Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 26 Oktober 2010

Kalau Dah Namanya Blogger

Bila menjadi seorang blogger ni, pernah tak kawan-kawan merasai / melalui pengalaman seperti di bawah ini;-



1) Rasa resah gelisah apabila tak dapat membuka / membaca blog anda / orang lain.



2) Rasa sakit hati apabila broadband yang dilanggan lembab macam siput ba*i



3) Rasa bersalah jika tidak meninggalkan jejak bila menyinggah ke blog kawan-kawan



4) Rasa nak ambil gambar semua benda yang berlaku di hadapan mata kita & kongsi bersama dengan kawan-kawan



5) Rasa nak menulis aje;D



Itu antara serba sedikit perasaan yang akan dihadapi oleh seorang yang dinamakan blogger & yes, Zaila pon akui semua benda tu memang terjadi dekat diri sendirik!!



Selain daripada itu, Zaila rasa seorang blogger akan menjadi seorang peminat gadget/barang IT yang terkini mahupon tercanggih di pasaran. Zaila pernah mengalami beberapa perubahan fasa dalam berblogging seperti di awal pembabitan Zaila hanya menggunakan sebuah PC cabuk dengan menggunakan gambar hasil dari tangkapan handset Zaila (Nokia 6500 slide) yang gambarnya sungguh menyedihkan (kualiti gambar yang kurang, maklumlah sekadar 3.2MGpixel sahaja, lepas tu tak boleh nak zoom in/zoom out, pastu gambar pon xreti nak letak watermark sendiri lagi). Bila diingat balik memang menyedihkan!!



Lepas tu, seiring dengan perkembangan teknologi ayat skema ko, Zaila bertukar kepada Toshiba Notebook. Itupun setelah jenuh sakit kaki tawaf di Plaza Low Yat demi mencari harga yang termurah di pasaran. Murah sangatlah tu;D

Tak lama lepas tu pula Zaila membeli kamera digital (pon yang dirasakan harga sehabis murah dah tu) iaitu jenama Panasonic Lumix 12MGpixel hasil belas ihsan husband yang inginkan gambar berkualiti terbaik untuk sale's blog Zaila *thanks yang, jasamu ku kenang sampai mati*



Pastu bila broadband jenama Selkung mula buat hal, mula mencari yang terbaik di pasaran. Hampir setahun lebih Zaila setia dengan Selkung, dahlah dulu masa mula-mula beli broadband kena bayar RM400 untuk harga broadband sahaja, belum campur harga line RM68 sebulan, pastu bila Selkung mula buat perangai dengan mengenakan bil Zaila dengan cas yang bukan-bukan, Zaila mula fed-up so terus mencari alternatif lain. So sekarang dah bertukar ke Meksis dah, harga bayar bulanan pon tetap sama (RM68) tapi perbezaan yang ketara adalah coveragenya yang amat baik berbanding Selkum *harap-harap berkekalan*



Sekarang ni juga ramai blogger yang sudah bertukar kepada handset canggih manggih seperti iphone mahupon Blackberry yang menjanjikan internet tanpa had kepada penggunanya. Bagi Zaila yang tak mampu nak beli, rasanya macam tak puas aje kalau berblog / baca blog dari benda yang kecik kemetot so Zaila rasa beli ini adalah satu penyelesaian yang baik juga;-


mini netbook (gambar dari hasil google)

Apa yang best tentang netbook ini adalah;-

saiznya yang kecik cinonet ni boleh muat dalam designer handbag Zaila ni, berat pon takderlah sampai senget bahu ni;D

Pastu yang bestnya, kalau takde broadband boleh pakai wireless kat mana-mana yang ada wifi service macam kat Starbucks ke (sorry bukan tempat lepak Zaila ya), kedai mamak ke, paling kurang cilok wifi jiran sebelah;D Pastu kan, kita boleh transfer terus gambar dari handset dengan menggunakan khidmat bluetooth so takyah nak sambung-sambung dengan wayar pencucuk lagi

Hehehe..kat atas tu semua ciri-ciri yang ada dekat mini HP netbook Zaila ni. Maklumlah, Zaila takde handset canggih macam iphone mahupon Belekberi so kadang-kadang bila nak check email tu punyalah susah. Reason Zaila beli netbook ni pon supaya boleh stay connected selalu memandangkan di pejabat agak susah untuk beronline so kalau ada masa yang terluang, Zaila boleh check email sambil-sambil mengupdate sales yang Zaila dapat haritu. Alhamdulillah, walaupon sekarang ni Zaila agak slow sket dalam biz tapi rezeki dari online biz ni memang tak pernah putus. Setiap minggu ada sahaja order & memang pentinglah bagi Zaila sentiasa mengecheck email Zaila.

Kalau nak kira, Zaila ni bukanlah gila gadget sangat cuma kadang-kadang membeli untuk keperluan. Maklumlah dari sehari ke sehari dunia sekeliling kita akan berubah & everything pon akan bertambah maju kan..errr, apa aku nak cakap eh??

Oklah, idea pon dah kering ni..kawan-kawan rasa korang gila gadget tak sejak jadi seorang blogger ni??

4 ulasan:

Alin berkata...

selalu raser begitu...

maya amir berkata...

hehe..mini hp..sama dgn saya punye..sgt syg die:)

eyndayusoff berkata...

Secara jujurnyer semua tu eynda rasa...& memang gila gajet sampaikan hubby kata eynda ada penyakit suka tukar gajet :-p

Zaila Mohamad berkata...

Alin, betul kan..kalo blogger mesti akan rasa macam ni

Maya, same ke??taste kita samalah ni;D

Eynda, takpe penyakit gila gadget takpe, jangan gila benda lain sudah;D

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^