Kalau dulu (masa kecik-kecik), bila tiba je musim hujan (selalunya penghujung Oktober), perkara pertama yang mesti Zaila buat adalah turun ke tanah pergi lihat parit kat depan rumah. Agak-agak penuh dengan air, rasa seronoknya sebab bolehlah ajak kawan-kawan & sepupu Zaila tangkap ikan. Masa tu ikan yang selalu naik adalah anak ikan haruan, ikan sepat, ikan puyu tapi mostly yang paling banyak adalah anak katak atau dalam kata lain berudu!! Tapi jangan terkejut kalau berudu pon Zaila sanggup tangkap sebab konon-konon nak jadik saintislah, bila tangkap simpan dalam botol sebab nak tengok transformasi berudu ke katak;D
Zaila dulu dikelilingi sepupu-sepupu lelaki so memang panjang langkah ah, kalau dah keluar ke padang (panggilan untuk satu tempat di mana ayah Zaila menanam tembakau) mencari ikan, memang akan lanjut sampai ke petang. Boleh sampai tak ingat kat makan & lepas tu boleh tahan panas (kalau matahari memancar) pula tu *maklumlah masa kecik kan masih tak tahu nak guna UV block ke hape*. Pernah satu masa, kami terserempak dengan ular, dikejar ibu lembu yang bekeng (garang) & ada juga disampuk hantu. Macam-macamlah kenangan zaman kanak-kanak dulu..Bila dah
Seingat Zaila, kampung Zaila tak pernah mengalami banjir yang teruk sampai kena berpindah randah. Mungkin agaknya sebab ada Terusan di Kemasin, Bachok yang mengalirkan air bah ke Pantai Irama yang membuatkan kampung kami tak pernah naik air. Tapi kalau hujan secara berterusan selama beberapa hari, padang bola, kawasan parit di hadapan rumah pasti dipenuhi dengan air. Tapi Zaila tak pernah mandi di tempat macam tu (walaupon ramai kawan-kawan yang mandi), bukan apa, Zaila takut mak marah & lagipon geli juga dengan air hasil campuran dari najis kumbahan tahi lembu
Selalunya bila hujan lebat sangat & kami tak boleh ke mana-mana, acara yang paling best adalah tidur. Lepas tu bangun tidur cari makanan. Kalau musim bah, ayah dengan mak Zaila pon tak ke mana sebab nak keluar rumah pon susah (maklumlah dulu mana nak ada kereta). Berbeza dengan sekarang, mak walaupon hujan lebat pon akan tetap keluar berniaga di pasar;-) Makanan yang paling Zaila rindukan di musim bah adalah ubi kayu rebus cicah kelapa (yang diletakkan gula). Maklumlah, kala musim ni, banyak tanaman seperti ubi akan carok (ditenggelami air) so untuk mengelakkan ianya rosak, baik dicabut & direbus kan?? Lagi satu makanan yang sedap dimakan adalah jering rebus (pon bersama kelapa)
siapa pernah makan jering rebus, sila angkat keyboard
Satu lagi kenangan yang Zaila masih ingat adalah pernah Zaila keluar awal pagi mengikut ayah menjala ikan di sungai gali (sungai ni dipanggil sungai gali sebab sungai yang kecil diperbesarkan untuk mengalirkan air bah ke terusan Kemasin). Naseb baik Zaila tak dibawa arus sungai yang deras *kes tergelincir punya pasal* & Alhamdulillah ayah yang pantas menyelamatkan Zaila;-)
Tapi haritu kami pulang dengan tangan kosong je..Agaknya ayah Zaila ni memang tak ada talent untuk menjadi seorang nelayan kot;D
Mak pula kalau musim bah suka makan "budu tempayan" iaitu budu yang dibuat sendiri. Mak akan membeli ikan bilis segar dari laut & kemudian akan perap dengan garam & asam keping sampai bilis tu hancur. Biasalah orang Kelantan, kalau santapan tak ada budu, bukan Kelantan namanya tu!! Zaila perhatikan apa juga perkara yang Zaila tak suka makan masa zaman kanak-kanak seperti ikan masin, nasi kerabu, jeruk maman, bawang jeruk *argh, semua tu menu kampung* akan menjadi benda pertama yang Zaila cari kalau balik ke kampung (adakah aku juga sudah tua sebab menyukai menu orang tua??). Apa-apa pon, makanan kampung adalah yang terbaik kan;)
Bila dah nak habis musim bah, akan datanglah pepatung (Zaila panggil puting beliung) memenuhi ruang udara kat depan rumah Zaila. Seronok melihat mereka bebas terbang ke mana-mana yang diorang suka. Dulu-dulu pon memang suka beranganlah "kan best kalau aku ada sayap". Masa kecil-kecil semua best, tak ada tanggungjawab yang perlu difikir, apa yang Zaila tahu adalah minta duit dengan mak untuk beli jajan je;D Bila dah besar ni, pening juga kepala nak maintain kehidupan sendiri kan??
Alamak, sudah terpanjang pula bebelan Zaila ni..Sekadar mengenang zaman kanak-kanak dulu. Kalau boleh diputar balik masa ni, nak je ajak Haziq & Husna balik melihat
Buat ibu bapa yang berada di Kelantan mahupon Perlis, tengok-tengok anak korang kat mana ya, musim banjir ni bila air dah naik, teramatlah bahaya untuk kanak-kanak so pastikan anak-anak kita berada di kawasan yang selamat ya!!
8 ulasan:
meme best maing boh jame kecik...ore pong teringat jugop
bestnya jering rebus, unik la tak penah makan lagi
Zaila, saye pun rindu laa zaman banjir dulu, kampung saye di kelate jugok,Pasir puteh. Asal bah je main hujan tu acare wajib! hahaha, tkde sape nak larang, yang tk dapt lupe kan, siap nampak ikat puyu yang kecik2 tu berenang, air pun time tu jernih je...bestyne time tu..:)
lamaaaaa..nye tak makan jering rebus!!! mana nk jumpa dah kan??
jering rebus, penah denga tp tk penah try..ubi kayu rebus sgt lama dah tk makan..nk jumpa ubi kayu pn payah skang ni
jering rebut tak penah try... cicah dgn ape? best ek?
salam zaila..BKB tu kan tanahnya tinggi,macam diBinjai je le..tak akan banjir..tapi kawasan padang Melintang tu yg banyak air kan..
weh sedapnya jering rebus tu,nampaknya kena pergi pekan sari beli weh.
sedap jering rebus tu..dah 3 tahun x makan jering rebus ni...
Catat Ulasan