Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 1 Julai 2010

10 Alasan Kenapa Saya Perlu Berhenti Kerja

1. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada business online saya yang sedang berkembang maju

2. Saya mahu meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak

3. Saya mahu menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa yang bertanggungjawab menjaga segala keperluan suami & anak-anak

4. Saya benci bangun pagi & iron baju setiap hari & datang lambat ke pejabat;D

5. Saya malas nak bermuka-muka benci dengan politik office yang menjelikkan itu

6. Saya mahu mengajar sendiri anak-anak saya

7. Saya tidak terikat dengan mana-mana komitmen pejabat so nak cuti bila-bila masa pon senang

8. Saya mahu menonton TV sepuas hati berbaloi kalau bayar Astro RM100+ sebulan

9. Saya mahu menyediakan masakan yang terbaik untuk suami & anak-anak

10. Saya puas hati dengan pendapatan saya sekarang;)


Namun hakikatnya;-


1. Bisnes saya takderlah maju sangat sampai sudah mampu untuk membuka sebuah kedai pon. Malah permintaan pon ikot musim. Kalau dah tak ada permintaan mak nak jual apa pula;D

2. Saya hanya boleh bertahan selama beberapa jam aje menjaga 2 orang anak saya yang comel ni, pastu budak 2 orang tu akan membuatkan saya hilang kawalan & menjerit melaung macam tarzan aje;D Serious Zaila tak dapat nak kawal mereka;(

3. Saya takut saya tak boleh nak buat semua kerja rumah sebab tersangat leka melayari internet aje. Saya memang cukup salute surirumah yang pandai membahagikan masa, bukan senang nak buat kerja rumah ni..

4. Saya boleh je buat semua tu sekali harung di waktu cuti weekend tapi biaserlah perangai peMALAS ni yang membuatkan saya lambat selalu;D

5. Saya terpaksa harungi juga buat sementara waktu ni. Tapi sejak dua menjak ni, saya happy bekerja di situ. Agaknya mungkin sebab tak banyak keje bos selalu outstation yang membuatkan saya boleh buat suka hati saya..haahaahaa..Lagipon saya ada teman seforum yang sangat best;D

6. Saya agak kurang sabar dalam mendidik anak-anak. So ada baiknya saya bagi tugasan ini kepada Teacher Sham, lagipon Haziq lebih percayakan kata-kata teacher dari kata-kata mama dia;D

7. Saya ada je cuti tahunan tapi sekarang ni hanya tinggal beberapa hari je. Tapi who cares, kalau saya nak cuti sekalipon kena potong gaji, potonglah!!!

8. Saya hanya sempat menonton TV selama beberapa saat sahaja sebelum TV menonton saya;D

9. Saya masih berharap yang saya akan rajin memasak untuk suami & anak-anak

10. Saya masih memerlukan gaji bulanan untuk membeli keperluan diri seperti make-up, baju yang cantik tanpa mengharapkan belas ihsan dari suami..Saya juga mengharapkan yang tahun ini kompeni masih bermurah hati untuk memberikan kami bonus raya & bonus hujung tahun;) Lepas tu kalau ada staff trip ke mana-mana, senanglah saya berjimba-jimba dengan suami memandangkan kami ni bekerja dalam satu kompeni sahaja;D

Kesimpulannya;-

SAYA MASIH TAK MAMPU UNTUK MENJADI SEORANG WAHM;(

*Moga ALLAH murahkan rezeki walau apa keadaan pon yang dipilih*

Buat Haziq, jadilah anak yang soleh;)
Buat Husna, mama sayang kamu!!

20 ulasan:

thezaila berkata...

kak zaila..how i wish dapat berenti keje and buat fulltime biz online..

KV berkata...

kalo ada xtvt lain yg nak dibuat, boleh jer benti. Tp kalo nak duduk jer rumah jaga anak2, mmg akak tak mampu. Huhu. Asek stress jer nanti

Lynn Abd Latib berkata...

gituler kita zaila..
nak berhenti kena pikir macam2..
harap gj en suami mmg x cukup..kenalah share apa yg patut!!

Nurhayati berkata...

sama la kita..
yati pun tak mampu lagi nak jadi WAHM huhuhu

Mag berkata...

huhu..nak stay kat umoh kene banyak berkorban kut kak ila. sebab tu orang kata kerja hok paling banyak pahala. nak bahagi masa memang susah. tak ade anak pon dah fail. ada anak xtau lah camne.

Tanpa Nama berkata...

salam zaila..tenguk pada tajum auntie ingat zaila mesti nak berhenti kerja sebab dah business maju..
apa pun buat n fikirlah yg terbaik buat zaila..
auntie doakan agar zaila tabah n business makin maju.

Lady of Leisure berkata...

lady sangat stress timekeje... hehehe mmg sesuai jadik housewife je lady ni agaknya ekekek

yantz-yeem berkata...

huhuhu...ramai org kalo boleh xmo keja pelagiks dah ada anak kan?sama lah...harap2 zaila happy apa jugak yg zaila wat....

kalo rajin tolong vote my lil dini yea...taip komen vote07 ke link sini
http://damiaqish.blogspot.com/2010/07/top-8-green-cutest-baby-cute-contest.html

thanks

:: LadyVerde + Mr.Doc :: berkata...

insyaallah one day bebeh!
why dont u take unpaid leave dulue...tgk how things goes :D

Zaila Mohamad berkata...

thezaila, insya allah dear..on fine day;)

Zaila Mohamad berkata...

Kak KV, hahahaaa..samerlah kitaaa..hok part jaga anak hok xtahan sekali..buleh migrain jaga budak2 ni;D

Zaila Mohamad berkata...

Lynn, tulah sal..kena konsider banyak benda kan..
tapi insya allah, satu hari nanti mesti Lynn akan boleh berenti bekerja sendiri juga;)

Zaila Mohamad berkata...

Yati, insya allah, doakan satu hari nanti kita mampu jadi WAHM;))

Zaila Mohamad berkata...

farah, kak ila jeles dgn farah sebab leh dok umah sepanjang masa;)

Zaila Mohamad berkata...

Wsalam untie, terima kasih di atas doa untie, zaila pon masih samar2 lg, moga ALLAH permudahkan segalanya;)

Zaila Mohamad berkata...

lady, a'a keje ni memang stress kan..dok rumah leh rileks2
owh heavennya dapat tgk TV sepuas hati;-)

Zaila Mohamad berkata...

yantz, thanks
insya allah will vote;)

Zaila Mohamad berkata...

Verde, actually zaila pon terfikir macam tu juga tapi for sure my boss suruh brenti terus..haahaahaa;)

CINTA & CITA-CITA berkata...

Salam kakak-kakak semua...
kalau saya ada solution untuk semua berhenti kerja tapi dapat income yang lumayan nak tak?

perkara yang baik , dapat kebebasan masa, kasih sayang keluarga dan menyelamatkan nyawa, mengembalikan senyuman dan membantu kehidupan sekeluarga....

minat?

kak tie berkata...

satu yg pasti akak dah benti kije..menyesal??sikit pun tidak

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^