Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 5 Januari 2018

JJCM : Warung Imam Muda Jalan Kebun

Assalamualaikum,

Penatnya hari ini sampaikan nak update blog pun tak sempat. Penangan minggu pertama persekolahan. Syukur, anak-anak semakin dapat menyesuaikan diri dan seawal 7.10 pagi masing-masing sudah keluar ke sekolah dihantar oleh papa mereka.

Jom #throwback gambar sarapan hujung minggu yang lepas. Kebahagiaan seorang surirumah apabila sang suami bawa keluar makan di kedai. Walaupun sebenarnya boleh masak sendiri tapi sesekali kasi can lah makan masakan kedai juga. Setiap pagi selalunya selepas en suami balik dari surau, aku dan si dia akan keluar bersarapan di kedai makan berhampiran dengan rumah. Anak-anak? Selalunya mereka mahu sambung tidur je sebab nak qada tidur yang diambil waktu pergi solat subuh berjemaah di surau. Kalau hari cuti, selalunya selepas solat akan ada kuliah subuh sehingga pukul 7 pagi dan bila balik rumah tu masing-masing sibuk cari bantal aje. Kasi can mama dan papa keluar berdating sekejap. Kadang-kadang bawa Arman ataupun Aaliyah sekali.

Ahad lepas aku singgah makan di satu kedai yang agak terkenal di Jalan Kebun iaitu Warung Imam Muda. Kalau tak silap, pemilik ni pernah menyertai rancangan IM yang dianjurkan Astro dan sampai sekarang lekat nama tu. Lagipun memang pemilik seorang imam di surau pun. Elok sangatlah nama warung pun begitu. Setiap pagi memang penuh dengan penduduk tempatan bersarapan di sini. Kadang-kadang terserempak dengan Jemaah Surau Al Hijrah.

Aku suka juga bersarapan di sini memandangkan keadaan kedai yang bersih dan menu tak banyak sangat jadi dating hanya untuk makan dan siap makan terus balik. Selalunya waktu pagi menu yang ditawarkan adalah nasi lemak, lempeng bersama sambal ikan bilis, bubur nasi, mee jawa, soto dan teh pudina. Kalau tengahari pula femes menu kambing bakar dan ayam penyet atau lele penyet. Setakat ini aku masih belum berpeluang keluar makan tengahari di sini lagi. Insya Allah kalau ada rezeki nanti boleh cuba makan tengahari di sini.


Nasi lemak ayam berempah menjadi pilihan Mekla :) Mak buyong kena makan nasi agar tidak menjadi naga


Maafkan gambar yang bergegar tu. Yang penting keadaan warung adalah bersih dan diiringi alunan nasyid (maklumlah warung pak imam kan)


Senarai menu yang ada. Tak banyak tapi semua boleh dimakan :P Harga juga berpatutan dengan nahagian yang dihidang.


En suami pilih mee jawa. Walaupun kami bukan orang jawa tapi boleh je telan mee jawa :P

Selepas sarapan, selalunya kami berdua akan ke Segi Fresh berdekatan dengan rumah untuk "intai" ikan segar. Aku suka beli ikan di sini berbanding di Econsave berhampiran rumah. Selalunya paling menawan adalah kepala ikan. Dah banyak kepala ikan merah kami rembat di sini. Siap bekukan dan bawa balik pada mak aku di kampong lagi. Ha ha ha


Ada banyak pilihan ikan dan kalau pergi waktu yang tepat dapatlah beli ikan yang segar.


Sanggup tunggu pekerja keluarkan kepala ikan merah tu. Kadang-kadang kepala ikan tenggiri pun ada


Selain itu sayuran kampong juga menawan hati aku. Tapi tak beli semua sebab tahu aku spesis malas masak dan anak-anak bukan makan pun. Selalunya aku beli pegaga untuk rutin jus hijau kami. Nanti aku kongsikan jus-jus yang kami buat dan minum. Stok epal hijau di sini pun sedap juga berbanding epal hijau Econsave. Ha ha ha Sampai rasa semua pun dah hafal tau


Tembikai pun boleh tahan murah juga tapi haritu dekat Econsave lagi murah. Ini semua bekalan selama seminggu. Banyak beli buah dan sayuran hijau untuk buat jus sahaja. Kalau masak tu macam jarang sangat sebab anak-anak tak suka makan sayur. Hu hu hu Alternatif terbaik adalah dengan membuat jus untuk mereka. Ada jus oren, lobak merah, epal hijau dan untuk aku dan suami tambahan peria, pegaga dan seleri atau nenas. Sedap tau.

Oklah hingga jumpa lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^