Kejadian berlaku dah lama, petang Sabtu yang lepas kami sekeluarga ke rumah baru milik adik en suami. Iya, mereka sekeluarga sudah berpindah tinggal berdekatan dengan kami. Dalam 15 minit dah sampai dari kediaman :)
Sebenarnya takde acara istimewa pun, sekadar perjumpaan santai-santai aje, sambil tengok
Eh biras aku pun dah beli periuk Noxxa tau tapi tak reti guna. Inilah pentingnya kita membeli sesuatu barang melalui mereka yang betul-betul menjualnya, baru ada bimbingan sepanjang masa, perkongsian resepi dan bagaimana untuk menggunakan segala kelebihan yang ada. Sekejap aje kalau masak dengan Noxxa ni. Hari tu kakak ipar aku buat kuah steam boat ala Johnny's tu, nanti aku kongsikan resepinya sekejap lagi. Yang penting sedap!
Anak-anak aku memang suka kalau pergi rumah Pokcik Jamal sebab sudah tentulah boleh bermain dengan sepupu mereka. Husna dengan Aisyah Humaira ni memang dari dulu dah geng. Siap panggil Kakak Husna lagi, amboi kalau dengan adik sendiri bukan main garangnya ya Una? Tapi kalau dengan sepupu alahai sayangnyaaaaaa:P Teringat kenangan masa kecil dulu, mak aku pun suka marahkan aku sebab layan sepupu lebih baik dari layan adik sendiri. HAHA Jadi mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan??
3 beradik yang pelbagai personaliti. Kak Yah haritu masa adik ipar aku buat majlis "house warming" dia tak dapat datang sebab dah balik ke kampung. Kiranya ini kali pertama Kak Yah datang ke rumah ini.
Seronok bila masuk rumah baru ni, walaupun beli rumah "lama" tapi akan jadi baru bila dah dicat dan ubahsuai ikut kehendak kita.
En suami memang rajin bab-bab bakar membakar ni. Hari tu ada daging kambing, ikan bawal emas dan siakap. Teringat lagi kesedapan ikan bawal emas bila dibakar, lemak-lemak ikan tu..Waduhhh! Lama dah tak makan sebab harga ikan bawal emas ni boleh tahan mahal juga. En suami hanya akan beli bila Econsave jual murah tapi rasanya dah laaamaa dah tak jumpa yang murah. Alahai, GST oh GST! Eh tetiba pula :P
Oklah, nanti aku kongsikan resepi kuah steam boat yang Kak Yah buat. Sedap tau!
Sehingga berjumpa lagi. Sayangi keluarga anda *tetiba aje*
3 ulasan:
Seronok tengok bila adik beradik sporting cenggitu.....Johnnys tu yg okje nak sangat belajar buat sos dia.....
bestnye dpt berkumpul adik beradik..
bestnya..terus rasa nak balik kg!
Catat Ulasan