Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 24 November 2012

Terima Kasih


Assalamualaikum semua,

Salam pagi Sabtu..Hari ni bumi Kota Kemuning Shah Alam dibanjiri hujan..Berpagi-pagi lagi sudah hujan..Memang syok nak tarik selimut tapi apakan daya bersusun sudah perkara yang harus disiapkan hari ini.

Sekejap lagi kami nak ke tadika lama Haziq untuk ambil report card Haziq..Lamanya aku tak jejakkan kaki di sana sebabnya setiapkali hari report card aku ada urusan..Nak harapkan en suami yang pergi ambil..jangan harap! Sebab itulah selalunya memang anak-anak akan lebih mengharapkan kepada ibu sekiranya ada apa-apa aktiviti di sekolah betul tak??

Selepas tu cadangnya nak breakfast & terus mengambil stok barangan harijadi Angry Bird tempahan dari Puchong. Alhamdulillah, walaupon aku jarang update blog/barangan aku tapi tempahan sentiasa ada, cuma sekarang ni kena ambil order during weekend sahaja memandangkan aku ni masih belum ada transport untuk ke sana ke mari. Semuanya mengharapkan en suami sahaja. In Shaa Allah, doa-doakan semga tahun hadapan akan memberi lebih rezeki kepada kami, dapat kereta sendiri senang sikit untuk bergerak mengambil / menghantar pesanan:P

Esoknya en suami ajak ke Karak pula nak makan durian..Ikutkan hati memang malas nak pergi tapi mana boleh bantah cakap laki wooooo..Sudahler aku ni surirumah sahaja, tiada alasan untuk tidak ke mana-mana pada hari minggu, biar penat asalkan kita dapat lari dari rutin harian:)

Terima kasih buat semua pembaca blog picisan aku ni..Dari sikit-sikit makin lama makin meningkat. Alhamdulillah sepanjang 5 hari yang lepas maintain 1600 visitors sehari..Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan blogger famous yang lain. Tak kisahlah, jangan selalu bandingkan diri kita dengan orang, sebaliknya berbanggalah dengan pencapaian kita dari hari ke sehari. Sekurang-kurangnya ada peningkatan:)

In Shaa Allah selagi masih mampu aku akan teruskan berblog ini kerana bukannya pujian yang aku dambakan tapi lebih kepada perkongsian apa yang menarik berlaku di sekitar aku:)

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

4 ulasan:

Nurhayati berkata...

sama sini ujan cuaca sejuk. dan skang masih bergolek atas katil smbil berfb,twit n blogwalking hihi nanti sikecik tu dh bgn jgn harap la nk bersantai sgt :p

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

uii..ramai jugak tu visitors..tahniah ye..nway,jauhnye pi makan durian..mesti nk cr musang king n d24 kan..hehe

kasihredha berkata...

Tahniah2
Ramainya visitor...best.

Zaila Mohamad berkata...

Yati,

betul tu..kalau anak2 dah bangun, mana sempat nak update blog..hak ni nak susu hak ni nak tgk TV..tu belum lagi buat kerja rumah yang xpernah siap2 tu:P

Lily,

A'a..kat sana kan murah sket:P

Kak Kasihredha,

Alhamdulillah makin naik tapi takderlah seramai blogger otai kat luar sana:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^