagai alasan untuk curang. Kenang balik saat-saat kita bahagia bersama pasangan, saat di mana kita mula-mula berkahwin di mana semua benda kita lakukan bersama;)

Pasni agaknya apa pula siri yang akan gantikan Adamaya ni?

16 ulasan:

N A N I E berkata...

bengang tol ai dengan Dani nih tak habis habis..Maya pon sama..gelenya semacam jerk..bosan lak tgk..kesian Adam..for me dia sangat sangat sangat sabar dengan semua dugaan..kesian sangat..bab kene tangkap khalwat tuh nampak sangat muka dia sedih..

kalau ikut movie I'm not single, citer neh happy ending..kalau slot akasia ni tatau la pulak..harapnya happy la :)

Tanpa Nama berkata...

oh.. has x sempat nk tgk. sampai rumah..kids yg bolot tv n remote!!

Nurhayati berkata...

yati pun tgk adamaya ni.. sama gak la cam zaila..ada yg episode tak tgk. kekadang sampai umah lambat.. tak pun kami pegi tempat lain.. tapi citer2 camni..tertinggal pun still leh catchup lagi pe jadi yg lepas. ape pun citer ni mmg best. ;)

zarin berkata...

mintak mahap sebab tk pernah tengok citer ni :D
tv baper tu?kul baper showtime dia??hehehe memang teruk tul i ni :D

yatie chomeyl berkata...

ore x tengok cito ni tp baco rato2 kat blog sumopakat komen suko tgk cerito ni. best ko cito dio?

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..sejak habis nur kasih tak tenguk any drama lagi..kata nak diulang tayang ditv9..zaila tahu ke bila..

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, memang!! meluat sangat-sangat ngan Dani tu, dahler bekas laki penyanyi Nana yang bawa watak tu, lagilah menyampah kan..hehehee

hopefully happy endinglah!!

Tie HT berkata...

dah lama miss this series..ala ruginyer..ske tgk sean ngan lisa

Mag berkata...

dah menyampah tengok cite ni..tapi sayang nak tinggal..last2 tgk jugak.isk

Zaila Mohamad berkata...

Has, Zaila sogok anak-anak ngan mainan dulu..selalunya Haziq nak tgk TV9 kol 7.30 je sebab dia nak tengok Ninja Warrior;)

Zaila Mohamad berkata...

Yati, selalunya macam tulah kan, Zaila selalu follow tapi bila ending mesti miss tengok so rase macam geram je!!

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, TV3 setiap hari Isnin - Khamis setiap 6.30 petang..Zaila pon jarang follow cerita Melayu tapi cerita ni macam bestlah plak

Zaila Mohamad berkata...

yatie chomeyl, best jugok..cito koyal..mace ni Maya tu gewe nga Dani pahtu mok pok Maya suruh nikoh nga Adam, Maya mula2 xser pahtu bila dah kawen terjatuh cinta nga Adamlah pula..pahtu bila dah lama kahwin nga ada anak, Dani muncul balik kacau keluarga dia..tu pasallah semua orang dok bengang ngan Dani..ending dia harap2 happy endinglah!!

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, memang chomel kan dua orang tu;)

Zaila Mohamad berkata...

Untie Meriam, tak tahulah pula yang drama Nur Kasih akan disiarkan semula..yang saya tahu akan difilemkan balik adaler;)

Zaila Mohamad berkata...

farah, layan jeee...mana tahu dapat anak comel macam Amani tu;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^