Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 14 Februari 2010

Peluang Untuk Memulakan Perniagaan

Kawan-kawan berminat untuk memulakan perniagaan?? Tapi tidak ada modal?? Jangan risau, dengan berbekalkan duit serendah RM50, kawan-kawan boleh memulakan sebuah perniagaan. Perniagaan apa??

Tentulah tudung & pelbagai kain ela yang senantiasa menjadi rebutan para wanita pada masa kini;)

Bagaimana caranya??

Dapatkan harga-harga tudung & kain ela pada harga borong di Mari Kelih Store. Kawan-kawan tidak perlu bersusah-susah untuk ke Jalan TAR / Nilai / Kelantan / Terengganu atau ke mana-mana tempat yang jauh untuk mendapatkan tudung-tudung pada harga murah. Dapatkan di Mari Kelih Store sahaja!! Kawan-kawan hanya perlu email atau sms kepada Zaila & pilih mana-mana jenis tudung yang berkenan di hati. Minimum pembelian adalah serendah 6 helai sahaja.

Inilah peluang untuk kawan-kawan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Bak kata pepatah "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"..Kawan-kawan boleh menjual kepada teman sepejabat, rakan handai, sanak saudara, jiran tetangga, rakan blogger & ramai lagi (bergantung kepada tahap kerajinan kawan-kawan) tapi yang paling bagus, kawan-kawan hanya perlu berniaga di rumah atau di kawasan persekitaran kawan-kawan aje..Tak perlu berhujan panas atau bersesak-sesak mencari stok. Hanya perlu ke Mari Kelih Store dan pilih sahaja mana-mana jenis tudung yang kawan-kawan berkenan & beli pada harga borong;) Mudah bukan??

Zaila ingin membantu kawan-kawan semua yang ingin mencuba untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga. Namun, tiada paksaan ya, kalau tidak berminat pun takpe tapi kalau berminat, jangan malu untuk bertanya Zaila. Email di zailamohamad@yahoo.com atau sms sahaja di nombor 0123228651. Insya Allah, Zaila akan cuba untuk melayan kawan-kawan 24/7 (tapi kalau terlambat response tu sorry ya, maklumlah Zaila kan bekerja, kat office takleh nak berinternet..hehehe)

So apalagi kawan-kawan, jangan lupa untuk merebut peluang keemasan ini ya!! Untuk 5 orang pelanggan Zaila yang pertama akan dapat menikmati harga borong & percuma kos penghantaran. Cepat, cepat mulakan selangkah ke hadapan untuk menjadi seorang usahanita yang berjaya suatu hari nanti (Insya ALLAH)..Mungkin selepas ini Zaila juga akan menjadi Working At Home Mummy (WAHM)..mana tahu kan..so sama-samalah kita saling bantu membantu;)

8 ulasan:

Tie HT berkata...

Insya-Allah..jika berminat n ada masa free nanti..akak akan ke mari kelih store..

Tanpa Nama berkata...

salam zaila. bravo, inilah anak jati kelantan. tahniah auntie ucapkan dan didoakan agar semuanya berjaya.

Lady of Leisure berkata...

zaila... semoga perniagaan zaila berkembang maju.. boleh belanja lady makan nasi dagang hehe...

::Umiliya6677:: berkata...

salam..ermmm ziela umiliya pun berminat gak..ngen...bisness ni ah

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, take your time;)

Uncle & Untie, thanks ya, saya budak baru belajar, kalau salah sila tunjukkan;)

Lady, Insya ALLAH

Umiliya, bolehlah email ke zaila, nanti zaila bagitahu cara2nya

Mag berkata...

wah..semoga impian nak jadi WAHM berjaya.

Zaila Mohamad berkata...

Farah, bukankah kamu juga WAHWomen yang berjaya;)

cik miea berkata...

salam sis...saya nak sgt minat n nk try bisnes tudung on9. boleh x bg tips mcm mane nak start.. =)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^