Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 15 Januari 2011

Kehilangan Seorang Teman Sejati

Tanggal 13hb yang lepas, Zaila telah kehilangan seorang teman sejati. Teman yang diibaratkan seorang dalam sejuta. Pemergian teman kesayangan ini begitu cepat sehinggakan Zaila sendiri tidak sempat untuk meminta maaf/mengucup teman sejati Zaila ini. Insya allah Zaila akan membuat special entry buat teman ini sekadar luahan perasaan & kata-kata rindu buat teman ini. Tapi tunggulah bila perasaan ini ada sedikit tenang & diberikan kekuatan oleh Yang Maha Esa..Sekarang ini, hanya boleh sedekahkan al fatihah & bacaan yasin aje setiapkali terkenangkan arwah. Buat kawan-kawan semua, marilah kita sedekahkan bacaan al fatihah buat teman baik Zaila SITI NURUL KHADIJAH BINTI YA'KUB yang telah pergi menghadap ilahi pada malam 13hb Januari 2011 & jenazah arwah telah pun selamat dikebumikan di kampung halaman arwah selepas solat Jumaat yang lepas. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Aminnnn

4 ulasan:

Tie HT berkata...

Al Fatihah..semuga roh nya di cucuri rahmat Yang Esa..Tabahkan hati ye zaila..

Lynn Abd Latib berkata...

alfatihah..sedihnya :( maut x mengenal umur kita..kita kena sentiasa ingat-mengingatkan.dan mengingati mati sunat hukumnya !

maya amir berkata...

Al-Fatihah... bape umur die zaila?

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Salam Zaila..

Alahai..kite baru perasanlah nama Zaila yg 1st dipanggil masuk jumper dokter aritu kan..sbb kat blog jarang nmpak gmbar Zaila so tu yg tak cam..pasni klu jumpe lagi lehlah bertegur sape yek..sy 2 minggu lagi kena dtg check-up kat SALAM tuh..=)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^