Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 25 November 2010

Siri Bercakap Dengan Haziq

Amirul Haziq sekarang ni sudah berumur 4 tahun (kalau ikut bulan Islam) tapi masih lagi 3 tahun 11 bulan (kalau ikut bulan mat saleh). Memang makin banyak ragamnya, mulut pon sudah makin becok & paling banyak songehnya. Berikut adalah beberapa siri bercakap dengan Haziq yang kadang-kadang rasa sangat mencuit hati kami semua;)

Situasi 1: Di sebuah restoran

Mama : Haziq, Haziq kena makan nasi tau, nanti lapar

Haziq : Biar ah, Haziq nak lapar

Situasi 2 : Dalam kereta dari Tumpat ke rumah Zaila (dalam perjalanan tu akan kelihatan Tesco)

Haziq : Una, Una mesti suka menan Baabi (Barbie) kan?? Kat Tesco mesti ada menan ni

(dia selalulah cakap macam tu supaya Husna adiknya akan menggunakan kuasa veto (dengan mengamuk) untuk menyuruh mama & papa dia berhenti di Tesco)

Situasi 3 : di suatu petang

Haziq : Mama, dah lame dah kite tak g Tesco

Situasi 4 : dalam perjalanan pulang ke rumah (mesti melalui Econsave)

Haziq : Mama, dah lama kita tak makan bule (gula-gula)

Situasi 5 : selepas kena marah dengan papa

Haziq : Papa ni, sukelah buat oram (Haziq), kite tak nak kawan papa, kita nak kawan mama!!
& sebaliknya kalau mama yang marah kat dia confirm dan-dan tu nak kawan dengan papa.

Situasi 6 : Dalam kereta selepas menjemput dia & Husna dari nursery

Haziq : mama, mama tadi Aiman jaaatuuuuhhh, ada daraaah dekat kaki Aiman, baaanyaaaakkk

Mama : jatuh kat mana??

Haziq : dekat sherilah (nursery)

Mama : Pastu cikgu buat apa??

Haziq : cikgu tukar kaki Aiman

Mama : ????

Rupa-rupanya cikgu balut kaki Aiman

Situasi 7 : Husna sedang melihat buku bergambar dengan Haziq

Husna : Jiiq (Haziq), ni ape?? (sambil tunjuk dekat gambar)

Haziq : gonjeng (muka serious)

Husna : ni??

Haziq : agegag

Mama : Haziq, nok ajar adik, ajar moleklah!!!

Situasi 8 : masa Zaila ambil Haziq & Husna di nursery bersendirian

Haziq : Mama, papa mane??

Mama : Papa theje (kerja)

Haziq : Papa theje naik eropolen (aeroplane)??

Mama : A'a

Kalau ikotkan banyak lagi siri-siri dialog pelat bersama anak sulung Zaila ni. Memang boleh hilangkan stress yang ada setiapkali mendengar cerita mahupon bebelan si Haziq. Tapi kadang-kadang boleh mendatangkan rimas juga sebab mulutnya tak akan berhenti membebel & setiap kali lalu depan Tesco/Carrefour, mesti akan merayu-rayu untuk masuk ke sana. Bila dah masuk & dapat gula-gula sebijik diamlah dia..HAziiq, Haziiq..Macam-macam!!

Sekarang kan cuti sekolah so taska Haziq pon sedang bercutilah juga. Tahun depan member-member Haziq dah masuk 5 tahun & semestinya ramai yang akan memasuki alam persekolahan. Zaila sekarang ni masih pening nak pilih tadika/montessori yang sesuai untuk dia. Dekat area rumah ni macam-macam pilihan ada; Smart Reader, Genius Aulad, Krista, Q-Dees, Taska Lemon, CEC, Planet Bistari An-Nizah & macam-macam lagilah. Yang dekat nursery Haziq ni pon ada juga cuma Zaila tak suka sebab sukatan silibusnya yang tidak menentu & pelajar pon hanya 6 orang sahaja. Tapi bila difikirkan kembali, macam kesian pula nak biarkan Haziq bersekolah di tempat lain memandangkan Haziq & 5 orang rakan yang lain dah kamceng gila dah. Hari-hari asyik berjumpa je, mana tak rapat kan. Lagipon cikgu yang ajar Haziq tu sayang sangat dekat mereka so rasa macam bersalahlah pula nak pisahkan mereka.

Kawan-kawan rasa macamana?? Perlu ke Zaila hantar ke tempat lain atau kekalkan aje Haziq di nursery tersebut?? Sesiapa yang ada anak-anak bersekolah di mana-mana taska yang zaila sebutkan di atas boleh bagi pandangan tak apa perkembangan anak-anak setelah bersekolah di situ??

Tq in advance;)

6 ulasan:

linahilmin berkata...

adehhhh... my son still say NO bila im asking pasal school... takut la pulak!

Eliss berkata...

my nuha pun ada jugak pelat2 tapi certain word ajer..nak2 kalo fist time dia dengar perkataan tu :) sweet ajer.

yatie chomeyl berkata...

hahha idea haziq bijok doh nk suruh mam brenti gi Tesco tu..stail guno adik hehehe

Hada Masayu berkata...

hehe, lawk ah haziq pukau adik dia dgn barbie..dia yg nak g tesco pandai cari akal..a'a kan zai..budak2 gelagat dia geli hati, seronok..ilang penat..

Nurhayati berkata...

paling suka tang cikgu tukar kaki aiman hahaha

Zaila Mohamad berkata...

Lina, kena pujuk dia pergi sekolah juga, nanti bila nak masuk sekolah nanti at least dia dah biasa dengan persekitaran sekolah, lagipon sekarang Lina, nak masuk sekolah rendah pon dah ada exam segala, zaila pon naik takut tau

Eliss, chomel kan budok kecek "telo" (pelat) ni kan?? hehehe

Yatie, dio berehilah guno adik dio..kade2 geram jugok sebab adik dio tu kalu dio kata A, A lah jawab dio;D

Ayu, memang!! macam2lah lagat 2 oarng ni, aku xleh imagine nanti bila tambah lg sorang!!

Yati, dia memang macam tu, cakap terbalik & xbetul frasa..hahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^