Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 17 Oktober 2010

IKEA oh IKEA

Owh, ada tak di antara kawan-kawan yang dah dapat katalog ini;-

Zaila belum lagi..huhuuuuhuu..Sejak pindah ke Kemuning Gr**nVille ni, rasanya tak pernah terima katalog percuma dari IKEA, sangat-sangat berbeza bila menyewa di Berjaya Park dulu..Herm, nak kena heret hubby ke IKEA lah gamaknya!! Tapi pada sesiapa yang tak dapat tu (kalau dok Johor, Melaka, Terengganu, Kelantan & bla, bla) takkanlah nak datang KL semata nak ambik katalog kan..so jangan risau kerana anda semua boleh menatap katalog terbaru dari IKEA di sini. Zaila boleh habiskan masa selama berjam-jam mahupon seharian bila mengadap katalog IKEA ni..Haiii, mulalau berangan nak beli tu nak beli ni, nak make over kat situ make over kat sini..Tapi nampak gaya nak kena tunggu gaji dululah memandangkan hari ni pon dah melewati separuh bulan kan..So apa kata kita survey apa yang menarik di IKEA *actually semua benda pon menarik kat IKEA*
BARNSLIG RINGDANS Mini Chest With 4 Drawers RM15.90
BILLY Bookcase RM169 *harus beli ni tapi nak letak mana??*
Artificial flower RM23
Flower RM3
BURKEN Jar with lid RM7.90
Picture RM279 *boleh hang dekat tangga ni*
GISLEV Rug RM89
BISSA Shoe Cabinet with 2 compartments RM109

ENGAN chest of drawers RM299 *owh, i want, i want!!*

Bila bercerita entang IKEA ni memang boleh membuatkan Zaila tak tenang duduk. Maklumlah semua produk dari rangkaian IKEA adalah comel-comel & boleh membuatkan kita feeling-feeling hias rumah macam Mat Salleh!! Dulu masa Zaila masih anak dara & selalu ke rumah kawan-kawan, mesti kitorang akan bercerita tentang rumah si polan si polan "rumah dia cantiklah, semua barang dari IKEA, tapi mahallah benda tu kan, baik beli kat kedai perabut Pakistan aje"

Well, itu dulu..persepsi Zaila semasa tak tahu apa-apa tentang rumah & hias rumah. Tak semua barangan dari IKEA ni mahal. That's whylah diciptakan katalog beserta dengan harga agar kita boleh terus membuat budget tentang apa barang yang ingin dibeli. Boleh dikatakan setiap bulan, Zaila akan mengunjungi IKEA, tak dapat beli barang cuci mata ambil inspirasi pon sudah ok!!
Most of barang IKEA ni kita boleh DIY (do it yourself) & lucky me sebab ada tukang pomen yang boleh diharap. Buanglah apa saja perabot mahupon perkakas elektrik *bersama manual pemasangan* sekejap sahaja mesti terpasang!! Kalau nak harapkan Zaila..sorryyyyyyy..nak pasang mentol pon belum tentu lepas *sebab tak pernah cuba kan*

Last Ramadhan, Zaila ada beli ANABODA drawer (RM199) untuk diletakkan di bilik bawah. Inilah bahana beli rumah dua tingkat, bila sampai satu masa kita akan malas untuk naik turun tangga & akhirnya terpaksa cari penyelesaian yang mudah, iaitu beli sesuatu yang boleh kita sumbat segala pakaian anak-anak mahupon seluar dalam kita;D
Berat drawer ini, ya ampun..memanglah berat tapi hasilnya;-

perfect!! *abaikan barang yang ada kat atas tu, kata multipurpose drawer kan*

5 ulasan:

eynda berkata...

IKEA memang...kalau pegi mesti balik tanpa tangan kosong :-D

maya amir berkata...

alaa... ikea tadek kat jb..sedih neh..sedih..uwaaa...

Tie HT berkata...

sy ske sgt tgk brg2 ikea walopon dia mcm kotak2 je kan :)

Lady of Leisure berkata...

slalu tak kuat godaan kalau pi ikea, semua pun comel2 kan..

ajad berkata...

cuba tgk blog ni
http://ikeahacker.blogspot.com

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^