Nama KFC cukup sinonim dengan Haziq & Husna. Tak tahu kenapa..Agaknya pengaruh iklan kot..Ingat tak kalau dulu-dulu masa kita kecil tengok iklan budak pompuan makan KFC yang bahagian peha tu?? Bersungguh-sungguh dia makan *dan-dan tu terliur* walau pada hakikatnya biasa-biasa sahaja;D
Anak-anak Zaila ni kira bertuah juga sebab makanan KFC adalah dikira sebagai "makanan masih mampu" kami untuk dimakan dihujung bulan. Malah, kalau diajak ke Kenny Roger's diorang masih memilih KFC (kuat sungguh pengaruh iklan kan) sebab harga KFC yang masih rendah jika nak dibandingkan dengan jenama fast food yang lain *tak naklah bagitau kat sini kan, pandai-pandai koranglah nak buat perbandingan*
Nak pula ada hidangan terbaru dari KFC iaitu KFC OR Chicken Chop yang berharga RM9.90. Sepinggan hidangan dah dapat makan chicken chop with mushroom gravy, corn kernels, potato wedges & air mountain dew & kalau bernasib baik boleh dapatkan 1 KFC foldable trolley bag. Info kat sini ya..Apalagi, cepat-cepatlah ke KFC yang terdekat!!
Anak-anak Zaila memang bertuah sebab restoran KFC ada dekat dengan rumah. Kalau Zaila dulu, masa kecil-kecil boleh makan KFC hanya bila Kak Na balik bercuti sekolah & kalau nak makan pun kena naik bas ke Kota Bahru. En suami lagilah, zaman belajar di Universiti baru jumpa benda alah ni..Hehehehe..Budak sekarang memang bertuah (walaupun pada hakikat fast food ni tak elok untuk dimakan selalu)..
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
2 ulasan:
akak pun dah cuba chicken chop KFC ni...
kalau ke KFC akak suka tart telur dia dan potato wedges (cheese).
tak pernah lagi try ciken chop kfc nih..besh ekk..kena bwk zara pi terjah ni..hehehehe
Catat Ulasan