Kejadian baru je berlaku petang tadi;- Macam biasalah kami balik je keje terus pegi ambil anak-anak dekat nursery. Memang tadi ambil lambat sedikit sebab aku & en suami memang busy sket sejak dua menjak ni. Bila dah lewat ambil anak tu, faham-faham jelah ada je benda yang tertinggal!! Balik rumah baru perasan yang beg sekolah Haziq tertinggal kat nursery. Itupon bila anak jantan aku tanya..Haziq ni kalau takde benda yang menarik perhatian dia (of courselah dalam beg sekolah tu), dia tak akan tanya *harapkan mama & papa je tukang angkut beg sekolah dia ke hulu ke hilir* tapi kali ni dia sibuk tanya, siap nangis-nangis macam baby lagi. En suami pujuk cakap nak g ambil esok pun tak makan saman..Tetaplah menangis melaung macam kucing hilang anak!! Melihatkan keadaan dia tu, tak sampai hati pula kami. Yerlah, takut-takut ada kerja rumah yang teacher dia bagi ke apa so lepas je solat Maghrib, en suami bawa Haziq & Husna ke nursery mereka untuk ambil beg tu.
Sampai je di rumah, aku ingatkan apelah yang penting sangat tu..Rupa-rupanya Haziq tunjuk kat aku "mama, teacher bagi ni" sambil tunjuk plastik gambar Princess depan aku. Owh, dapat birthday goodies rupanya. Patutlah suka sangat sebab time nilah anak aku akan dapat macam-macam jenis "makanan ringan" yang tak pernah aku bagi makan!! So Haziq keluarkan satu jajan yang macam Choki-Choki tapi yang jeli punya...Tapi sebelum tu sempat juga en suami tengok apa kandungan jeli tu kan. Terkejut kami yang tulisan kat jeli tu semuanya dalam bahasa cina & satu pon takde tanda HALAL. Apalagi terus en suami larang Haziq dari terus makan benda alah tu kan. Bukan setakat jeli tu aje, jajan yang lain pun sama; tulisan entah bahasa cina ke Jepun aku tak pasti, bahasa Indon pon ada juga!!
Memang kami jenis berkira sangat dengan makanan yang nak masuk dalam perut anak-anak kami. Kalau gula-gula kami boleh terima lagi tapi ni entah makanan dari mana asalnya pun kami tak tahu. Entah apa kandungan yang ada dalam tu pon kami tak tahu. Yang pasti ianya boleh membahayakan Haziq. Sudahlah dia tu jenis yang mudah sakit, batuklah..athmalah..Nanti kalau dia jatuh sakit, kami juga yang penat!! Memang aku cukup marah & terus tak bagi Haziq makan tapi faham-fahamlah budak, kalau makin dilarang..makin dia nak makan!! Siap cakap, ini pemberian teacher, papa & mama tak boleh makan..Sakit hati tau..Last2, en suami rampas buang dalam tong sampah..Haziq apalagi, melaung menangis membebellah..Memang pakej yang selalu ada dalam diri dia. Bising sekejap rumah aku dengan suara dia tu!!
Aku pujuk dengan sosej pun tak jalan. Aku cakap kat dia, bukan aku kedekut tak nak bagi dia makan benda alah tu, cuma benda tu tak elok untuk dia..Haziq tetap berkeras cakap aku jahat..Penat sungguh nak bagi penerangan dekat budak yang berumur tak sampai 5 tahun lagi tentang bahayanya pewarna / pengawet yang entah dari mana sumbernya pun kita tidak tahu. Menangis meraung lagi..Arghhh!! Lantak kaulah Haziq..Aku sudah tak tahan, aku biar je dia menangis..makin dipujuk makin menjadi..Biarkan aje dia memberontak sorang-sorang kat situ, lama-lama penatlah tu..Memang pun, sekejapan sahaja sudah tertidur..Haziq..Haziq..
