Bila teringat pesanan kakak tu, aku teringat pula kisah anak aku 3 beradik ni..Kalau kira beza umur Haziq, Husna & Ashraf takderlah banyak sangat, masing-masing 5, 3 & 1 (so dalam 2 tahun) cumanya sekarang ni dah boleh tengok Haziq & Husna memulaukan adik mereka..Kesian Ashraf, dipinggirkan dek kerana tak pandai bercakap, berdiri & bermain macam abang & kakak dia..Aku rasa nanti bila Ashraf dah besar, siaplah Haziq kena luku ngan adik dia nanti:P
Kisahnya ada satu malam tu Haziq bawa balik puzzle yang teacher Haziq bagi di sekolah..Excitedlah Haziq ni nak tunjuk kat Husna mainan baru yang dia dapat
Husna pun menumpang main sama-sama
Anak saperlah ni?? rambut depan panjang sampai nak tutup mata dah tu tapi still takmo kasi kami potong kat kedai..kalau nak harapkan aku, jangan haraplah..tu rambut Husna jadi macam tu sebab aku lah tu:P
Tetiba Ashraf datang menyebok nak main sama..hehehehe
bersungguh Ashraf rebut & bersungguh Haziq & Husna pertahankan puzzle diorang tak nak kasi dekat adik:P
Bersungguh si adik nak main sama..
"Adeeekk, janganlah..abam ngan khakak nak main niiiiiii"~kata Haziq
Sian Ashraf..sampai meleleh air liur terliurkan mainan abang & kakak dia;)
lebat sungguh rambut Husna kan?? *off topic*
Akhirnya, setelah bersungguh mempertahankan mainan diorang dari cengkaman mulut berair Ashraf
siaplah ANGRY BIRD nak datang menyeraaaaaanggggg!!!
Kesian kat Ashraf..selalu dipinggirkan abang & kakaknya..Bukan diorang tak nak main sekali kadang-kadang aku yang tak bagi sebab gerun bila Haziq & Husna main kasar sangat dengan Ashraf ni..Husna tu kalau nak marah, selamba je pukul adik...Bahaya..bahaya..
Nampak gaya macam nak kena bagi sorang lagi geng kat Ashraf ni..Apa kata survey???:P
11 ulasan:
hihi comel je bila beradik ni main sesama kan.. pasti riuh rendah.. takpe Ashraf, dah besar nanti kamu buli abang & akak ek kalau dorang xnak layan hehehe.
p/s: mari preggy bersama2 lagi :)
Nurhayati,
hahaha..tahun depanlah *insya Allah*
zaila
smlm baru tanya hubby- boleh ke nak beranak lagik?
jawab dia..
ishhh tungguler sikit lagik..auni x cukup besar dia pun x larat jaga anak kecik
hahahhaa
suami sapaler tuh!!
sbbnya dia yg kena baby sit budak2 pas balik sekolah..wife keja balik mlm..
so safe di situ utk menambah baby
tp kalo ada rezeki ..terima je lah!!
laa macam tu pulak ke? mungkin yg no 3 kecik lagi kot. tunggu dia besar baru kakak n abang nak ajak main sama hehe...
comel sangatla ashraf tu :)
hahaha..kesian budak kecikkkk..maryam selalu macam tu ngan ummi die jer..tahun depan kak ila? jejommmm.hahaha
littlehumblelynn,
hahahaha..itulah..kena konsider banyak faktor juga kan..tapi kalau dah rezeki, kena terima dengan redha;)
gee ryder,
harap-harapnya macam tulah..bila dah besar boleh main sama-sama, senang keje mama diorang;)
mrs.spicy,
tahun depe jom jom jom!!
Alalalala...siannya adik, abang ngan kakak tak bagi main yer.
fiza,
hehehe diorang memang lagutu..kalo suh main ngan adik sekejap je boleh main elok2 pastu mulalah marah adik
nie yg rase nak preggie lagi nie..:) seronok tengok gelagat anak-anak. adatla yg kecik slalu dipinggirkan..hehehehe
FaRah Baharom
macam2 perangai anak2 ni..harap2 dah besar nanti akan makin rapatlah hubungan diorang ni
Catat Ulasan