Maaflah sebab sudah lama menghilang :P Cuti sekolah yang lepas seminggu kami balik kampung. Terima kasih buat en suami yang telah menaja percutian kami. Alhamdulillah dapat beli tiket MAS murah-murah dari KL-KB hanya RM51 sahaja :)
Aku balik dengan anak-anak sahaja tapi nasib baiklah ditemani oleh adik ipar dan suaminya. Kalau hanya seorang diri nak bawa 5 orang askar, harus pengsan dulu jawab dia. Macam-macam karenah bila bawa anak-anak kecil naik kapal terbang ni. Nasib baiklah Haziq & Husna dah besar takde nak bising atau apa. Kalau Azzam menangislah juga sebab nak duduk sebelah aku. Ashraf pula mulut becok sibuk cakap nak naik Air Asia tak nak naik Mas sebab takut kena tembak T____T ayayayayaaaa..Sengih aje penumpang yang lain bila dengar Ashraf sebut macam tu :)
Sepanjang duduk di kampung kami tak ke mana-mana pun sebab takde kereta kan. Nasib baiklah Mok Na ada, jadinya anak-anak aku banyak mengikut Mok Na ke hulu ke hilir naik kereta Mok Na :)
Hari Rabu 17hb September aku ada tempah 2 bilik chalet di Sudara Beach Resort untuk bawa anak-anak dan anak-anak Mok Na cuti-cuti Malaysia. Ingatkan lokasinya di Tok Bali tapi rupa-rupanya dalam 15 minit aje dari rumah iaitu terletak dalam 8km selepas cabang 3 Melawi. Yang kelakarnya konon-konon nak guna bantuan Google Maps lah kan, sekali dia p hantar tengah-tengah padang. Hihihi Nasib baiklah kat situ ada banyak papan tanda yang menunjukkan arah ke hotel.
Memang terkejut juga bila masuk. Eh! Lawalah, walaupun ada yang cakap hotel kampung tapi bagi aku sudah cukup bagus :) Yang penting ada kolam renang untuk anak-anak. Harga bilik juga berpatutan iaitu bermula dari RM130++ (untuk Garden View), RM150++ (Pool view) & RM180++ (sea view). Aku ambil yang paling murah sekali iaitu Garden View, agak jauh juga dengan lobi tapi nasib baiklah anak-anak Mok Na rajin nak mengangkut semua barang. He he he
Keadaan bilik : Biasa-biasa sahaja, aku minta chalet bersebelahan jadinya bilik kami bersambung. Perabut dalam bilik tu agak lama dan bilik Mok Na tu boleh nampak cat pun sudah mula luntur. Aku cadangkan sekiranya mahukan bilik yang lebih selesa mungkin boleh ambil yang Sea View kerana biliknya terletak di bangunan baru dan berhadapan dengan pantai. Insya Allah, lepas ni dah tahu keadaan tempat jadi bolehlah tempah bilik yang lebih selesa. Bilik yang kami dapat pon dah cukup besar dan anak-anak aku memang suka sangat sebab dapat berlari-lari kejap tidur dengan aku kejap tidur dengan Mok Na :) Cuma pintu beranda memang tak boleh buka lah sebab nanti nyamuk akan masuk memandangkan chalet yang kami dapat ni mengadap sungai (atau lebih kurang macam paya)
Makanan : Malam tu kami malas keluar jadi kami order je Room Service tapi kena keluar dari bilik dan ke lobi atau Orked Cafe untuk buat tempahan sebab dalam bilik tak disediakan telefon. Nanti dah siap ambil tempahan mereka akan hantar ke bilik. Harga makanan boleh tahan juga murah (jika dibandingkan dengan harga hotel). Nasi goreng Sudara RM8 sepinggan besar lengkap dengan udang besar sotong dan juga keropok siap sambal belacan lagi (aii masa taip ni perut berbunyi sebab tengah lapar), anak-anak Mok Na makan chicken chop RM12 sepinggan (pun sedap juga). Yang bagusnya harga di sini tidak dikenakan cukai tambahan lagi. Kalau harga tertera RM8 makan kita bayar RM8 lah (bukan seperti hotel di luar Kelantan kalau harga RM8 ditambah cukai-cukai yang entah apa-apa silap haribulan nanti kena bayar RM12). Makanan masa sarapan pagi biasa-biasa sahaja, tidak banyak pilihan tapi bolehlah alas perut kami ni.
Servis : Biasalah kalau dah lokasinya di dalam kampung, jangan "expect" orang di sini boleh berkomunikasi dengan bagus dalam Bahasa Inggeris. Yang jaga kaunter check in pun kadang-kadang terkial-kial bila aku bercakap dengan dia. Ha ha ha. Nak dijadikan cerita sebelum datang aku dah bayar siap-siap duit tempahan melalui internet banking tapi lupa pula nak bawa bukti yang dah dicetak. Nasib baik ada email pada mereka jadi aku cuma tunjuk aje bukti email dalam henset. Itupun mereka tak biasa T_____T" Tapi memang tidak ada sebarang masalah pun. Duit deposit RM50 untuk sebilik ini kita akand apat kembali bila dah check out nanti.