Apa yang paling aku kesalkan kat sini adalah sikap ibubapa yang kat luar sana tu yang kurang mengambil berat tentang benda-benda macam ni. Ko nak bagi anak ko makan lantak ko lah kan, tapi jangan bagi anak-anak orang lain makan juga sebab bukan semua orang tak prihatin macam ko!! Lagi satu, aku tahulah memang jadi tradisi asal birthday anak je nak kena bagi something kat nursery mahupun kawan-kawan sekolah tapi janganlah main lepas tangan aje dengan budaya "asal bagi aje"..Jangan main rembat je jajan-jajan yang murah main masuk dalam plastik goodies tu. Cubalah bagi makanan yang berkhasiat sket macam roti Gardenia ke, kismis ke, biskut ke, air kotak ke..Kalau takde budget, tak payah bagi..Bukan COMPULSORY pun benda ni. Aku tahulah setiap mak bapak memang nak tengok anak kita bahagia kan bila kita sambut birthday mereka di sekolah / nursery tapi bayang ah, bahagiakah kita kalau kita bagi anak-anak kita makan jajan yang tak sihat yang kita sendiri tak tahu berapa banyak bahan pengawet diorang bubuh dalam jajan tu.
Oklah, alasan lain sekali sekala sahaja..bukan selalu..Oklah, aku boleh terima juga kalau diorang letak gula-gula sikit tapi tolonglah..tolong..make sure it is HALAL..Jangan main rembat je kat kedai ahpex gula-gula yang temurah sekali.."Alah, budak-budak bukan reti pon" Haah ye, memanglah budak-budak tak reti, tapi kita mak pak budak yang reti ni..tolong2lah ingat dalam memberi makan pada anak..Biarlah yang HALAL sebab makanan ni akan jadik darah daging kita. Anak-anak yang makan benda HALAL ni nanti senang sket nak terima pelajaran, nak dengar cakap kita segala..bak kata orang tua "cerah hati nanti" so pleaselah..jangan ambil remeh bab-bab makan anak-anak kita ni.
Lagi satu yang aku sentap adalah teacher dia kat sekolah tu (Genius Aulad Kota Kemuning)..Aku peliklah bukannya kami tak diberi guideline tentang peraturan sekolah tu yang mana ibubapa is strictly not allowed untuk bagi junk food untuk kanak-kanak semasa sambutan birthday anak tu. Kot ya pun jajan tu dah dibungkus cantik2 dalam plastik bag, tolonglah ambik effort sket p buka tengok, jangan main pass masuk dalam beg anak-anak aje. Sudahnya nama korang juga yang buruk kan..Jangan salahkan ibubapa yang bagi jajan tu, korang juga bersalah sebab tak alert dengan apa yang mak pak budak tu bekalkan. Serious weh aku sakit hati sangat-sangat ni!! Aku bukan nak jatuhkan imej korang tapi tulah, kalau tak tegur tak kena pula kan..So Insya Allah, akan aku usulkan pada management GA nanti!!
Selalunya kalau kat nursery pun, memang akan ada pemberian macam ni & selalunya cikgu-cikgu nursery tu akan bagi direct pada aku. So aku akan tengoklah dulu mana yang boleh makan mana yang nak kena buang kan. Tapi kali ni, kat sekolah memang di luar kawalan aku. Kadang-kadang tengok-tengok Haziq dah siap buka makan habis dah jajan tu. Seb baik kali ni dia terpaksa melalui sistem tapisan dari aku ngan en suami. Tupon sebab aku nampak, kalau aku tak nampak..Halalkan jelah apa yang Haziq makan tu..
Seriously aku sakit hati..Sebab tulah aku "marah" kat sini supaya kita-kita yang bergelar mak bapak ni baca & fikirkan apa yang aku "marah"kan ni. Bukan tak elok sedekah makanan pada budak-budak ni tapi pastikanlah benda tu berkhasiat & mendatangkan faedah pada anak-anak kita. Kalau ko takde duit sekalipon, janganlah beli makanan murahan MADE IN CHINA / THAILAND ni..Paling kurang pon bagilah something yang bila anak kita makan dia akan kenyang. Paling bagus tak payah bagi langsung!! Alah, anak korang umur setahun, dua tahun ke tiga tahun pun dia bukan reti pon kalau tak ada celebration kat nursery mahupon sekolah. Celebrate antara korang-korang sudahlah!!
