Assalamualaikum,
Maaflah andai blog ini sudah bertukar menjadi medan pameran gambar nasi arab. Doakan semoga satu hari nanti aku berjaya memiliki sebuah restoran nasi arab pula :) *berangan takleh blah, nak yang hebat-hebat aje*
Nasi arab memang kegemaran kami sekeluarga. Dari en suami hingga anak-anak memang cukup sukakan nasi arab. Mungkin ada keturunan arab yang menjadikan kami suka makan nasi arab, eh! Guau ajelah :)
Hari itu adik ipar aku menghadiahkan sebungkus nasi arab jenama Al-Bayt iaitu mandy kambing. Di dalam sekotak nasi arab ini ada disediakan rempah dan juga beras basmathi sekali. Memang mudah sangat untuk menyediakannya dan bermula dari sini aku mengambil keputusan untuk menjual produk ini. Tidak ku sangka rupa-rupanya ada juga pilihan nasi arab yang lain iaitu kabsah dan maqlubah.
Kenapa nasi arab ini dinamakan Al-Bayt? Al-Bayt adalah bahasa arab yang membawa maksud rumah. Nasi arab ini sesuai sangat dibeli dan dimasak untuk dijamu kepada keluarga dan tetamu yang bakal bertandang. Jika mahu suami sayang, jangan lupa pikat suami dengan masakan air tangan sendiri. Mesti suami bertambah sayang :)
Jom tengok koleksi gambar nasi arab hasil air tangan pelanggan-pelanggan aku ;-
Yang ini adik ipar yang buat, memang sedap sebab rempahnya terasa hingga ke nasi. Anak-anak aku hanya makan nasi sahaja pun bertambah-tambah makannya.
Yang ini hasil masakan Pn. Rokiah, salah seorang ejen jualan aku di Bangi dan Kajang. Jika berminat boleh hubungi Pn Rokiah di sini : Resepi Nasi Mandy Ayam
Ini pula gambar dari Pn. Fazillah yang ingin tambat hati suami dengan masakan sendiri. Semoga berjaya lah misi yang suci murni itu :)
Yang ini pula gambar kiriman dari Pn Nazurah persis masakan di kedai nasi arab dah ni. Terliur aku bila melihatnya
Gambar ini pun apa kurangnya juga, hasil masakan Pn Aida. Tak sangka ada bakat terpendam dalam memasak nasi arab.
Cukuplah hanya beberapa keping gambar sudah menggambarkan betapa mudahnya untuk menyediakan masakan penuh kasih sayang di rumah sendiri. Dengan hanya membeli sekotak sahaja sudah memadai untuk menjamu seisi keluarga. Bagi yang mahu merasakan keenakan nasi arab, boleh beli melalui aku dan barang akan dihantar terus ke tempat kerja atau rumah.
Hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Gedung Makanan Sunnah & Produk Muslim Online
Tempah di sini : Borang Tempahan
2 ulasan:
salam kenal. baru semalam makan nasi arab hari ni blogwalk terjumpa entri ni. sedapnya...rempah ni boleh pakai untuk both nasi dan ayam ye...
jemput ke blog saya :)
Brp harga sekotak?
Catat Ulasan