Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 8 Disember 2010

Genius Aulad Buat Haziq

Alhamdulillah, pencarian kindy buat Haziq sudah pon terjawab..Actually tak adalah mencari mana, sekadar survey-survey di kawasan rumah & tanya-tanya kawan aje;D Tapi memang dah lama pon Zaila berkenan dengan Genius Aulad ni, cuma masa tu rasanya Haziq masih belum bersedia untuk ke sini. In fact sekarang pon masih ragu-ragu lagi tentang keupayaan anak jantan kami yang sorang ni, tapi kami doakanlah agar Haziq dapat menyuaikan diri nanti;) Ibu mana yang tak risau kan..Hatta bila tiba masa Haziq menyambung pelajaran ke Universiti pon Zaila masih akan tetap risaukan dia;)

Well, di antara faktor-faktor yang mempengaruhi kami untuk memilih Genius Aulad ni adalah macam jawab eseilah pula;-

1) First of all, kat sini menekankan pembelajaran Islam & juga Bahasa Inggeris. Al maklumlah, both of us bekerja so memang tak ada masa langsung nak mengajar mereka. Kalau setakat borak-borak kosong di dalam kereta sepanjang perjalanan ke nursery mereka tu adalah. Itupon sekadar bertanya "Haziq belajar apa hari ini?" so adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat Haziq. Terbaik itu merangkumi semua aspek terutama sekali dari segi agama (mendidik anak biarlah dari kecil), akhlak & tingkah laku. Pembelajaran di dalam BI juga amat penting memandangkan dunia sekarang yang terlalu global sehinggakan rasa macam hina sangat bila tidak tahu berbahasa/menulis dalam bahasa Inggeris mamalah tu. Tapi Zaila pon akui yang Zaila & en suami pon jarang berbahasa Inggeris dengan mereka (sebab lebih selesa berbahasa ibunda) so dengan mendaftarkan Haziq ke sini, kami berharap Haziq akan lebih berpeluang untuk belajar & bertutur di dalam Bahasa Inggeris & hopefully akan menambahkan keyakinan Haziq untuk berdepan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran tu *poyo ah ayat mama ko ni*

2) Of courselah sebab semua classmate Haziq sudah enroll kat Genius Aulad ni. Zaila bukan apa, kesian juga bila nak pisahkan Haziq dengan teman-teman rapat yang seangkatan dengannya. Takut nanti bila Haziq tak ada kawan, dia mula bosan & tak nak bersekolah. Masa ni menyesal pon takde gunanya dah. Pendek kata burn jelah duit pendaftaran & segala duit yang telah kita bayar di kindy tersebut so at least bila kawan-kawan dia ada di Genius Aulad (walaupon tak sama kelas) tapi mereka masih boleh ke kindy bersama-sama. Memanglah lama-lama Haziq boleh cari akwan baru kan tapi rasanya akan ambil masa juga & Zaila tak pasti yang boleh ke Haziq bersabar dengan persekitaran yang baru & cukup janggal buatnya so at least bila ada kawan-kawan dia, Zaila boleh pujuk dengan menyatakan yang kawan-kawan Haziq juga cukup seronok bersekolah di Genius Aulad;) *harap-harap makanlah pujukan kami*

Ok, mesti ramai yang tertanya-tanya berapa yang telah kami berhabis untuk mendaftarkan Haziq ke Genius Aulad kan? Well, nak kata murah takderlah sangat tapi nak kata mahal pon tak sangat jika mahu dibandingkan dengan harga kindy yang lain seperti Smart Reader, Krista mahupon Q-dees. Untuk pendaftaran, Zaila kena bayar RM100 sahaja kemudian kami diberi 2 pilihan samaada untuk memlih Pakej A yang memerlukan kami membayar sejumlah RM700++ untuk setahun atau Pakej B yang memerlukan kami membayar sebanyak RM510 untuk separuh semester yang pertama & another RM200++ untuk semester yang kedua iaitu pada selapas May nanti. Of courselah kami memilih Pakej B memandangkan Haziq masih lagi dalam tempoh percubaan (kang dibuatnya tak sekolah camne?). Bayaran bulanan pula adalah sebanyak RM238 & RM38 dikenakan untuk sepasang uniform Genius Aulad.

Selain itu, Zaila kena bayar another RM85 untuk kos pengangkutan van dari sekolah ke pusat jagaan Haziq. At first memang terfikir nak hantar sendiri tapi bila di fikir-fikir, takut kami pula yang terkejar-kejar. Sudahlah kalau lambat punch kena potong gaji so malas nak ambil risiko, baik kami bayar sahaja;D *ya Allah, selamatkanlah perjalanan anak aku pergi & balik dari sekolah* Owh itu belum campur dengan kos jagaan Haziq di nursery tu. Kalau tak silap, kena dalam RM170 sebulan. Itupon Zaila nak minta diskaun memandangkan Ameera juga ada di sana & tak lama lagi another one (babylah tu) akan join the club. Huhuhuhuuu..Memang rasa nak menitis air mata ni bila terbayang cash money yang keluar mengalir macam air derasnya;( Tapi apakan daya, dah dunia sekarang yang menuntut pengorbanan kami. Barulah terasa yang betapa berjasanya mak ayah kita kepada kita. Kalau dulu-dulu masak kecik, tak masuk tadika pon takpe, tapi sekarang..NO NO NO..karang ketinggalan pula so redhakan ajelah segala duit yang melayang tu *dengan harapan agar anak-anak akan membalas segala jasa baik kita nanti* Insya ALLAH

Bukan senang nak besarkan anak zaman sekarang kan??

6 ulasan:

Eliss berkata...

tengah berkira2 jugak nak hntar anak ke taska tahun depan ni..msh tercari2..

Nurhayati berkata...

betul2 bukan senang nak jaga anak skang.. takut la.. cam yati ni 2 anak dara huhuhuhu
mmg perlukan didikan agama yg kuat.

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

good!!dah ada choice..kami masih mencarik lg..wow,mahal gak yek!!kalo lynn..lynn x mampu rasanya !!kena cari under rm200 below sebulan..phuhhhhhhhhhh!!kesat peluh kat dahi..

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

good!!dah ada choice..kami masih mencarik lg..wow,mahal gak yek!!kalo lynn..lynn x mampu rasanya !!kena cari under rm200 below sebulan..phuhhhhhhhhhh!!kesat peluh kat dahi..

Hada Masayu berkata...

kat kota D pun aku pernah dpt pamplet G.A. Nnanti aku survey dari kola, bila tibamasanya hani nak msk skolah, hehe..ha'a kan zai, duit mengalir laju gila..tapi apapun zai yg penting, islamic environment..sebab kalo tgk bdk2 skarng zai, akhlak esp, nak kena jaga..ada anak ni, mmg aku kena alert jugak benda2 mcm tu..

Zaila Mohamad berkata...

Eliss, bagus juga hantar Nuha ke taska..ambiklah playgroup ke atau kelas yg bersesuaian dengan umur Nuha, boleh asah bakat Nuha juga

Yati, anak laki ke anak pompuan pon sama jugak, nak kena bagi didikan agama secukupnya kan..huhuhu

Lynn, aderlah tu..HAziq dulu pon hantar kat daycare dia je kena below RM200 sebulan tapi kat situ macam xcukup je apa yang diajar so tahun depan nak cuba GA pula

Ayu, aku setuju dengan kata2 ko..nak mendidik anak2 zaman sekarang bukan mudah woo, lagipon anak2 kan investment kita juga, anak yang baik insya allah hasil dikemudian hari pon baik juga;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^