Kenangan percutian yang terindah buat Zaila adalah semasa ke Phuket pada penghujung bulan April tahun lepas. Mengapa Zaila sukakan percutian ini?? Sebab pertamanya segalanya ditanggung oleh pihak syarikat tempat Zaila bekerja ni & memandangkan kami suami isteri bekerja di bawah satu bumbung, maka percutian ini boleh diibaratkan sebagai pakej berbulan madu untuk kami berdua^___^
Sebenarnya pihak syarikat ada menyediakan 2 pilihan iaitu di antara percutian ke Phuket dan Langkawi. Zaila dan suami sepakat untuk ke Phuket kerana kami ingin merasai dengan sendiri keindahan pantai & pulau yang terdapat di Phuket.
Selain pemandangan pantai yang indah, Zaila suka kedudukan hotel kami yang terletak di Phatong Beach di mana spa dan rumah urut Thai begitu senang untuk dikunjungi pada harga yang berpatutan. Waktu malam pula, hampir setiap malam kami ke Bangla Road untuk membeli belah selain menjamu mata dengan persembahan dari Lady Boy;)
Selain itu, makanan halal juga senang diperolehi di sini. Terdapat banyak restoran yang menyediakan pelbagai hidangan Thai yang amat menyelerakan. Selain dari matawang mereka yang rendah (RM1 = Bath10), boleh dikatakan barangan mereka teramatlah murah & berbaloi untuk dibeli;)
Paling best bila dapat berbulan madu bersama hubby. Insya Allah, kalau ada rezeki kami akan berkunjung lagi bersama-sama dengan anak-anak pula;)
Pada kawan2 yang berminat untuk menyertai contest ini, bolehlah berkunjung ke blog Mama Zara dan bersama2 memeriahkan contest ini..Owh, Mama Zara sekeluarga akan ke Bali tak lama je lagi..mesti best tuuu;)
So pada sesiap yang nak join contest ni, make sure buat semua syarat di bawah??
1. Letak banner contest pada entry masing2. Jangan lupe link balik banner tersebut pada entry contest ni ye..Penyertaan akan disqualified jika tiada link semula.~~ada kat tepi entry ini~~
2. Hanya satu destinasi percutian yang dibenarkan untuk setiap peserta. Maksudnya.. kalau anda seorang yang kaki jalan, pilihla salah satu tempat sahaja untuk masuk contest ini ok..~~Phuket je;p~~
3. Maksimum 3 keping gambar dibenarkan untuk contest ini. Jadi, pandai2 la pilih gambar yang paling menarik untuk disertakan di dalam entry masing2..=D~~gambar tak menarik sebab pakai kamera cabuk je;p~~
4. Ceritakan juga serba sedikit tentang percutian anda itu dan nyatakan mengapa percutian tersebut menjadi antara best moment dalam hidup anda~~sudah cerita sket, memang best!!~~
5. Tempat dan tarikh percutian adalah tidak terhad. maksudnya, tidak kire bila masa percutian itu diadakan, samada jauh atau dekat, dan walau bersama siapa jua anda bercuti tetap mama terima..=)) ~~tahun lepas, tahun ni tak tahu ke mana, Vietnam kot;)~~
5. Digalakkan untuk menjadi follower mama ~~i follow youuuuu~~
6. Digalakkan untuk menyenaraikan blog ini dalam bloglist anda~~sudah jugaaaa~~
7. Untuk setiap penyertaan, sila tinggalkan komen anda di entry ini..mama Zara akan segera menerjah dan meninggalkan jejak di entry contest masing2..~~nak p tinggal jejak dah ni~~
8. Tarikh tutup penyertaan: 25 Januari 2010 ~~sempat lagi nooo~~
10 ulasan:
hmm..tak pernah sampai laghi ke phuket..nampak menarik, lg pun tpt ni famous kan..
cantiknya phuket...
best jugak contest ni kan.. tapi lady ni alalu ada penyakin M kalau masuk contest hehehe...
all the best 4 the contest ye zaila..
:)
Tihara, nanti pergilah..Kalau naik Airasia tix dia xsampai RM300 pon (time promosi ah)
gi thailand ke bangkok & pattaya jek.. phuket lom lagik.. saya sukak gmbr yg last tuh:)
Slm kenal Zaila..thanx join contest ni yek..entry ok, cume kalau boleh letakkan sekali banner contest dlm entry ni yek..(ada dlm syarat contest)..barula extra lengkap entry nih..hehe
nway, mmg cantik phuket island tuh..beruntung betol dpt berhoneymoon kat sana..=D
Mek Zaila..bestnyer uols hanimun hehe..Nanie pegik Phuket on June arituh..First pic tuh island hopping kat Phi Phi kan? Sebelum tsunami Phi Phi lagik cantik dr sekarang :)
Lady, Phuket memang cantik especially their beaches!!
Maya, orang kata Bangkok pon best ntok shopping, betul ke?
Mama Zara, dah buat..hihihihi..tertinggallah pula;)
Nanie, a'a betullah tu..
Catat Ulasan