Alhamdulillah, selesai sudah tugas aku iaitu daftarkan nama Haziq untuk sesi persekolahan tahun depan. Insya Allah, tahun depan Haziq aku akan pindahkan ke kelas pagi pula. Bukan apa, saje nak latih dia bangun pagi untuk ke sekolah sebab nanti bila dah masuk sekolah kebangsaan takderlah dia pening dengan perubahan jadual kan. Walaupun terpaksa bangun sedikit awal, tapi takperlah..untuk kebaikan Haziq & aku juga *takderlah asyik lambat punch card je kan*
Pada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Genius Aulad, bolehlah start mendaftar sekarang. Umur 4 tahun pun dah boleh start hantar sampailah 6 tahun. Boleh ke website Genius Aulad untuk keterangan lanjut. Bagi aku, memanglah bukan satu keperluan untuk hantar anak ke sekolah / taska / montesori tapi kena tengok keadaan juga kan. Kalau anak-anak kita ni tinggal di bandar, aku rasa dah macam keperluan pula hantar anak-anak ke taska / sekolah macam ni sebab budak-budak sekarang memanglah cerdik-cerdik. Dah mana tak cerdiknya, celik je biji mata dah boleh pegang iPhone, iPad, Galaxy tab & macam-macam lagilah *nak bagitahu betapa advancenya diorang ni*
Tambah pula bagi ibubapa yang bekerja macam aku & en suami, memang kami tak ada masa untuk mengajar sendiri anak-anak kami. Kalau ada masa pun, aku rasa aku bukanlah seorang yang cukup sabar untuk melayan karenah anak-anak;P So jalan terbaik adalah dengan menghantar mereka ke sekolah yang kami rasakan mampu memberikan early education yang terbaik buat mereka. Bukan aku nak cakap Genius Aulad ni yang terbaik, actually ada banyak lagi pilihan yang ada cuma kami prefer sini sebab GA ni lebih kepada Islamic Child Education sket so bolehlah kan..
Kira bolehlah kan. Untuk anak-anak..semua ibubapa pun sanggup bagi yang terbaik buat mereka. Macam aku, aku tak manjakan sangat mereka dengan mainan sebab aku tahu, kalau beli je, tak sampai seminggu mesti dah innalillah dah. terutamanya Haziq, beli kereta Ferrari *of courselah yang mainan punya* tak sampai seminggu, tayar entah ke mana, kereta entah ke mana..Haritu en suami belikan mainan Ultraman yang boleh bunyi, bunyi cakap Jepun, sekarang ni aku tak tahu dah entah pada siapa dah dia bagi Ultraman tu +___+
Kalau Ameera tahan sket, kalau belikan patung (tapi nak kena bagi patung jenis beruang tu kalau bagi Barbie, sekejap je Barbie tu putus kaki) tapi Ameera ni jenis malas nak kemas, lepas main biar je atas lantai..last-last mak yang tension so perkara yang terbaik adalah jangan belikan mainan untuk mereka..Hehehehe Kejam kan??
Tapi oklah tu, bolehlah buat tampung yuran sekolah diorang kan;)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
2 ulasan:
Tak survey lagi taska utk iman, next year dah 5 thn...huhuhu...
fiza,
survey dulu mana yang terbaik
Catat Ulasan