Hari ini mari kita belajar mengenai dropship. Ramai yang masih tidak faham akan konsep dropship ni. Jadi, eloklah aku bagi penerangan sedikit supaya nanti kalian tahu apa itu dropship. Pada surirumah yang baru mahu bermula, aku nasihatkan jadilah ejen dropship di mana kalian tak perlu nak susah-susah keluarkan modal untuk permulaan bisnes. Modal itu termasuklah barangan, kos ambil gambar (jika mahu gambar yang cantik persis model, kos ulang-alik buat penghantaran dan banyak lagi). Jangan ingat modal untuk memulakan perniagaan hanya duit untuk beli barang sahaja. Tidak, tidak, bukan begitu ya, ada banyak juga kos yang perlu diambil kira lagi. Jadi dengan menjadi ejen dropship selalunya kita tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar melainkan yuran komitmen menjadi ejen sahaja.
Sebagai contoh, sekarang ini Akademi Bekerja Dari Rumah sekarang ini sedang menjalankan Projek Duit Raya dan menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen dropship pakej produk yang ABDR jual seperti pes nasi arab, serunding daging, ayam, ikan dan choco oat. Yuran komitmen hanya RM150 dan kalian akan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari guru online tentang bagaimana mahu memasarkan pakej produk tersebut di dalam blog mahupun fanpage. Setiapkali ada pembelian, pihak ABDR yang akan membuat penghantaran dan menguruskan semua. Tugas kalian hanya membuat pemasaran dan nikmati komisen yang akan diberikan.
Mudah bukan? Aku dulu pun sewaktu mula-mula berhenti kerja hanya menjadi ejen dropship sahaja. Dapatlah juga kutip antara RM5 - RM50 sehari. Duit itu bolehlah buat belanja sikit-sikit. Kalau nak tengok hasilnya, cuba jangan sentuh dan asingkan siap-siap duit komisen walaupun hanya sekadar RM1. Mesti akan terkejut dengan jumlah yang bakal diterima bila hujung bulan nanti.
Di sini aku kongsikan kegembiraan protege aku yang baru bermula untuk menjadi ejen dropship. Bukan lama pun untuk menabung RM50. Yang penting perasaan puas hati apabila melihat hasil dari titik peluh menjual barangan (walaupun hanya sekadar menjadi tukang promosi sahaja)
Bagi surirumah yang ingin menjana RM100 ke RM1000 atau lebih dalam sebulan pun boleh. Segala-galanya boleh jika menjadi ejen dropship ini. Produk yang paling laku keras (sentiasa mendapat permintaan) sudah tentulah produk makanan. Walaupun komisennya sedikit tetapi "volume" permintaannya besar. Tambahan pula apabila menhampiri bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Pengalaman aku sendiri pun sudah menjual hampir 200 kotak pes nasi arab walaupun hanya bermula pada pertengahan bulan April. Sambal kentang tak payah cakaplah, sudah terjual 300 peket lebih dan dijangka akan meningkat permintaannya sehingga hari raya nanti. Cuba kira, jika setiap kotak yang terjual komisen adalah RM2, jika 200 kotak maka RM2 x 200 menjadi RM400 untung bersih tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal (selain yuran komitmen yang aku cakap tadi).
Sekiranya berminat, bolehlah mendaftar atau hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoocom
Whats App / Sms : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Sehingga bertemu kembali. Jangan lupa untuk sertai Projek Duit Raya ABDR. Boleh singgah sini untuk lihat apa yang menarik untuk dijual. Klik sini : Projek Duit Raya
1 ulasan:
agent dropship memang bgs..gambar tak yah amik, testimoni pun dah siap, cuma promote sahaja...
Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk ke http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/pes-nasi-arab-jenama-al-bayt.html
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kelas%20Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa
Catat Ulasan