Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 13 April 2011

Isu Berat Badan

Waaah tajuk..hehehe..meh nak citer sket pasal berat badan ibu berpantang ni.. Masa mengandung hari tu & yang lepas-lepas pun, Zaila memang pakar dalam menaikkan berat badan. Maklumlah, sudahlah tak ada mabuk-mabuk, selera pula berganda-ganda..maka jawab dia sepanjang 9 bulan, berat badan Zaila boleh mencecah sampai 80kg ++, yang kali ni lepaslah juga sampai 85kg, seb baik kena induce awal 20 hari, kalau tak mahu naik lagi berat badan Zaila ni;D Kalau ikutkan pengalaman 2 anak yang lepas, habis je pantang berat badan Zaila boleh turun sampai 20kg. Mungkin sebab Zaila fully breastfeed & makan jamu. Zaman Haziq Zaila makan pil Sendayu Tinggi tapi sangat tidak berdisiplin sebab selalu terlupa nak makan ikut waktu tapi naseb baiklah masa tu berpantang di kampung & makan memang betul-betul jaga. Hari-hari makan ikan bakar tau!! Zaman Ameera pula ambil set Leesa Formula & memang puas hati sangat-sangat sebab tak banyak pil yang perlu ditelan & ternyata memang berkesan *promote sket* so memang boleh singkirkan lemak-lemak yang ada tu. Zaman Ashraf ni, Zaila terbeli set Puteri Rembulan dek kerana terpengaruh oleh kata-kata tuan kedai jamu di Giant Kemuning Utama tu. Tak sampai sebulan semua pil dah habis dimakan & kalau nak bagi testimoni tu, Zaila akan bagi 2 dari 5 kot. Bila dah kehabisan bekalan, nak tak nak kenalah beli yang lain pula & kali ni suruh en suami beli set Sendayu Tinggi pula. Bukan apa, set ST ni boleh dimakan ikut hari so Zaila beli start dari hari ke 30 sampailah 60 hari so ada 3 botol semuanya. Tapi masih ada masalah terlupa makan juga sebab kena makan 2 biji 3 kali sehari..Isy, naperlah tak beli Leesa haritu;( So far, Zaila dah hilang 10kg dah. Yerlah kan, buang berat Ashraf dalam 3kg, berat air, darah, bla, bla, bla..last-last sebenarnya lemak yang baru disingkirkan sikit aje..huhuhuhu..Dahlah tu, sejak seminggu ni skala penimbang dalam kedudukan statik aje, takde tanda-tanda nak turun pun..huhuhu..tension..tension..makin hari makin berselera memandangkan Zaila menyusukan Ashraf so memang setiap masa akan terasa lapar. Walau dah cuba kawal diri untuk tidak makan terlalu banyak tapi kadang-kadang tewas juga..huhuhuhu..camno ni?? Bila usia dah makin meningkat ni (tapi belum masuk 3 series lagi tau), makin liatlah pula lelemak yang ada ni..En suami dah bagi amaran suruh jaga badan..Herm, faham-fahamlah orang laki ni, mana ada suami yang suka melihat isterinya gemuk gedebab kan..so Zaila rasa memang patutlah Zaila mengawal berat badan Zaila awal-awal lagi iaitu dalam pantang sebab bila dah masuk kerja nanti, lagilah mencabar sebab jadual makan mesti akan bertambah!! Zaila target nak kurangkan 15kg lagi supaya berat badan Zaila kembali ke 60kg, walaupun bukan berat badan zaman anak dara tapi rasanya sudah pasti ideal dengan BMI diri ini;) Zaila perasan ramai juga di antara kawan bloggers yang sedang giat menguruskan badan. Alah, bukannya sampai kurus keding cuma ingin mendapatkan berat badan ideal sahaja. Apa-apa pun Zaila cukup kagum dengan keazaman mereka & sedikit sebanyak rasa teruja juga so habis pantang ni harus diriku mendaftarkan diri ke mana-mana fitness gym atau kelas berenang yang tergendala dek mengandung haritu;D En suami sudah pasti akan memberikan sepenuh sokongan in term of moral & kos kalau mahu tengok isteri cantik kan;) By the way, bila dah kurus nanti bolehlah berangan nak bergaya, melaram pakai baju-baju yang dulunya tak boleh pakai kan?? Macam yang kat bawah ni;-
source from HouseofAllure


Masih berbaki dalam sebulan lagi untuk turunkan 15kg, chaiyyok Zaila!! chaiyyok!!!

9 ulasan:

Sofya berkata...

chaiyyok!!! chaiyyok!!!

kasihredha berkata...

good luck semoga berjaya :)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

kite preknen dua2 kali tk naik byk..dlm 9kg jek naik..tapiiii..mase zara dl pas start keja plak bdn makin naik dipam2..tkt kali ni pon same jugak..huhu..selera mkn tk reti dikawallah..=(

Jue @ atanayuiman berkata...

sama la kita zaila.. sejak 1week timbang berat statik jerr.. bilalah nak turun lagi nie.. xlarat dah sebenarnya nak berbengkung niee.. aduhaiii....

linahilmin berkata...

sedih cakap bab slim...
i mmg klu b/feed akan lapar semedang.. plus anak berjaga malam, lagi lah i dok mengunyah je time tu..
urghh.. malas fikir lah! :(

Lynn Abd Latib berkata...

isu plg hot utk momma2 lepas bersalin..kita lepas pantang turun berkg2..elok anak dah besar sikit..naik pun berkilo2 jugak..hehehe

Lady of Leisure berkata...

sorry dah lama tak dapat nak blogwalking.. tahniah zaila atas kelahiran orang baru.. :)
takpe zaila, lepas ni boleh workout balik, insyAllah boleh capai berat idaman.. :)

Zaila Mohamad berkata...

Sofya, thanks!!!

Kak Kasih, owh terima kasih juga!!

Lily, bagusnya tak naik banyak..zaila ni berpuluh2 kilo naik, baby kecik aje mak baby yang besar melampau..samalah isu paling susah nak control ialah bila dah masuk kerja

Jue, stress aje bila nampak penimbang tu..ahaksss

Lina, it's ok dear..jangan pikir..takpe, nanti bila baby dah x bf sama2 kita selimkan badan balik ya;0

Lynn, betullah..susah nak kawal berat badan bila usia semakin meningkat ni kan

Lady, thankssss..apa2 pon do take care of yourself, tak sabar nak tengok baby baru Lady;))

Tanpa Nama berkata...

So maknanyer produk R&R tak berkesan la!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^