Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 11 Oktober 2012

Review Buku : Bukan Sekadar Resepi

Harga : RM35 (SM) RM (37)
Kos pos : RM7

Assalamu'alaikum,

Hari ni tertarik untuk berkongsi review buku "Bukan Sekadar Resepi" tulisan Roza Roslan. Pertama kali aku mendengar nama beliau..Hebat sangatkah sampai ramai kawan-kawan yang bercerita buku ini memang worth it untuk dibaca..Aku bukannya ulat buku so haruslah minta pendapat mereka yang suka membaca kan? Bila dah meningkat usia ni *uhuk*uhuk* rasanya novel-novel cinta macam dah tak sesuai dah dengan jiwa..Kang baca novel sengih sorang-sorang kan boleh naik HAIRAN pula en suami nanti so baiklah mencari yang penuh dengan pengisian jiwa..Semoga membantu melembutkan hati mengingat Ilahi:)

Cepat je tangan ni menekan butang google & terjumpalah link kepada blog penulis...(Hidup itu Indah) & memang betul, cukup tertarik dengan penulisan beliau yang bersahaja tapi pada masa yang sama cukup memberikan mesej yang mendalam.

Sedikit review dari mereka yang pernah membaca novel ini :

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
-Sabtu M. Ali
Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya.
-Datin Norashikin Zaini
Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada  sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.
Gila untuk senaskah buku masakan!
-Ratna Roslan
 
Credit kepada Buku Galeri

Tak sabar rasanya nak membaca buku ini. Pada mereka yang berminat untuk memiliki buku ini, bolehlah membelinya melalui aku. Jangan lupa untuk like MKS Kedai Buku Online di mana di sini terdapat banyak lagi buku-buku agama, motivasi yang akan aku jual untuk mereka yang gemar membaca buku..Insya Allah..

Tapi sekarang ini, aku rekemenkan baca dulu buku hasil tulisan Puan Roza Roslan ini & gerenti korang akan beli yang lain pula:)Beli online senang! Hari ni beli esok lusa dah dapat buku:)

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

3 ulasan:

kasihredha berkata...

info menarik ni zaila
kena dptkan ni

Eliss berkata...

isteri prof kamil rupanya yang menulis yer.

Zaila Mohamad berkata...

Kak Kasihredha,

beli jangan tak beli

Eliss,

A'a..aku pon baru tahu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^