Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 9 November 2011

Lambatnya Nak Update Cerita Raya Haji

Salam uolssss..aku baru terhegeh-hegeh nak update gambar raya haji tahun ni..Takder banyak gambar pon since kami tak balik kampung & takde buat korban..Tahun ni aku anak beranak p menumpang kasihan kat rumah abang ipar aku di Kajang..Hehehe abang ipar aku ada ambil 3 bahagian korban kat surau area rumahnya so merasalah juga nak makan daging korban kan:P

Kalau berkumpul anak beranak memang meriah dengan suara anak-anaklah..Yang paling suka mestilah Haziq & Husna sebab dapat jumpa sepupu-sepupu diorang. Bayangkan anak abang ipar aku ada 7 orang, lepas tu anak abang ipar yang ke Mekah juga menumpang kat sini (5 orang), anak aku (3 orang) & anak abang ipar yang kat Puchong (3 orang)..gege sebutir rumah!!

Aku sampai Kajang malam raya..hak kelakarnya ada sedikit jem di LDP, ingatkan apa..rupanya lembu korban terlepas & lari kat highway..Amboi, menempah maut sungguh lembu tu:P

Pagi raya bangun macam biasa & siapkan anak-anak..Aku tak pergi pon semayang raya sebab risaukan Ashraf yang tak bangun tidur lagi..En suami g dengan abang ipar & anak-anak buah jantan hak besar-besar je..Juadah pagi raya tiada apa yang menarik sebab masing-masing dok tunggu nak makan daging korban..hikhikhik..Tapi lambat juga dapatnya..Bila dapat tu terus kakak ipar aku (ke biras eh??) masak; goreng kunyit & singgang..macam kat kampung buat ah..Lepas tu kami pakat-pakat makan sebab semua kebuloq dah time tu:P

Photobucket

Anak-anak berkumpul depan TV layan movie kat chanel Astro Citra tu..tak putuih-putuih movie melayu..Sempatlah aku melayan sama cite Aku Masih Dara, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, pastu tak ingat dah citer apa:P
Photobucket

Ashraf adalah budak paling happy sebab ramai kakak-kakak yang nak melayan dia..Owh, pagi tu anak kesayangan aku jatuh katil..masa tu aku ada kat dapur, dengar-dengar dah menangis..biru juga atas dahi anak aku ni..Kesian Ashraf..
Photobucket

Haziq & Husna layan main congkak dengan sepupu diorang..Pakai pon baju raya puasa..Seb baik diorang suka pakai macam ni..Dari pagi bawak ke petang pakai baju melayu & baju kurung=)
Photobucket

kakak Ifah ni rajin melayan diorang..Ashraf pon dia suka jaga..bagus betul anak buah aku ni, memangs eorang yang rajin & sukakan kanak-kanak..Agaknya nak adik sorang lagi kot:P
Photobucket

Petang tu pula lepak-lepak kat luar rumah layan anak-anak..Tu abang ipar aku tengah dok bersihkan perut lembu..Kalau kat kampung, semua anggota tubuh badan lembu kami ambik makan, telinga, lidah, perut, kaki, tangan, tapi kalau kat bandar ni diorang tak reti nak masak & malas nak urus..Kesudahannya buang macam tu..isy, isy, isy..tak baik membazir kan..so kalau boleh, next korban kaki lembu tu ambik, bakar then amiklah urat-urat kat situ..buat nyicah..sedap wooooo..takpon buat sup urat keting..ah terangkat!!
Photobucket

Last sekali gambar aku yang kekenyangan..Kami balik Shah Alam malam tu dengan bekalan singgang daging & daging korban dari Kak Rah..Thanks Abang Zu & Kak Rah for having us on hari raya haji this year..Merasa juga kami makan daging korban tapi tulah, masih tak dapat atasi kemeriahan beraya di kampung sendirik:P

Sekian terima kasih..*skemanya*

8 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

comel jah baju kurung anok demo tu, napok selesa..kain cotton ko? sbb tu dio suko pakai bekali, sbb comey ;)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

yang penting raya adalah get together with the family..

xper thn dpn leh balik kg raya haji ok..

Zaila Mohamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaila Mohamad berkata...

Yatie, buke kain cotton tu..kain licin..Husna ni meme suko paka baju kurung;)

Lynn, a'a..best kumpul anak beranak cuma kalo kat kg sure lagi meriah..maklumlah kalu di Klate nga Ganung gak meme terkenal ngan raya haji;)

Zaila Mohamad berkata...

Yatie, buke kain cotton tu..kain licin..Husna ni meme suko paka baju kurung;)

Lynn, a'a..best kumpul anak beranak cuma kalo kat kg sure lagi meriah..maklumlah kalu di Klate nga Ganung gak meme terkenal ngan raya haji;)

Zaila Mohamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaila Mohamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaila Mohamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^