Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 26 Disember 2010

Berangan Adalah Best

Nafsu..nafsu..Baru je terdengar khabar angin tentang bonus akhir tahun, terus tangan ni gatal nak menggoogle segala sales yang ada..Tapi jangan risau, mak masih boleh tahan lagi nafsu ni..Thanks to Menteri Kewangan rumah Zaila yang memang strict tentang pengurusan duit..Kalo tak, mahu lebur macam ais je duit yang bakal dapat tu;)

Tak dapat beli, berangan pon jadiklah kan^___^


Cantik sungguh blouse dari Warehouse ni..Semuanya jenis yang Zaila suka..tapi harga je tak berapa nak suka..heheheh
badan macam model ni..Alahai..nak kena tunggu lepas bersalin baru boleh tengok berat badan sebenar..Haruslah ku gigih berpantang & jaga badan..Jangan tahu berangan saje udahlah!!

new handbag..huhuhuhu..sekarang sedang berbelah bahagi antara si gorjes atas ni dengan gorjes bawah ni

yang mana satu praktikal untuk dibawa ke mana-mana eh?? Maklumlah Zaila ni kalau boleh nak sumbat segala barang dalam handbag termasuklah netbook, pampers anak, wallet & sometimes buku hutang pon ada!! Naseb tak tercabut tali handbagku *tapi kalo tercabut best juga, bolehlah beli yang baru terus*

berangan juga nak buat water features macam ni..Hahahahaa..ni projek entah tahun bilalah boleh buat..tapi tak salah kan kalo berangan..

paling bodoh beli kolam katak macam ni pon ok dah;)

tapi yang pasti projek pasang tiles kat halaman rumah mesti diteruskan dengan kadar yang segera sebelum mak buyong ini meletops!

gila ah kalo boleh buat macam ni

macam ni ke

ni pula baju untuk en suami..plan nak bagi as a birthday gift & memandangkan Ralph Lauren tengah buat sale, haruslah meroyan nak beli kan..Harap-harap en suami akan suka;)

Pompuan..pompuan..Memang tak boleh larik dari napsu-napsu nak menghabiskan duit je kan..Bak kata pepatah "guruh di langit, air tempayan dicurahkan"..Hahahaha, duit entah ke mana tapi dalam pale otak ni sudah pikir macam-macam dah on how to spend the money;D

*Harap-harap iman di dada masih kuat*

5 ulasan:

Nurhayati berkata...

wah best tu kalau dapat semua yang diidamkan.

baju warehouse mmg cantik2 tapi tak sesuai tuk diriku yang kecik ini.. tapi tuk zaila sila rembat satu dua helai.

bag tu plak..2-2 kecik kalau zaila nak sumbat segala tok nenek dlm tu. sila angkat neverfull bebeh.

owh water features sangat best kalau ada landed hse. wat air pancut ngan lampu2 sangat cantik.

dan last skali tentu en suami gembira keriangan dapat RL tuk bday gift nya. yati pun mmg meroyan kalau RL sale.. mesti beli tuk anak2 dan suami..diri sendiri takyah.. tuk mereka dah cukup gembira dan puas hati :)

linahilmin berkata...

Suka top yg no2 tu! Cantekkkkkkk!

Lynn Abd Latib berkata...

bab fountain depan umah paling menarik sekali !!vote for it :)

Lady of Leisure berkata...

baju2 tu lawa eh.. lady nak click gak lah hehe

Hada Masayu berkata...

tiles kat dpn rmh tu, simple & neat..i loike!!! ;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^