Honestly, aku memang jarang sambut birthday anak aku. Adalah sekali dua belikan kek harijadi untuk Haziq makan ngan kawan-kawan kat nursery tu. Kalau Husna, kami beli makan kat rumah saje..Malas nak jadikan amalan sebab nanti tak pasal-pasal tiap-tiap tahun diorang demand nak celebrate buat majlis besar-besaran. Macamlah kami ni banyak duit sangat..Baik simpan duit tu untuk tabungan mereka besar nanti kan. Pendek kata, bagi-bagi goodies ni bukannya acara WAJIB pon so kalau setakat budget seciput nak kena sediakan goodies untuk 20 orang kanak-kanak semata-mata nak tengok anak ko bahagia / bangga depan kawan-kawan, baik batalkan aje niat korang tu. Aku memang tak rela tengok anak aku telan barang murahan lagi!! Biarlah tak dapat goodies pon weh!!
Oklah, lastly aku nak minta maaf andai kata-kata aku ni ada mengguris mana-mana pihak. Sekadar berkongsi pendapat aku sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak. Ambil mana yang baik & buang mana yang buruk. Diharap kawan-kawan dapat saling berpesan sesama kita..
ni je paling baik aku boleh snap pakai handset, maklumlah kamera bateri sudah kaposhh..sebenarnya tulisan merah2 tu adalah tulisan cina / jepun aku xpasti tapi yang aku pasti ianya tak ada logo halal!!
Ni je bukti yang sempat aku snap, itupon ambil dari tong sampah sebab en suami dah buang. Kang bercerita tanpa bukti tak sedap juga kan. Walau bukti kurang jelas, tapi harapnya mesej yang aku nak sampaikan ni sampai pada korang semua. Sila-sila renungkan ya!!
7 ulasan:
huish ni mesti jenis nak rembat murah.
x tengok halal ke elok ke.
nasib zaila sempat tgk dan haziq pun xmakan kat sana
kalau x selamat dah dlm perut dia huhu
yati pun takat ni celebrate bday zara,
kami2 je pastu wat kat umah parent n pil.
takde lagi nak wat grand bagai sbb dorang xpaham pun hihi
btol tu zaila, makane hok mausk perut abok xleh ambil ringan..bagus teguran ni, peringatan utk mok pok lain retep
setuju! kalu wi kismis ko kacang ko ado jugok ekdoh
betul2.setuju dengan zaila.patut ibu bapa diluar sana baca entry ni.
zaila..mak pun sama, tak penah celebrate bday anak bagi goodies bag ke hape..kot ye pun nak bagi, prihatinlaa sket psl makanan tu ade tanda halal ke tak kan..isk...
tapikan, sepanjang saya buat goodies pack nie...ade gak food tu halalnya ditulis kat kotak, so yang tetiap satu barang dalam tu dia dah tak stamp chop halal. cuma kat kotak ajer yang ade
Yati, tulah..kalo nak bagi pon..janganlah produk dari China..kan banyak lagi produk Malaysia yang semestinya Halalan wa toyyiban;)
Yatie, tulah..budok2 mana tahu gapo kam..diorang ake make jah gapo hok ore tuo bagi..
Farah, tulah..buke mahal pon kismis sekotok kecik tu
mrsadam, sila sebar2kan..mana yg baik ambil sebagai pengajaran ya
Maya, tulah..zaila bagi juga goodies kt nursery tp xderlah kami ni main beli je makanan hak murah2..kurang2 roti gardenia yg twiggies tu ke bg kat budak2
Jane, kalu makanan Made in Malaysia ambo xkesoh, ni Made in China..huhuhuhu..xfaham pon diorang tulis gapo di plastik wrapper tu
Catat Ulasan