Kita hentikan dulu cerita tentang Sabah. Tak sampai hati rasanya untuk masukkan entri baru apabila melihat negeri kelahiranku dilanda musibah yang terburuk abad ini. Ya Allah, besarnya dugaan mereka yang terlibat dengan banjir. Semoga Allah lindungi mereka semua dan berikan kesabaran dalam menghadapi segala musibah ini.
Gambar-gambar ini diambil dari sumber facebook yang kawan-kawan kongsikan. Mohon kongsi di sini ya. Allahu akbar! Sesungguhnya segala yang berlaku di muka bumi ini adalah hasil dari perbuatan kita juga. Mungkin ini amaran Allah dan semoga lepas ini kita cepat-cepat bertaubat dan jangan lalai dalam melaksanakan perintah Allah.
Yang ini katanya di Taman Negara
Ini pula jalan ke Cameron Highland tapi tak tahulah sahih ke tak, mohon selidik dulu ya
Yang ini di Gua Musang
Yang ini di bandar Kuala Krai. Terbaca status kawan yang bandar Kuala Krai sudah ditenggelami air, hanya hospital sahaja yang masih belum dinaiki air. Sedihnya bila dapat tahu yang kawan kata mak saudaranya sudah 3 hari tidak boleh balik kerana jalan ditutupi air. Allahu akbar, janganlah ada anak-anak kecil di rumah. Tak dapat bayangkan macamana.
Kakak ipar aku (kakak en suami) juga terlibat sama dalam musibah banjir ini. Rumahnya di Manek Urai sudah dinaiki air dan sampai sekarang kami tidak dapat berhubung lagi dengannya. Semoga Allah lindungi Kak Num sekeluarga. Kawan-kawan juga, jom pakat-pakat berdoa semoga air banjir ini cepat surut.
Pada yang berkemampuan bolehlah berikan sumbangan apa-apa yang perlu. Saat-saat macam ini memang mereka amat memerlukan keperluan asas seperti makanan, selimut, susu anak, ubat-ubatan dan macam-macam lagi. Boleh salurkan sumbangan di bawah ini ya
Semoga esok ada khabar gembira buat semua mangsa banjir. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba-hamaba MU yang dhaif ini ya Allah.
Semoga mangsa-mangsa banjir semua bersabar di atas segala musibah. Insya Allah kami semua ada untuk memberikan sokongan dan doa yang berterusan. Aamin
1 ulasan:
Sedih tgok jalan yang runtuh tu. Katanya konvoi hantar bekalan air terpaksa patah balik sebab ni. Mohon Allah kuatkan hati mangsa.
Catat Ulasan