Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 13 Julai 2012

Gambar Fazura Bergaya Dengan Baju Raya

Assalamu'alaikum,

First of all nak cakap..cantiknyaaaa Fazura *tutup mulut* 

Second nak cakap macam dah jadi trend pula designer keluarkan koleksi sebelum raya ni ya..Sebelum ni 20th by Rizalman, lepas tu Jovian Mandagie..Ni Rizman Ruzaini pula..Moh kita lihat Fazura si cantik manis menggayakan baju raya Rizman Ruzaini;- (Pics credit to Beautifulnara.com)







Komen aku orang kampung yang darat

Isy gelemer sangatlah untuk dipakai di hari raya nanti..Lagipon aku bukan retis..pakai macam ni sape nak tengok..HAHAHA
Kalau baju hak kaler purple paling atas tu macam serabut je, nak hidang air buatnya anak aku tarik kain selendang tu..isy isy iys..tak praktikal langsung:P
Baju-baju lain pula nampak terlau glamor..sesuai dipakai untuk majlis anugerah (kot) tapi atas pandangan individu lah kan..Mungkin ada je yang akan beli terutamanya mak-mak datin yang selalu tampil vas devas gitu..Lagikan koleksi 20th dari Rizalman pon laku macam goreng pisang panas..Herm...beli baju ke beli jenama gittew??

Aku boleh bayangkan nanti jangan terkejut kalau ada boria masa raya nanti..dah nak buat macamana, kau pakai koleksi Rizalman, aku pakai juga..Eh!


11 ulasan:

Unknown berkata...

waaaaaaaaaaaaaa cantiknya.....muka cantik, body cantik n baju pun cantik

Nieda berkata...

semua cantik ...duit pun cantik gak

DaZzlingLilLy berkata...

semua aku kenan baju2 yg fazura pakai ni..tapi tu lah kan glemer sgt..mcm kita org biasa ni sesuai pki g dinner gitu boleh la..yg biru and oren tu sesangat lag cun

Fiza Rahman berkata...

Cantiknya...harga pon mesti cantik.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

sebab tu aku beli bj raya rizalman yg had simple2 jer design dia .. kang hoverrrr ;-)

Zaila Mohamad berkata...

Mummy Iswatie,

tulah..aku dok tenung je muka fazura ni *sambil lap ailio*

Nieda,

tulah..tak tahulah berapa reganya teww

Lilly,

aku pon suka hak biru tu, nampak simple tapi elegan kan

Fiza,

itu sudah semestinya:)

Diana,

wah gelemerlah raya nanti pakai designer punya baju:)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

artis lehla pakai mcm ni..klu org biasa2 pakai kat kmpung kompem kena ngumpat over..(alaaaa..klu gatal nk pakai pon bukannye ada size XXXL kan baju2 ni sume..wuwuwuwuwu)

maya amir berkata...

body cantik, muka cantik pakai ape pun cantik..cube bagi aku pakai, nak sarung pun lekat kat lutut jek gamaknye..hahahah...

mrs adam berkata...

saya pun sama pendapat macam zaila.glamer sgt tuk dipakai oleh saye.lagi satu bdn tak kurus mcm fazura.haha

mummY daniSha berkata...

lamanya x hapdet kak?hehee..selamat berpuasa kak =)

Eliss berkata...

dah orang cantik pakai ape pun cantik yer dah.bagi jer laa orang beli :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^