Jom layan gambar-gambar, aku malas nak susun jadi layan ajelah mana yang ada :)
Kami check in dalam pukul 4 petang. Ingatkan jauh tapi rupa-rupanya dekat aje dengan rumah mak. Lepas ni, kalau sesekali nak "lari" dari rumah bolehlah tidur di sini. Yang penting ada kolam renang :) Tapi kalau cuti sekolah dinasihatkan buat tempahan dulu kerana memang akan sentiasa penuh aje biliknya. Masa aku check in hari tu pon ramai yang datang "walk-in" untuk daftar masuk tapi sudah penuh
Terima kasih Mok Na sebab jadi pemandu kami :) Ashraf memang setiapkali balik kampung mesti akan jadi anak Mok Na
Kalau masa aku sekolah dulu, setiapkali cuti sekolah mesti aku akan ke Kuala Lumpur dengan adik dan sepupu aku. Naik bas dengan Kak Na. Masa tu Kak Na tinggal di Ampang. Kami dibawa ke Zoo Negara, Taman Burung, SOGO, Jalan TAR, Muzium Negara, Menara KL dan banyak tempat lagi lah. Sekarang ini, Mok Na dah pindah duduk Kelantan dah. Jadi, ada rezeki aku pula lah yang bawa dia berjalan-jalan. Walaupun hanya duduk dekat-dekat rumah aje. Alhamdulillah masih diberikan peluang berkasih sayang seperti dulu.
Muka Azzam masam sebab masa ni dia nak ais krim tapi aku tak bagi. Ha ha ha
Yang dalam gambar ni chalet mengadap kolam renang dan juga mengadap laut. Kalau bawa makanan boleh makan di beranda sambil menikmati pemandangan laut.
Haziq & Husna je yang mandi bersama dengan anak-anak Mok Na. Ashraf dan Azzam aku tak bagi mandi sebab tak ada siapa nak jaga.
Masa Adibah (anak sulung Mok Na) pegang Aaliyah ni, Mok Na cakap dah macam bawa anak sendiri. Tak lama lagi bolehlah nak timang cucu Mok Na ya :P
Masa kami sampai tu sempatlah jalan-jalan ke pantai. Tengok anak-anak memang teruja nampak pantai
Terutamanya si kenit ni. Susah juga bila berjalan suami takde ni. Meluru Azzam nak pergi ke pantai. hu hu hu Bahayalah jadinya kami tak duduk lama pun di situ
Tengoklah gaya Ashraf dan Azzam. Ramai yang tegur "kembar ke ni" Eh tang mana lah yang kembarnya tu. Muka dah lah tak sama, sorang putih sorang gelap sorang gemuk sorang kurus :P
Inilah pantainya. Masa ni boleh tahan kuat juga ombak tapi aku tengok ada je yang mandi, memang berani betul!
Tengok Ashraf tu, kalau dalam mana-mana gambar yang aku ambil mesti tengah melompat keriangan
Ni pun sama, tengah melompat juga!Kat belakang tu adalah Orked Cafe, kami makan di situ sambil disapa oleh angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. Cewah!
Tengoklah, kanak-kanak riang. Insya Allah kalau ada rezeki memang nak bawa lagi anak-anak ke sini. Dekat dengan rumah dan pemandangan di sini pun cantik. Tenang aje.
Ini kawasan lobi hotel, di hadapan kaunter pendaftaran
Ada wau bulan, dekorasi Kelantan. Niat di hati nak bawa mak ayah sekali tapi mak aku ni bukan suka pon kalau datang ke tempat macam ini. Hu hu hu Takpe, kalau ada rezeki lagi kita paksa mak ayah datang juga. Sesuai untuk dijadikan tempat perjumpaan keluarga kerana tempatnya yang luas dan ada disediakan tempat untuk berbeku (BBQ) juga.
Mok Na dan cucu. Eh!
Cantik kan orked dalam botol. Sangat kreatif
Budak-budak ni pulun mandi, petang mandi dan esok pagi pon mandi kolam lagi. Takpe, waktu macam ni aje boleh mandi kolamnya
Ashraf masa ni bengang je sebab tak boleh mandi. Siap tunjuk kat Mok Na ada kolam kecil untuk kanak-kanak lagi. Takpe lah sayang, nanti kita datang lagi dengan papa ya
Alhamdulillah, terima kasih en suami kerana menaja percutian ini. Esoknya 18hb adalah birthday aku :)
Mek tok Husna :P
Muka-muka keriangan
Yang ni gambar selingan, dalam perjalanan terserempak dengan pakcik bawa "best friend" jalan-jalan
Adibah rajin menjaga baby Aaliyah. Semoga sampai besar pun hubungan mereka rapat seperti adik beradik
cantik kan pemandangan di sini? Serius rindu dan jatuh cinta
gambar di kolam renang lagi. Musim cuti sekolah ramailah anak-anak memenuhi kolam
Kat sini sesuai dijadikan tempat untuk majlis perkahwinan tepi pantai
Sedapnya chicken chop ni. Bestnya kalau hari-hari dapat bercuti tapi mana boleh macam tu. Sesekali bolehlah lari dari kesibukan rutin. Semoga lepas ini boleh datang lagi dengan en suami pula. Nak romantika de armour (boleh tinggalkan anak-anak dengan Mok Na) keh keh keh :P
Oklah itu sahaja gambarnya. Memang tak banyaklah gambars ebab aku ni sibuk kendong si Aaliyah aje mana sempat nak tekan punat kamera :P
Pada yang mahu mencuba untuk tinggal di sini, boleh hubungi Sudara Beach Resort di sini :
Sudara Beach Resort
Lot 128 Mukim Telong ,
Jalan Tok Bali, 16300
Bachok, Kelantan.
Phone: +609 778 8880 ,
Mobile: +012 319 0009
Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku ni :)
3 ulasan:
sangat menarik resort ni,
cantik.. :)
kat sini boleh bakar2 ke buat bbq sdr,stgh resort xbg
nice. kebetulan saya sedang mencari maklumat mengenai resort ni. terjumpa blog puan. dapat jugak info.
Catat Ulasan