Assalamualaikum,
Lama tak menyohor SOHO aku ya. Sebenarnya sejak bekerja dari rumah, SOHO aku sudah banyak kali berubah lokasi sekejap di dalam bilik anak-anak, sekejap di bawah tangga sekejap di meja makan dan sekarang berada di dalam bilik tidur pula. Kenapa? Sebab lepas buat kerja kalau rasa nak sambung membuta tu elok sangatlah. He he Taklah, gurau aje, mana boleh banyak tidur jika mahu diri yang produktif kan?
Ok, aku nak kongsikan apa yang aku baca di dalam buku "Buat Duit Dengan Freelance Blogging" tulisan saudara Aqif Azizan yang mencadangkan setiap freelance blogger harus bermula dengan memiliki sebuah SOHO kerana ianya dapat meningkatkan produktiviti seorang penulis. Perkara asas yang wajib ada adalah sebuah komputer, jaringan internet dan sebuah bilik atau sudut yang dijadikan sebagai ruang SOHO. Di sini, kita akan berkarya seperti menulis dan melakukan segala kerja yang bakal menjana pendapatan hanya dari rumah kita sahaja tanpa perlu bersusah-susah ke pejabat.
Selain itu, jika kewangan mengizinkan benda lain yang boleh ditambah adalah dengan membeli headphone (jika suka buat kerja sambil mendengar muzik bolehlah tapi bagi aku tak perlu sebab suara anak-anak menangis adalah terapi yang sangat bagus bagi aku), papan visi yang memuatkan gambar-gambar impian kita agar kita sentiasa berusaha untuk mencapai impian tersebut, meja, buku-buku dan perpustakaan mini. Selain itu, aku rasa harus juga mempunyai peralatan seperti mesin pencetak, fail-fail yang tersusun demi memudahkan kerja.
Perkara pertama yang aku beli untuk membina sebuah SOHO adalah meja dan kerusi yang mengikut budget yang ada. Masa itu beli di Ikea dan sangat penting untuk memilih kerusi yang selesa supaya kita tidak akan merasa sakit belakang semasa melakukan kerja. Selepas itu, sedikit demi sedikit aku tambah keperluan seperti memasang rak pasang sendiri (DIY) yang dibeli di Ikea, menambah fail-fail mengikut kategori kerja, membeli buku-buku rujukan dan menjadikan sebuah mini perpustakaan di sebelah meja kerja aku.
Alhamdulillah, sekarang sudah banyak buku-buku bacaan yang terkumpul dan terima kasih juga buat teman-teman yang menghadiahkan buku-buku untuk aku. Sejak dah menginjak usia ni *uhuk*uhuk* rasa macam satu kerugian pula jika tidak banyak membaca. Eh! bukan baca laman gosip atau laman facebook ya :P
Oklah, semoga semua surirumah yang mahu berada di rumah akan mempunyai ruang SOHO mereka sendiri. Aku ada sentuh juga mengenai ruang SOHO di dalam e-buku sulung aku iaitu "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES" di mana sangat penting untuk mempunyai SOHO supaya kita tidak akan diganggu oleh anak-anak. Jika mahu beli e-buku ini boleh hubungi aku melalui :
E-mel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
atau isi terus borang pesanan di sini : BORANG TEMPAHAN.
Oklah, sehingga bertemu lagi. Boleh baca laman ini juga www.zailamohamad.com di mana aku berkongsi mengenai bagaimana untuk bekerja di rumah secara online mahupun offline. Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
5 ulasan:
saya blom ada lagi SOHO...kena usahakan ni...
Best lerrrrrr dpt shoping kat ikea...
salam kenal..wah very inspiring..adaa cari2 pasal beg plastik tadi terjumpa pula blog ni..alhamdulillah..banyak tips berguna :D
nanti pasti kesini lagi hehe
jemput ke blog adaa ye join segmen, mana tahu boleh menang
http://adaa-inspiration.com/2015/02/10/segment-harmonize-with-nature/
soho saya ringkas sahaja . dlm usaha menyiapkan novel yg tertangguh hampir setahun ...
Saya pun mengidam SOHO, bukan suri rumah sahaja yang teringin. Kaum bapa pun teringin. Buat masa ini SOHO saya ialah bilik stor yang + meja jepun + air cooler. Kalau nak kata idaman, saya teringin SOHO yang betul2 SOHO, terpisah dari rumah tapi tak jauh dari rumah. Tingkat atas rumah kedai ke. Dalam tu nanti ada workstation, rak - rak buku rujukan, almari buku di rumah pun sekarang dah full, kalau dapat pindahkan best jugak. Lepas tu ada pulak TV besar untuk layan bola, peti ais,mini gym.. huhuhhu.. memang jelous la bini gua. hahhah. That's my dream.
Catat Ulasan